Translate

08 February 2012

RAJA LAWAK MUSIM KE-6

RajaLawak telah memulakan musim terbaru iaitu musim ke-6 dan sekarang telah menghampiri minggu ke-5 yang akan membawa tema Muzikal...apa yang ingin dikatakan di sini adalah semakin lama rancangan itu disiarkan semakin berkurangan kualitinya dan adakah Sang Juara nanti benar-benar layak menjadi juara dan layak digelar RajaLawak???

Apa yang aku saksikan sekarang adalah peserta yang menyertai rancangan itu semakin tiada kualiti dan segala jenaka yang cuba disampaikan tidak mampu membuat penonton ketawa terbahak-bahak!!!! Sedih memikirkan apabila para peserta ini semua tidak seperti peserta yang dulu, sebagai penonton tetap rancangan RajaLawak ini dari musim pertama hingga sekarang aku rasakan rancangan ini semakin hilang sengatnya sedangkan sebelum-sebelum ini mereka tiada Cif yang membantu tetapi persembahan mereka tidak mengecewakan tetapi kini bila diubah format rancangan ini dengan mengadakan Cif kecil dan Cif Besar nampaknya gagal membantu dalam setiap persembahan peserta-peserta. Aku pun tak pasti dimana silapnya? Sebelum-sebelum ini penonton-penonton dihidangkan dengan persembahan yang menarik dan mampu membuat aku ketawa terbahak-bahak namun semua ini bagaikan berakhir apabila hampir keseluruhan peserta kali ini bagai seperti Amir dan Leman yang mana gagal berlawak tapi tetap terpilih sebagai 12 peserta peringkat akhir..

Setelah 4 minggu berlalu aku tidak nampak bayang sang juara pada kesemua peserta yang terlibat dalam RajaLawak musim ke-6 ini sedangkan semasa RajaLawak pertama hingga RajaLawak ke 3 menyaksikan satu saingan yang sengit hinggakan aku pun tak tahu nak undi siapa? tapi sekarang ni pun aku tak tahu gak nak undi mana satu sebab semua hancussss!!!! Sedih kerana ada sifu tapi gagal membuat penonton ketawa dan aku rasa Astro sendiri harus menambah masa yang diberikan untuk membuat persembahan kerana 3 minit itu amatlah singkat.. Wahai Astro kurangkanlah Iklan dan berikan peserta lebih banyak masa sekurang-kurangnya 5 minit dan aku rasa kalau bagi 5 minit pada setiap peserta, keseluruhan masa diambil adalah 60 minit bagi 12 peserta akhir dan masa penyiaran adalah 2 jam kenapa pula tidak cukup? Sekarang ini masa yang diambil hanyalah 36 minit dan apabila tinggal 10 peserta sahaja maka tinggal 30 minit saja masa yang diambil sedangkan masa penyiaran masih lagi 2 jam???? Kenapa banyak sangat Commercial Break?????

Astro sepatutnya memastikan kualiti rancangan RajaLawak ini diperbaiki dari masa kesemasa dan bukannya semakin tiada kualiti takkan hanya tangkap muat aje setiap peserta yang ada??Harap pihak Astro dapat mempertimbangkan semula syarat-syarat bagi peserta RajaLawak....

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...