Translate

Showing posts with label KiSaH JeNaKa. Show all posts
Showing posts with label KiSaH JeNaKa. Show all posts

02 August 2012

Kisah Unta, Gajus dan Babi


Kali ini aku nak kongsi satu cerita jenaka kat korang semua dan harap ada yang puas hati dan akan terus follow blog aku slalu ye….
Jom kita kongsi bersama.................................

Kisah Mengapa Unta bebonggol, Hidung Babi penyek dan Mengapa Gajus berbiji di luar

 Suatu masa dahulu dalam sebuah hutan di sebuah negara jauh dari adab peradaban manusia telah ditakdirkan bahawa pada ketika itu hanya terdapat 2 ekor sahaja binatang dalam hutan tersebut iaitu Si unta dan Si babi. Oleh kerana hanya mereka berdua sahaja yang terdapat didalam hutan tersebut maka bersahabat baiklah mereka berdua dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan mereka yang ada. Pada masa itu juga diberitahu bahawa babi masih lagi berhidung mancung lagaknya manakala si unta juga belum bebonggol pada ketika itu dan gajus juga di saat itu masih berbiji didalam seperti buah-buahan yang lain hendaknya.
Gambar unta boleh lah letak tapi gambar si babi tu aku tak sanggup nak letak kt blog aku
 Dipendekkan cerita, pada suatu hari kedua sahabat baik ini merasa agak bosan dan sunyi lalu si babi bersuara, "Unta..kau bosan tak hari ini?"
"Ish..memang bosan dan sangap ni bi", balas si unta pada sahabat karibnya si babi.
"Apa kata kalau hari ini kita adakan pertandingan lumba lari antara kau dan aku", Ujar si babi.
"Erm Orait gak tu", balas si unta.
Lalu kedua sahabat karib itu pun mula menyiapkan kawasan sekitar hutan untuk dijadikan tapak acara lumba lari mereka pada hari itu yang mana acara berlangsung pada jarak 100 meter sahaja kerana si babi berkaki pendek dan dia bimbang jika berlari lebih dari 100 meter maka dengan mudahnya si unta dapat menewaskan si babi kerana kaki si unta yang panjang itu.
Dengan kiraan tiga mereka berdua pun memulakan larian dan si babi mengungguli serta berada dihadapan setelah memecut dengan sepantas yang mungkin untuk meninggalkan unta dalam jarak hanya beberapa kaki sahaja…
Disebabkan terlalu taksub untuk menewaskan si unta, babi terlepas pandang akan sebuah pokok gajus berada dihadapannya…Akibat kakinya pendek, maka babi gagal mem’brek’ dengan berkesan lalu melanggar batang pokok gajus tersebut…
Sewaktu kejadian buah gajus sedang leka membuat taik mata dan akibat dari hentaman babi kearah batang pokok lalu terkejut beruklah akan buah gajus ini dan melatah sehingga terkeluar biji dari buahnya.. manakala babi pula menerima nasib yang agak malang pabila hidungnya yang mancung sebelum ini macam hidung ala-ala pelakon Hindustan itu menghentam batang pokok gajus sehingga kemek ataupun bahasa yang lebih mudah menjadi tonyok…
Si unta pula mencuba sedaya upaya mem’brek’ agar tidak menyentuh akan si babi yang memang sedia kita maklum ini akan pengharaman bersentuhan itu kerana unta tidak rela nak men’yamak’ nanti.. Akibat dari percubaan brek kecemasan yang dilakukan oleh si unta maka segala tulang belakangnya terperosok kehadapan hingga membentuk bonggol yang akhirnya berkekalan dan diwarisi turun temurun…
Begitulah kisahnya bagaimana hidung si babi menjadi tonyok, kenapa gajus berbiji di luar dan kenapakah unta berbonggol… Keadaan mereka bertiga dahulu telah diwarisi turun temurun pada keturunan masing-masing sehingga ke hari ini….
Beginilah nasib si gajus setelah terperanjat babi


p/s:  Hehehe jangan marah haaa nama pun crite jenaka kan…
-         Kalau best crite aku ni mohon kongsi-kongsikan tapi kreditkan lah pada aku tapi jika tak best korang bancuhla aku…..

20 July 2012

ASAL USUL NAMA SINGAPURA


Tersebutlah kisah disuatu ketika dahulu dizaman dahulu kala bahwa terdapat sebuah Negara yang dikenali dengan nama Temasik. Adapun Temasik ini adalah sebuah pulau yang kecil yang didiami oleh pelbagai kaum suatu masa dahulu dan juga ada disebutkan bahawa Temasik ini pada ketika itu menjadi sebuah pelabuhan yang amat terkemuka dikala itu dan banyaklah kapal-kapal pedagang berlabuh membawa pelbagai jenis barangan dari Negara masing-masing..
            Disebutkan juga bahawa orang-orang di Temasik ini gemar membeli barangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang yang ada terutamanya dari pedagang-pedagang India juga hendaknya mereka itu membeli namun segala barangan yang dibeli adalah secara berhutang kerana kebanyakan dari penduduk Temasik ini hanya bekerja sebagai petani jua lah ia dan hasil pendapatan mereka pada ketika itu tidak menentu bergantung pada musim.
            Disebabkan tabiat orang Temasik ini gemar berhutang namun lewat membayar dan adakalanya langsung lesap begitu sahaja maka banyak pedagang yang tiba di Temasik sudah tidak gemar memberikan mereka berhutang lagi jualah hanya pedagang India sahaja yang membawa pelbagai jenis kain dari India yang sanggup menjalankan urusniaga bersama penduduk tempatan kerana pedagang India ini biasanya berlabuh untuk tempoh enam bulan berbeza dengan Kapal pedagang lain seperti Cina yang dating membawa gaharu dan cendana serta sutera yang hanya berlabuh untuk tempoh tiga bulan sahaja. Begitu juga dengan pedagang Sepanyol, Portugis dan Belanda yang hanya mengambil masa yang cukup pendek iaitu hanya sebulan sahaja kerana mereka ini perlu berdagang ke serata pelusuk bumi jua seperti yang diriwayatkan.
            Oleh kerna tempoh perhentian pedagang Cina, Sepanyol, Portugis dan Belanda sangat singkat maka mereka ini tidak sanggup memberi hutang kepada penduduk Temasik lalu hanya pedagang India sahaja yang terus member hutang kepada mereka ini namun setelah sekian lama diceritakan dalam tempoh yang amat-amatlah lama ditunggu oleh pedagang India ini menanti bayaran dari orang Temasik namun jaranglah jua mereka menerima bayaran tapi diberikan pelbagai alasan lalu menjadi pedap dan bosan lah pedagang India kepada orang Temasik hinggalah di suatu masa meraka ini setelah mendengar ada satu lagi pelabuhan yang telah di buka dan lebih strategic tempatnya yang diberi nama Melaka lalu pedagang India ini membuat keputusan yang amat drastik lah jua yang diseritakan iaitu mereka tidak akan memberikan hutang lagi kepada orang Temasik malahan mereka ini juga membuat keputusan tidak akan singgah lagi ke Pelabuhan Temasik walau apapun yang berlaku sebaliknya hanya akan lalu merentasi sahaja untuk ke Melaka lah jua mereka itu….
            Kedatangan pedagang India amatlah dinantikan orang Temasik kerana mereka Memerlukan kain serta rempah ratus ribuan yang dibawa oleh pedagang India dan juga kerana hasil barangan dari india boleh dibayar secara ansuran atau installment namun setiap kali jualah penantian mereka adalah sia-sia kerana mereka hanya mampu melihat kapal pedagang India ini hanya merentasi selat mereka sahaja untuk ke Melaka lalu menjeritlah orang Temasik ini kepada kapal India tersebut dengan berkata, “ Singgah la singgah la singgah la”,
Sahutan dan jeritan orang Temasik ini dibalas beramai-ramai oleh pedagang India ini dengan berkata, “Porah hutang lama pun tara bayar lagi mau singgah ka!!!”,
Begitulah yang berlaku setiap kali kapal India merentasi dan perkara ini berlaku berbulan-bulanlah lamanya…..
“Singgah la, singgah la, singgah la,” kata orang Temasik.
“Porah”, kata pedagang India
“Singgah,” kata orang Temasik
“Porah,” balas pedagang India.
Begitu lah yang berlangsung dan apabila didengar oleh pedagang-pedagang yang lain perkataan yang disebut oleh kedua mereka itu iaitu singgah dan porah lalu mereka ini si pedagang-pedagang yang berhenti di pelabuhan ini lalu menamakan pelabuhan Temasik ini dengan nama Singgahporah sempena perkara yang berlaku antara pedagang India dengan orang Temasik.
            Setelah sekian lama dan nama Singgahporah itu disebut berulang-ulang oleh si pedagang yang sentiasa berlabuh lalu perkataan Singgahporah itu pun secara otomatiknya telah menjadi SINGAPURA sepertimana yang kita sebut pada masa kini…………………………….Sekian.

19 June 2012

Roadblock

Kisah berlaku di waktu roadblock di satu malam yang agak dingin dan nyaman.....

Seorang Bai sedang menunggang motor tanpa lampu hadapan dan belakang mennghampiri roadblock yg sedang diadakan oleh abg-abg polis.....

Seorang Inspektor menahan si Bai tu td kerana menunggang motor tanpa lampu hadapan dan belakang lalu berkata lah si Inspektor tersebut, " Bai apa pasal tunggang motor tanpa lampu ni?"

Si Bai tadi pun dengan selamba kodoknya pun berkata, "Tuan, sana ada lampu, sini ada lampu apa guna ini lampu!" sambil menunjuk kearah lampu jalan dan lampu motonya.

Inspektor tu pn menyirap tahap gaban peringkat ke-4 apabila si Bai tu cuba buat Lawak Antarabangsa...

Inspektor tu pun apa lagi lalu tunduk ke arah tayar dan lalu membuang angin di tayar motor si Bai td....

Melihat keadaan tersebut, si Bai td pn apa lagi...bengang giler khinzir ar bila dia tengok Inspektor tu membuang angin dari tayar motornya dan berkata, "Apa pasal tuan buang tayar saya punya angin?'

Inpektor tu pun berlalu sambil berkata pada Bai tu, "Bai....sana ada angin.......sini ada angin.... apa guna ini angin......"

p/s: Maaf abg-abg Polis..ini sekadar gurauan dan hiburan sahaja
   

Bai - Seorang keturunan banggali lelaki

21 May 2012

RUANGAN BARU

Alhamdulillah hari ini aku dpt 1 lg idea untuk menambah koleksi dlm blog aku ini iaitu KISAH JENAKA... pada sesapa yg ada Kisah Jenaka dan ingin dikongsi silalah post sebarang kisah anda dan akan saya paparkan disini

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...