Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat
SINI. Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini adalah Point Of View (POV) aku sendiri mgkn ada antara korang ada pendapat masing-masing tapi yang nyatanya perkara ini tiada penghujungnya dan isu ni bkn sahaja aku baca kat blog malah komen-komen kat akhbar pn ada gak pertikaian tentang isu gomen dan swasta terutamanya perkara ini akan timbul dan diperbesarkan apabila org gomen ni menrima imbuhan dari PM sebagaimana baru-baru ini bila PM umumkan org gomen dpt bonus sbln gaji atau minimum RM500.00
 |
| Kerajaan |
 |
| Swasta |
VS
Isu berkaitan kerja gomen ngan swasta ini sbenarnya
mmg tiada penghujungnya...Org yg kerja swasta akn mengutuk yg kerja gomen dan
begitu sebaliknya sbnarnya sikap manusia mmg mcm ni kita akn sentiasa merasakan
kita berada di pihak benar dan kita amat jarang nk mengatakan dan mneyatakan
kesilapan dan kekurangan diri...Cerita pasal sikap manusia ni aku prnah
ungkitkan kat
Sini
le
Senang cerita aku amik diri aku dan pekerjaan aku dulu
yang pernah kerja swasta dan sekarang kerja gomen plak.. pada aku setiap kerja tu ada pro dan
kontranya..ada kelebihan dan ada kekurangannya.. Sebagai contoh aku skang ni
berjawatan sebagai Pembantu Tadbir P/O N17 kalau kt swasta kira kerja sebagai kerani
ar.. Aku masuk kerja bermula dgn gaji sebnyak RM656.30 yg mana jika di
swasta kerani menerima gaji permulaan sebanyak RM1500.00 atau mengikut
kelayakan dan pengalaman yang mana biasanya atau busuk2nya dpt gaji RM850.00.
Walaupun kerani kerajaan menerima gaji sebanyak RM656.30
namun kami ni ada tambahan elaun sebanyak RM95.00
bagi elaun tetap khidmat awam yg mana elaun ini berdasarkan jawatan
masing-masing selain dari elaun Khidmat Awam aku juga menerima bayaran
elaun Sara Hidup sebanyak RM150.00 mengikut kawasan (Elaun berdasarkan tahun
2007 sblm mendapat kenaikan gaji dan elaun yg dilaksanakan pada Julai 2007) dan
juga elaun Tetap Perumahan sebanyak RM 180.00 jd jumlah keseluruhan yang aku terima
sbg gaji kasar sebanyak RM1081.30. Pada
waktu itu potongan KWSP pula adalah sebanyak 8% jadi jumlah bersih yang aku
terima pada waktu itu +/- RM994.80.
Sewaktu masuk kerja gomen ni plak 3 bln yg pertama
tidak menerima gaji kerana proses membayar gaji kerja gomen ni melalui proses yg
pelbagai tak mcm kerja swasta yg mana proses nya tidak rumit dan tidak
melibatkan byk dokumen..Kat gomen ni byk dokumen yg perlu disediakan dan perlu
ditandatangani sebelum boleh dihantar ke Unit atau Bahagian Kewangan Jabatan
atau Kementerian masing-masing. Jadi
apabila tidak menerima gaji slama 3 bln maka byk hutang tertangguh dan hutang
baru mula tumbuh..setelah 6 bln kerja kompom2 r nk buat loan sbb nak cover plak
segala utang..
Setelah Julai 2007 barulah PM yang pada masa tu Pak Lah membuat pengumuman
untuk memberi kenaikan gaji pada penjawat awam sebagaimana yg tertera kat bwh
ni:
Jadual 1: Kadar
Kenaikan Gaji Mengikut Kumpulan Perkhidmatan
Kumpulan
Perkhidmatan
|
Gred
Jawatan
|
Peratus
(%)
|
Pengurusan
Tertinggi
|
VU7
hingga VU1
VK7
hingga VK5
|
7.5
|
Pengurusan
dan Profesional
|
Gred
41 hingga 54
|
15
|
Sokongan
I
|
Gred
17 hingga 40
|
25
|
Sokongan
II
|
Gred
1 hingga 16
|
35
|
Sebelum ni kenaikan tahunan yang aku terima adalah sebanyak RM 39.93, Apabila
gaji naik pada
2007 ni, aku menerima
kenaikan tahunan sebanyak RM49.91.. Dulu gaji aku RM656.30 tapi pada 2007
gaji aku dah jadi
RM820.38.. Semasa aku bekerja kat syarikat swasta plak dulu aku terima gaji
permulaan
sebanyak RM 850.00
tapi setelah 3 bulan disahkan aku menerima gaji sebanyak RM950.00 dpt
increment RM100.00 dan pada ujung tahun plak aku dpt lagi increment sbyak RM100.00 dan
increment kat swasta ini diberikan oleh bos berdasarkan prestasi
kerja yg aku laksanakan sepanjang
tahun dan increment ni berbeza-beza mengikut
individu..kalau rajin kerja byk dp naik gaji tapi kalau
asyik curi tulang dan
mengulat je kuranglah increment yg
diterima….
Apa yang pastinya bila naik gaji je penjawat awam ni akan membuat loan
semula dan loan yg ada plak mencecah sehingga 60% dr
gaji..
Masa aku kat swasta ni aku mmg ssh nk wat loan tp gaji yg diterima xbyk
kena potong paling tidak pn dipotong duit KWSP dan Socso shj..selebihnya aku
biasanya hanya akan pinjam kat member2 serumah je paling tidak pun adalah
RM300.00 je so bila gaji aku tu campur ngan OT lepas tolak utang umah sewa ngan
utang member ada gak ar lagi tuk aku nk enjoy lepak2 ujung minggu…
Sebenarnya tidak lah seronok mana pn bila jd kerani kerajaan mcm aku ni
dh 5 taun kerja tapi
gaji bersih aku
dpt setiap bln cma RM850.00 berbeza dgn
pekerja swasta yg mana biasanya gaji bersih mrk pasti +/-RM 1000.00
tu belum campur lagi ngan OT. Kerja kerajaan mmg byk masa ngan family tapi kami
pekerja Kerajaan ni tiada OT jika ada OT pn ianya tidak dibayar sebaliknya
diganti dgn cuti shj.
Berkenaan ngan soal atau kualiti kerja plak mmg aku tak nafikan ada
pekerja kerajaan ni agak pemalas nak buat kerja dan tidak mengamalkan etika
kaunter sebaiknya..almaklumlah kebanyakan pekerja gomen ni di monopoli oleh
wanita jadi kebanyakan mrk ni mengikut perasaan bila menjalankan tugas (jika
smlm
'Tak
Dapat' dia akan melenting kat opis keesokan harinya) tapi ada juga
syarikat swasta yg mempunyai perangai atau sikap yg sama gak.
Ada jugak sesetangah syarikat swasta ni bila kita tipon tu dia duk
pas-pas dari satu department ke satu-satu
department dan ada juga yg duk guna
mesin menjawab yg memerlukan kita menekan berbagai-bagai nombor yg adakalanya
sampai menghabiskan kredit prepaid kita…ada juga Jabatan / Kementerian yg juga
bersikap mcm ni adakalanya bila nak merujuk sesuatu masalah tu mmg ssh sampai
kesudahannya langsung tak dapat jawapan… dan satu lagi masalah kerja kerajaan
ni kebanyakan dari mrk tidak mahir berbahasa inggeris sbbnya kebanyakan
pelanggan mrk adalah orang tempatan maka penggunaan bahasa inggeris ni tidak
relevan sedangkan masa aku kat swasta dulu, surat pun kena ditulis dan ditaip
dalam bahasa inggeris inggeris adalah satu perkara wajib yang biasanya akan
diperhatikan dan dinilai masa temuduga….
Soal malas atau rajin, Banyak kerja atau banyak bersenang, tiada integrity atau tidak efisien bukanlah
datang dari pekerjaan sebaliknya datang dari diri kita sendiri..seandainya kita
ni mmg workaholic so kat mana pn
korang tercampak kompom2 r korang ttp rajin tp kalau korang ni jenis yg pemalas
kerja apa pn korang ttp malas punya…
Bkn nak kata apa la ini contoh yg aku ambil dari kwn2 bujang aku dulu yg
tinggal srumah.. Dorang ni byknya keje dispatch
je ala peon tukang antar surat tapi ada gak yg anta spare part.. depa ni lg suke mengulat yg keje dispatch surat tu
biasanya kerja stengah hari je slebihnya dorang buat taik mata je kat
rumah…jadi pada aku biasanya kalau dh mmg pemalas tu ttp pemalas ar…
Kat sini juga aku nk reveal the truth kat korang yg kerja
gomen ni.. kami setiap tahun ada penilaian prestasi kerja yg mana kena isi
borang dan kemudian akn dinilai oleh pegawai atasan tapi kebiasaannya lah
penilaian ni sbnarnya bkn lah penilaian sebenar tapi lbh kepada penilaian
berdasarkan pegawai atasan suka pada kita atau tidak suka sbenanya..aklmaklumlah
kerja gomen ni byk sgt kroni nye…
Kebiasaannya pula ada
double standard dlm gomen ni misalannya
jika korang kerja kat Kementerian Pertahanan.. jika korang kerani atau kumpulan
sokongan kat sini biasanya kelebihan atau benefit yg korang terima tidak akan
sama dgn apa yg diterima oleh tentera..biasanya akan dianak tirikan…begitu juga
jika korang kerja di Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran pasti
akan berlaku
double standard punya.
Setelah dinilai berdasarkan prestasilah sgt tu maka aka nada pula
Anugerah Pencapaian Cemerlang ganjaran
berupa wang berjumlah RM1000.00 dan Sijil Penghargaan namun untuk mendapatkan
anugerah ini bknlah senang walau korang keje bagai nk mampus sbbnya spt yg aku
ckp tadi r ada
double standard dan
anugerah ini diberi hanya sebanyak
8%
dan yg paling tinggi pun sampai 10% je
dari jumlah kakitangan yang ada kat satu-satu
Jabatan atau Kementerian.
So bila
ada 100 org kakitangan maka anugerah ini hanya untuk 8 orang yang mendapat
nilai prestasi yang tertinggi yang mana dh dipilih awal-awal lagi pada siapa
anugerah ini hendak diberikan…..
Aku berkhidmat di Kementerian
Pelajaran Malaysia, semasa mula bertugas aku di tempat kan di salah sebuah
sekolah Tamil di ibukota kat situ aku sorang je kerani yg terpaksa menjalankan
tugas Kewangan (Finance & Account), Pentadbiran (Administration) dan tugas
Perkhidmatan (HR) so semua benda alah ni aku kena buat dan aku sedikitpun tidak
mendapat latihan dan bimbingan bagaimana nak buat kerja sdgkan masa aku kerja
kat swasta dulu aku dpt bimbingan selama seminggu sebelum aku dibiarkan membuat
tugas sendiri berbeza betul bila aku kat gomen ni terkontang kanting aku
dibuatnya dan terkangkang2 juga lah aku cuba mencari ‘sifu’ nk ajar aku buat kerja…
Kat gomen ni plak senior2 atau
kategori makcik2 ni agak kolot skit dan tak open minded jadi korang yg rase nk
keja kt gomen ni kena pandai2lah bila korang nk berkwn ngan awek cun dlm pjbt
takut tak tahan telinga je dgr gossip bangang makcik2 ni nanti….
Bagi cerita peluang kenaikan
pangkat plak aku nk bagitau kt korang yg byk dok hentam org gomen ni kononnya
seronok keje gomen dpt byk benefit r dan mcm2 lg komen korang yg buat aku
bengang je dgr sbb ternyata bkn itu yg aku alami antara komen tu seperti kat
Sini
dan
kat sini serta beberapa blog lagi yg aku sendiri dah lupa kat mana aku baca dah…
apapun yg nyatanya kerai gomen cam aku nil au nk naik pangkat kena tunggu
sampai 10 tahun
baru boleh dapat jadi
ketua kerani (CC) kalau nak naik pangkat yg lebih tinggi lagi kenalah ambil
Peperiksaan Kenaikan Pangkat dan yang paling tinggi pun boleh naik setakat jadi
Penolong Pegawai Tadbir (EO) Gred N27
yang gaji permulaannya lebih kurang RM1200 sbln…. Tapi nak lulus periksa tu
makan bertahun gak r sbb periksa tu cma setahun skali je dan ada 3
paper…lpas tu jika ada iklan kekosongan
boleh lah mohon jawatan tu…
Pencen pula????? Ya memang
kakitangan Kerajaan dpt pencen tapi ada yg tidak tahu bahawa wang pencen yg
kami semua terima tu bukanlah gaji penuh yg kami terima sewaktu bekerja tapi
hanya separuh sahaja dari gaji akhir.. kalau kerani macam aku ni biasanya gaji
akhir +/- RM2838.04 dan kalau separuh dari tu maknanya kami akan dapat
RM1419.02 sebulan dan jumlah itu lah yang nak dipertikaikan oleh byk pihak
skang ni…
Ganjaran???? Mmg kami akan
menerima ganjaran tapi bukanlah sampai beratus-ratus ribu pn sbb ganjaran nip n
berdasarkan Gred jawatan dan tempoh perkhidmatan dan bagi pencen tu juga jika tempoh
perkhidmatan tidak cukup 30 tahun maka ganjaran dan wang pencen yg diterima pn
berkurangan….jika nak tahu lebih lanjut tentang perkiraan persaraan ni korang
boleh cek kat
Sini
La.
Manakala
bagi jumlah ganjaran pula korang boleh cuba kira guna formula ni:
7.5% X Tempoh Perkhidmatan (Dalam Bln) X Gaji Akhir
Manakala
jika korang nak try secara manual untuk kira pencen korang plak boleh guna
formula ni:
1/600 X Tempoh Perkhidmatan (Maksima 30 Tahun) X Gaji Akhir
So jika aku brkhidmat selama 30
tahun dan gaji akhir aku pula RM2838.04 maka aku akan menerima pencen bulanan
sebanyak RM1419.02….itu, jika aku berkhidmat selama 30 tahun tapi tempoh
perkhidmatan aku tidak sampai pn 30 tahun sbb aku masuk kerja kerajaan pun umur
aku dh 30 lebih dan aku memilih pencen pada umur 58 tahun sbb aku tak boleh
pilih 56 atau 55 dan mandatory nya
aku kena bersara 58 atau skang ni pilihannya adalah 60 tahun…
Jadi aku rasa tidak perlulah
digembar-gemburkan tentang isu gomen vs swasta ini sbb
pada aku walau apa pun pekerjaan yg kita lakukan ada pro dan kontranya
segalanya terpulang pada siapa kita yang sebenarnya… Adakah kita ni kaki pemalas
atau kita ni kategori workaholic itulah yang menentukan pencapaian dan mutu
pekerjaan kita sebenarnya…pendek kata tepuk dada tanyalah selera…..bersyukurlah kita
dengan pekerjaan yang kita ada dan moga-moga dengan pekerjaan yang ada ini kita
dapat memperoleh rezeki yang halal untuk anak dan isteri serta diri kita
sendiri………
Renung-renungkanlah dan selamat
beramal di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.