Gaji

10 August 2012

Pandalela Rinong Berjaya Mencatat Sejarah

Sekitar Jam 3 pagi tadi Pandalela Rinong telah dinobatkan sebagai antara 3 penerjun terbaik didunia dengan memperolehi pingat gangsa. Aku sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana bukan sukan badminton sahaja yang mampu memberikan pingat buat negara sebaliknya kini acara akuatik juga mampu mencatat nama sebagai lagenda sukan negara...
Kini Pandalela telah menjadi artis perempuan pertama Malaysia yang berjaya menyumbang pingat buat negara...semoga Pandalela terus konsisten di masa depan agar terus dapat berjuang dan memberikan pingat pada Malaysia.

Tahniah buat kontijen akuatik Malaysia kerana berjaya menambah pungutan pingat...moga lepas ni Pandalela juga akan diberi gelaran Datuk sebagaimana Datuk Lee Chong Wei dahulu mendapat Datuk setelah memenangi pingat di Olimpik Beijing dahulu...

09 August 2012

Isu Antara Kerajaan dan Swasta yang tiada Kesudahan

Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat SINI. Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini adalah Point Of View (POV) aku sendiri mgkn ada antara korang ada pendapat masing-masing tapi yang nyatanya perkara ini tiada penghujungnya dan isu ni bkn sahaja aku baca kat blog malah komen-komen kat akhbar pn ada gak pertikaian tentang isu gomen dan swasta terutamanya perkara ini akan timbul dan diperbesarkan apabila org gomen ni menrima imbuhan dari PM sebagaimana baru-baru ini bila PM umumkan org gomen dpt bonus sbln gaji atau minimum RM500.00

                                                                    


Kerajaan
Swasta
      VS                                                                                                                                        
   Isu berkaitan kerja gomen ngan swasta ini sbenarnya mmg tiada penghujungnya...Org yg kerja swasta akn mengutuk yg kerja gomen dan begitu sebaliknya sbnarnya sikap manusia mmg mcm ni kita akn sentiasa merasakan kita berada di pihak benar dan kita amat jarang nk mengatakan dan mneyatakan kesilapan dan kekurangan diri...Cerita pasal sikap manusia ni aku prnah ungkitkan kat Sini le

Senang cerita aku amik diri aku dan pekerjaan aku dulu yang pernah kerja swasta dan sekarang kerja gomen  plak.. pada aku setiap kerja tu ada pro dan kontranya..ada kelebihan dan ada kekurangannya.. Sebagai contoh aku skang ni berjawatan sebagai Pembantu Tadbir P/O N17 kalau kt swasta kira kerja sebagai kerani ar.. Aku masuk kerja bermula dgn gaji sebnyak RM656.30 yg mana jika di swasta kerani menerima gaji permulaan sebanyak RM1500.00 atau mengikut kelayakan dan pengalaman yang mana biasanya atau busuk2nya dpt gaji RM850.00. Walaupun kerani kerajaan menerima gaji sebanyak RM656.30 namun kami ni ada tambahan elaun sebanyak RM95.00 bagi elaun tetap khidmat awam yg mana elaun ini berdasarkan jawatan masing-masing  selain dari elaun Khidmat Awam aku juga menerima bayaran elaun Sara Hidup sebanyak RM150.00 mengikut kawasan (Elaun berdasarkan tahun 2007 sblm mendapat kenaikan gaji dan elaun yg dilaksanakan pada Julai 2007) dan juga elaun Tetap Perumahan sebanyak RM 180.00 jd jumlah keseluruhan yang aku terima sbg gaji kasar sebanyak RM1081.30. Pada waktu itu potongan KWSP pula adalah sebanyak 8% jadi jumlah bersih yang aku terima pada waktu itu +/-  RM994.80.
Sewaktu masuk kerja gomen ni plak 3 bln yg pertama tidak menerima gaji kerana proses membayar gaji kerja gomen ni melalui proses yg pelbagai tak mcm kerja swasta yg mana proses nya tidak rumit dan tidak melibatkan byk dokumen..Kat gomen ni byk dokumen yg perlu disediakan dan perlu ditandatangani sebelum boleh dihantar ke Unit atau Bahagian Kewangan Jabatan atau Kementerian masing-masing.  Jadi apabila tidak menerima gaji slama 3 bln maka byk hutang tertangguh dan hutang baru mula tumbuh..setelah 6 bln kerja kompom2 r nk buat loan sbb nak cover plak segala utang..


Setelah Julai 2007 barulah PM yang pada masa tu Pak Lah membuat pengumuman untuk memberi kenaikan gaji pada penjawat awam sebagaimana yg tertera kat bwh ni:

Jadual 1: Kadar Kenaikan Gaji Mengikut Kumpulan Perkhidmatan


Kumpulan Perkhidmatan
Gred Jawatan
Peratus (%)
Pengurusan Tertinggi

VU7 hingga VU1
VK7 hingga VK5
7.5

Pengurusan dan Profesional
Gred 41 hingga 54
15
Sokongan I
Gred 17 hingga 40
25

Sokongan II
Gred 1 hingga 16
35


Sebelum ni kenaikan tahunan yang aku terima adalah sebanyak RM 39.93, Apabila gaji naik pada
2007 ni, aku menerima kenaikan tahunan sebanyak RM49.91.. Dulu gaji aku RM656.30 tapi pada 2007
gaji aku dah jadi RM820.38.. Semasa aku bekerja kat syarikat swasta plak dulu aku terima gaji permulaan
sebanyak RM 850.00 tapi setelah 3 bulan disahkan aku menerima gaji sebanyak RM950.00 dpt
increment RM100.00 dan pada ujung tahun plak aku dpt lagi increment sbyak RM100.00 dan
increment kat swasta ini diberikan oleh bos berdasarkan prestasi kerja yg aku laksanakan sepanjang
tahun dan increment ni berbeza-beza mengikut individu..kalau rajin kerja byk dp naik gaji tapi kalau
asyik curi tulang dan mengulat je kuranglah increment yg diterima….
 Apa yang pastinya bila naik gaji je penjawat awam ni akan membuat loan semula dan loan yg ada plak mencecah sehingga 60% dr gaji.. 




Masa aku kat swasta ni aku mmg ssh nk wat loan tp gaji yg diterima xbyk kena potong paling tidak pn dipotong duit KWSP dan Socso shj..selebihnya aku biasanya hanya akan pinjam kat member2 serumah je paling tidak pun adalah RM300.00 je so bila gaji aku tu campur ngan OT lepas tolak utang umah sewa ngan utang member ada gak ar lagi tuk aku nk enjoy lepak2 ujung minggu…
Sebenarnya tidak lah seronok mana pn bila jd kerani kerajaan mcm aku ni dh 5 taun kerja tapi
gaji bersih aku dpt setiap bln cma RM850.00 berbeza dgn pekerja swasta yg mana biasanya gaji bersih mrk pasti +/-RM 1000.00 tu belum campur lagi ngan OT. Kerja kerajaan mmg byk masa ngan family tapi kami pekerja Kerajaan ni tiada OT jika ada OT pn ianya tidak dibayar sebaliknya diganti dgn cuti shj.
Berkenaan ngan soal atau kualiti kerja plak mmg aku tak nafikan ada pekerja kerajaan ni agak pemalas nak buat kerja dan tidak mengamalkan etika kaunter sebaiknya..almaklumlah kebanyakan pekerja gomen ni di monopoli oleh wanita jadi kebanyakan mrk ni mengikut perasaan bila menjalankan tugas (jika smlm 'Tak Dapat' dia akan melenting kat opis keesokan harinya) tapi ada juga syarikat swasta yg mempunyai perangai atau sikap yg sama gak.

Ada jugak sesetangah syarikat swasta ni bila kita tipon tu dia duk pas-pas dari satu department ke satu-satu department dan ada juga yg duk guna mesin menjawab yg memerlukan kita menekan berbagai-bagai nombor yg adakalanya sampai menghabiskan kredit prepaid kita…ada juga Jabatan / Kementerian yg juga bersikap mcm ni adakalanya bila nak merujuk sesuatu masalah tu mmg ssh sampai kesudahannya langsung tak dapat jawapan… dan satu lagi masalah kerja kerajaan ni kebanyakan dari mrk tidak mahir berbahasa inggeris sbbnya kebanyakan pelanggan mrk adalah orang tempatan maka penggunaan bahasa inggeris ni tidak relevan sedangkan masa aku kat swasta dulu, surat pun kena ditulis dan ditaip dalam bahasa inggeris inggeris adalah satu perkara wajib yang biasanya akan diperhatikan dan dinilai masa temuduga….
Soal malas atau rajin, Banyak kerja atau banyak bersenang, tiada integrity atau tidak efisien bukanlah datang dari pekerjaan sebaliknya datang dari diri kita sendiri..seandainya kita ni mmg workaholic so kat mana pn korang tercampak kompom2 r korang ttp rajin tp kalau korang ni jenis yg pemalas kerja apa pn korang ttp malas punya…
Bkn nak kata apa la ini contoh yg aku ambil dari kwn2 bujang aku dulu yg tinggal srumah.. Dorang ni byknya keje dispatch je ala peon tukang antar surat tapi ada gak yg anta spare part.. depa ni lg suke mengulat yg keje dispatch surat tu biasanya kerja stengah hari je slebihnya dorang buat taik mata je kat rumah…jadi pada aku biasanya kalau dh mmg pemalas tu ttp pemalas ar…
                Kat sini juga aku nk reveal the truth kat korang yg kerja gomen ni.. kami setiap tahun ada penilaian prestasi kerja yg mana kena isi borang dan kemudian akn dinilai oleh pegawai atasan tapi kebiasaannya lah penilaian ni sbnarnya bkn lah penilaian sebenar tapi lbh kepada penilaian berdasarkan pegawai atasan suka pada kita atau tidak suka sbenanya..aklmaklumlah kerja gomen ni  byk sgt kroni nye…
                Kebiasaannya pula ada double standard dlm gomen ni misalannya jika korang kerja kat Kementerian Pertahanan.. jika korang kerani atau kumpulan sokongan kat sini biasanya kelebihan atau benefit yg korang terima tidak akan sama dgn apa yg diterima oleh tentera..biasanya akan dianak tirikan…begitu juga jika korang kerja di Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran pasti akan berlaku double standard punya.



Setelah dinilai berdasarkan prestasilah sgt tu maka aka nada pula Anugerah Pencapaian Cemerlang ganjaran berupa wang berjumlah RM1000.00 dan Sijil Penghargaan namun untuk mendapatkan anugerah ini bknlah senang walau korang keje bagai nk mampus sbbnya spt yg aku ckp tadi r ada double standard dan anugerah ini diberi hanya sebanyak 8% dan yg paling tinggi pun sampai 10% je dari jumlah kakitangan yang ada kat satu-satu Jabatan atau Kementerian. So bila ada 100 org kakitangan maka anugerah ini hanya untuk 8 orang yang mendapat nilai prestasi yang tertinggi yang mana dh dipilih awal-awal lagi pada siapa anugerah ini hendak diberikan…..
                Aku berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia, semasa mula bertugas aku di tempat kan di salah sebuah sekolah Tamil di ibukota kat situ aku sorang je kerani yg terpaksa menjalankan tugas Kewangan (Finance & Account), Pentadbiran (Administration) dan tugas Perkhidmatan (HR) so semua benda alah ni aku kena buat dan aku sedikitpun tidak mendapat latihan dan bimbingan bagaimana nak buat kerja sdgkan masa aku kerja kat swasta dulu aku dpt bimbingan selama seminggu sebelum aku dibiarkan membuat tugas sendiri berbeza betul bila aku kat gomen ni terkontang kanting aku dibuatnya dan terkangkang2 juga lah aku cuba mencari ‘sifu’ nk ajar aku buat kerja…
                Kat gomen ni plak senior2 atau kategori makcik2 ni agak kolot skit dan tak open minded jadi korang yg rase nk keja kt gomen ni kena pandai2lah bila korang nk berkwn ngan awek cun dlm pjbt takut tak tahan telinga je dgr gossip bangang makcik2 ni nanti….
                Bagi cerita peluang kenaikan pangkat plak aku nk bagitau kt korang yg byk dok hentam org gomen ni kononnya seronok keje gomen dpt byk benefit r dan mcm2 lg komen korang yg buat aku bengang je dgr sbb ternyata bkn itu yg aku alami antara komen tu seperti kat Sini dan kat sini serta beberapa blog lagi yg aku sendiri dah lupa kat mana aku baca dah… apapun yg nyatanya kerai gomen cam aku nil au nk naik pangkat kena tunggu sampai 10 tahun  baru boleh dapat jadi ketua kerani (CC) kalau nak naik pangkat yg lebih tinggi lagi kenalah ambil Peperiksaan Kenaikan Pangkat dan yang paling tinggi pun boleh naik setakat jadi Penolong Pegawai Tadbir (EO) Gred N27 yang gaji permulaannya lebih kurang RM1200 sbln…. Tapi nak lulus periksa tu makan bertahun gak r sbb periksa tu cma setahun skali je dan ada 3 paper…lpas tu jika ada iklan kekosongan boleh lah mohon jawatan tu…

                Pencen pula????? Ya memang kakitangan Kerajaan dpt pencen tapi ada yg tidak tahu bahawa wang pencen yg kami semua terima tu bukanlah gaji penuh yg kami terima sewaktu bekerja tapi hanya separuh sahaja dari gaji akhir.. kalau kerani macam aku ni biasanya gaji akhir +/- RM2838.04 dan kalau separuh dari tu maknanya kami akan dapat RM1419.02 sebulan dan jumlah itu lah yang nak dipertikaikan oleh byk pihak skang ni…
                Ganjaran???? Mmg kami akan menerima ganjaran tapi bukanlah sampai beratus-ratus ribu pn sbb ganjaran nip n berdasarkan Gred jawatan dan tempoh perkhidmatan dan bagi pencen tu juga jika tempoh perkhidmatan tidak cukup 30 tahun maka ganjaran dan wang pencen yg diterima pn berkurangan….jika nak tahu lebih lanjut tentang perkiraan persaraan ni korang boleh cek kat Sini La.
Manakala bagi jumlah ganjaran pula korang boleh cuba kira guna formula ni:

7.5% X Tempoh Perkhidmatan (Dalam Bln) X Gaji Akhir  

Manakala jika korang nak try secara manual untuk kira pencen korang plak boleh guna formula ni:

1/600 X Tempoh Perkhidmatan (Maksima 30 Tahun) X Gaji Akhir
 
So jika aku brkhidmat selama 30 tahun dan gaji akhir aku pula RM2838.04 maka aku akan menerima pencen bulanan sebanyak RM1419.02….itu, jika aku berkhidmat selama 30 tahun tapi tempoh perkhidmatan aku tidak sampai pn 30 tahun sbb aku masuk kerja kerajaan pun umur aku dh 30 lebih dan aku memilih pencen pada umur 58 tahun sbb aku tak boleh pilih 56 atau 55 dan mandatory nya aku kena bersara 58 atau skang ni pilihannya adalah 60 tahun…
                Jadi aku rasa tidak perlulah digembar-gemburkan tentang isu gomen vs swasta ini sbb pada aku walau apa pun pekerjaan yg kita lakukan ada pro dan kontranya segalanya terpulang pada siapa kita yang sebenarnya… Adakah kita ni kaki pemalas atau kita ni kategori workaholic itulah yang menentukan pencapaian dan mutu pekerjaan kita sebenarnya…pendek kata tepuk dada tanyalah selera…..bersyukurlah kita dengan pekerjaan yang kita ada dan moga-moga dengan pekerjaan yang ada ini kita dapat memperoleh rezeki yang halal untuk anak dan isteri serta diri kita sendiri………

Renung-renungkanlah dan selamat beramal di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

07 August 2012

Rasulullah berbicara tentang manusia akhir zaman









Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. 




Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka , mereka akan mendekati kamu; Kalau engkau jauhi mereka maka mereka akan mengumpat kau. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat pada mu.”


          “Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid’ah dan bid’ah dikalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunahku sudah uang dan memperbaharui bid’ah. Maka barangsiapa mengikut sunnah ku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid’ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih.”


          










.
Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu?” Jawab nabi, “Tidak.”

Para Sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada mereka?” nabi menjawab, “Tidak.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan mereka?”  Jawab nabi, “Sperti ulat dalam cuka.”
          Para sahabat bertanya lagi. “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama mereka?”  Jawab Nabi, “Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar.”


 

03 August 2012

Ayah dan Ibu

Salam Ramadhan pada semua…
Kali ni aku nak kongsi sikit cerita pasal kasih sayang ayah dan ibu yang mana biasanya orang berkata kasih ayah tidak terkira kasih ibu membawa kesyurga…
Biasanya saat –saat menjelang Syawal ni aku teramat sayu.. Al-maklumlah aku ni dah kategori anak yatim piatu dan bila Syawal menjelma aku sebak bila teringatkan kedua orang tua ku yang mana pada saat ini ibuku sudah pastinya sedang sibuk menyediakan berbagai-bagai dan bermacam-macam kuih raya..manakala pabila sehari sebelum raya Arwah ayah aku pastinya sibuk menyediakan lemang dan ketupat….
Ish jauhnya  aku dh melalut ni.. sebenarnya aku ni nak cerita bahawa betapa anak-anak zaman sekarang ni semakin melupai jasa dan pengorbanan ibu dan bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita dari sebesar dua jari tapak kaki hinggalah menjadi siapa kita sekarang… 

Tadi aku baru melihat satu rancangan di televisyen yang mana rancangan tersebut menceritakan malah membuat kunjungan ke rumah orang tua-tua di Kajang.. Seorang makcik ditemuramah oleh pengacara yang mana namanya hanya mahu dikenali sebagai Makcik Salmah (Bukan nama sebenar) sahaja berasal dari Butterworth dan beliau telah berada di rumah orang tua2 tersebut hampir 5 tahun sedangkan anak2 nya semua seramai 4 orang.. Ada antara anak beliau telah berumah tangga dan ada juga yang masih bujang tapi dari 4 orang anak itu tiada satu pun yg sanggup atau mahu menjaga seorang ibu yang entah bila ajalnya akan tiba…
          Makcik Salmah begitu sayu apabila tidak sekali pun dalam bulan Ramadhan yang mulia ini anaknya hendak menziarah beliau untuk berbuka bersama malahan sejak beliau dihantar ke rumah orang tua2 tersebut, beliau tidak pernah beraya bersama anak2nya.. Itu cuma satu kisah seorang ibu yang telah dilupakan oleh anak2nya belum lagi cerita bagaimana ibu tinggalkan di hotel ataupun si ayah yang ditinggalkan di perhentian bas yang selalu dipaparkan di dada2 akhbar. Aku pun agak pelik mengapa zaman kini anak-anak yang pernah dibesarkan dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh sanggup menghantar ayah dan ibu mereka ke rumah orang2 tua ataupun ditinggalkan saja ditepi-tepi jalan.. Aku yang anak yatim piatu ni rasa sedih dan terkilan apabila ada anak2 zaman sekarang ni mcm ni…aku ni sentiasa merindui kasih saying ibu dan bapa aku terutama pada Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma nanti…
          Beginilah sikap dan perangai manusia zaman sekarang bila ada tidak dihargai tapi esok bila telah hilang keduanya barulah nak menyesal dan menangis bagai nak rak… Nasihat aku pada kalian semua yang masih mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka.. balas lah kasih sayang yang pernah mereka curahkan pada anda.. Jika mereka berada di kampung ambillah masa anda dan jenguk mereka atau sekurang-kurangnya bertanyakan khabar mereka..itu sudah cukup untuk mereka kerana percayalah mereka bukan mahukan wang ringgit anda tapi cukuplah sekadar masa dan perhatian anda. Lagipun zaman sekarang zaman IT, jika anda boleh berFB, Twitter, YM atau Skype ngan member dan aweks atau balaks mengapa anda tidak boleh luangkan masa untuk kedua ibu dan bapa anda….
 



















Selama 9 bulan 10 hari ibu anda mengandungkan anda dan selama bertahun-tahun ayahmu membanting tulang membesarkan kamu jadi kenapa anda tidak boleh membalas kebaikan dan kasih sayang ayah dan ibu anda...jangan berlaku kejam pada mereka......


RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK  

02 August 2012

APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BERNIKAH DAN BERKAHWIN


 Sebelum ini aku ada terbaca beberapa blog yang bercerita atau membuat entry berkaitan isu perkahwinan dan cerita ini semakin galak apabila ada cerita berkaitan pasangan yang berkahwin muda di Pahang... so kat sini aku nak kongsi sikit ar berkenaan perkahwinan itu.. Apakah hukum nikah, panduan memilih pasangan, kaedah pelaksanaan akad nikah di masjid dan cara melakukan sujud syukur.. andai kata ada yang aku tertinggal mohon tambah dan ingatkan aku kerana sebagai manusia kesilapan itu dtgnya dari aku dan segala kebaikan itu datangnya dari Allah SWT..

HUKUM NIKAH


1.
Harus
·         hukum asal perkahwinan adalah harus

2.
Sunat
·         mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

3.
Wajib
·         seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

4.
Makruh
·         mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

5.
Haram
·         seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini

PERKAHWINAN MEMANTAPKAN AGAMA


Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;

“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
                                                         (Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI


Maksud hadith Rasulullah s.a.w;

“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
                                                                      (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
                                                                    (Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)

PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM BERUMAHTANGGA

1.      “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

2.      “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

3.    Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4.    Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahlanya.

5.    Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6.    Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7.      Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…”

8.    2 atau 3 hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat 3 kebaikan;

a)    dilepaskan dukacita
b)   ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah, dan
c)    mendapat rezeki yang tidak diduga

9.    Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;
a)    Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
b)   Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
c)    Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d)   Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
e)   Selepas memberi salam bacalah;
f)    Berdoa;
       
10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11.  Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);
a)    Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
b)   Solat Isya’ berjemaah
c)    Berselawat atas Nabi
d)   Tazkirah ringkas
e)   Jamuan sekadarnya

12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya ialah;
a)    Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b)   Solat Isya’ berjemaah
c)    Selawat dan Marhaban
d)   Syarahan agama berkaitan rumahtangga
     Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.

LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI;

1.     Nikah kahwin adalah menunaikan perintah Allah seperti di dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud; “maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka daripada perempuan-perempuan, dua atau tiga atau empat, kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah seorang sahaja”.
2.    Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).
3.    Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.
4.    Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta’.
5.    Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID

1.     Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2.    Niat I’tikaf.
3.    Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
4.    Bapa minta izin daripada anak.
5.    Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
6.    Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
7.    Pemilihan saksi.
8.    Membaca khutbah nikah.
9.    Ijab qabul dijalankan.
10. Membaca doa.
11.  Membaca lafaz ta’lik.
12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.

PERINGATAN

1.     Jika pengantin perempuan uzur syar’ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
2.    Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.
3.    Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak masuk ke dalam masjid.
4.    Barang-barang hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
5.    Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6.    Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.

CARA SUJUD SYUKUR

1.     Berwuduk.
2.    Menutup aurat.
3.    Menghadap kiblat.
4.    Berdiri, terus bertakbir sambil mengangkat tangan ke telinga dan niat; “Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”.
5.    Terus sujud sekali dan membaca;
6.    Niat di dalam hati; “Aku bersyukur kerana dikurniakan suami / isteri”.
7.    Terus duduk dan memberi salam.

RENUNG-RENUNGKANLAH dan SELAMAT BERAMAL di BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.........

BAGAIMANA SEMBAHYANG MENJADI LIMA WAKTU


Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Assalammualaikum dan salam sejahtera pada yang singgah menyinggah atau yang ‘blog walking’ kat sini… Alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menyambung penulisan aku kat blog ni dan mulia hari ini aku akan menambah satu lagi ruangan atau column baru iaitu Penawar Hati yang mana kat sini aku akan menulis perkara berkaitan dengan cerita-cerita atau nasihat-nasihat mahupun apa saja cerita berkaitan isu keagamaan dan kerohanian untuk kita kongsi bersama… Selamat Beramal…

        Untuk entry pertama, aku nak ceritakan Bagaimana Sembahyang Menjadi Lima (5) Waktu.. Kenapa aku amik tajuk ni sbg 1st entry aku?? Sebabnya Sembahyang adalah tiang Agama..tanpa sembahyang maka tiada guna lah amal ibadah kita yang lain ibarat nak mendirikan rumah tapi tiada bertiang..adakah rumah yang kit anak bina itu mampu didirikan? Tepuk dada tanyalah selera….

        Abu Dzhar menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dibukanya atap rumahku dan aku pada ketika itu berada di Mekah, lalu Jibrail AS turun dan membelah dadaku serta dibasuhnya dengan air zam-zam. Selepas itu, dia datang dengan membawa sebuah bejana yang dibuat daripada emas yang telah dipenuhi dengan hikmat kebijaksanaan dan keimanan dan dituangkan kedalam dadaku. Kemudian, Jibrail A.S. menutupnya Kembali lalu dipegangnya tanganku dan mengajak aku mengikutnya.

        Jibrail A.S. membawa aku naik ke langit dunia yang Nampak pada pandangan kita ini. Lalu, Jibrail A.S. berkata kepada penjaga langit dunia, “Bukakanlah pintu langit ini.” Penjaga pintu langit bersuara, “Siapakah ini?” Lalu, Jibrail A.S. menjawab, “ Ini Jibrail.” Penjaga pintu langit bertanya lagi, “ Apakah ada orang lain bersama kamu?” Jibrail A.S. menjawab, “Ya, ada, yang bersama denganku ialah Nabi Muhammad SAW.” Bertanya lagi penjaga pintu langit, “Apakah Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk mengadapNya?”  Jawab Jibrail A.S., “Ya.”

        Setelah penjaga itu membuka pintu langit, maka Jibrail dan Nabi Muhammad naik ke langit dunia. Tiba di situ, nampaklah seorang lelaki yang sedang duduk.  Di sebelah kanannya ada sekumpulan manusia dan di sebelah kirinya juga ada sekumpulan manusia . Jikalau orang itu memandang kekanan dia ketawa dan jikalau dia memandang kekiri dia menangis! Orang itu lalu mengucapkan padaku ‘Marhaban’ ertinya bergembira Sekali dengan kedatangan kamu iaitu seorang Nabi yang Soleh dan putera yang Soleh. Aku bertanya kepada Jibrail, “Siapakah orang ini?”  Jawab Jibrail, “Dia adalah Nabi AdamA.S. dan kelompok manusia yang ada disebelah kanan diantara mereka itu ahli syurga dan sekelompok lagi yang disebelah kirinya itu adalah ahli neraka. Sebab itulah apabila dia memandang ke kanan dia ketawa dan apabila di memandang ke kiri dia menangis!”

        Demikianlah sehingga Jibrail membawa aku naik ke langit kedua. Apabila sampai pada langit kedua, Jibrail berkata kepada penjaga langit, “Bukakanlah pintu ini.”  Penjaga langit berkata sebagaimana yang dikatakan oleh penjaga langit pertama, kemudian barulah dia membuka pintu tersebut. Tiba-tiba aku bertemu dengan dua orang anak pakcikku iaitu Nabi Isa Ibn Maryam A.S. dan Nabi Yahya bin Nabi Zakaria A.S.  Keduanya mengucapkan selamat datang kepadaku serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

        Kemudian aku dibawa lagi oleh Jibrail naik ke langit ketiga. Jibrail meminta dibukakan pintunya.  Penjaga pintu bertanya’ “ Siapakah kamu?”  Jawab Jibrail, “Aku Jibrail.”  Penjaga langit bertanya lagi, “Siapa bersama kamu?”  JIbrail menjawab, “Nabi Muhammad SAW.”  Penjaga pintu bertanya lagi, “Apakah dia sudah diutus?” “Ya, dia sudah diutus,” Jawab JibrailA.S. kemudian, barulah pintu langit ketiga dibuka.

        Sebaik saja pintu langit dibuka, aku bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Kecantikannya seperdua dari kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku beroleh kebaikan. Sesudah itu aku dibawa ke langit keempat.

        Setelah sampai ke langit keempat, Jibrail A.S. meminta penjaga langit membuka pintu, Sekali lagi soalan yang sama diajukan kepada Jibrail A.S. dan jawapan Jibrail A.S. tetap sama seperti apa yang diberikan kepada ketiga-tiga penjaga langit sebelum ini. Setelah bersoal jawab antara kedua malaikat tersebut barulah pintu langit dibuka dan sebaik pintu terbuka aku bertemu dengan Nabi Idris A.S. Nabi Idris juga mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku  memperoleh kebaikan. Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 57 yang bermaksud: “Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi” Kemudian JIbrail A.S. membawa aku ke langit yang kelima.

        Setelah sampai kelangit kelima, soalan yang sama ditannyakan oleh penjaga pintu langit dan dijawab dengan jawapan yang sama oleh Jibrail. Setelah pintu dibuka aku melihat Nabi Harun A.S. dan dia juga mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian aku dibawa Jibrail ke langit keenam.

        Setelah sampai kelangit keenam maka soalan yang sama ditanya oleh penjaga pintu langit dan jawapan yang sama jualah yang diberikan Jibrail A.S.  Setelah pintu langit terbuka aku melihat Nabi Musa A.S. dan dia juga melakukan perkara yang sama dengan Nabi-Nabi sebelum ini iaitu mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian kami meneruskan ke langit yang ketujuh

        Setelah sampai ke langit ketujuh, soalan yang sama terus diajukan pada Jibrail dan jawapan yang sama juga diberikan oleh Jibrail kepada penjaga pintu langit ketujuh. Setelah pintu dibuka aku bertemu dengan Nabi Ibrahim A.S. sedang bersandar di Baitul Makmur dimana 70,000 malaikat setiap hari masuk kedalamnya dan mereka tidak pernah Kembali lagi dari situ. Kemudian JibrailA.S. membawaku ke Sidratul Muntaha, lalu mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali dia tertutup dengan daun tersebut dan dengan kehendak Allah SWT, dia berubah hingga tidak satupun makhluk Allah yang sanggup mengungkap keindahannya. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepadaku mewajibkan solat 50 kali sehari semalam.
        Sesudah itu aku turun ke tempat Nabi Musa A.S. dan Nabi Musa bertanya, “Apakah yang diwajibkan Allah keatas Umatmu?” “Solat 50 kali,” jawabku. Maka berkatalah Nabi Musa, “Kembalilah kepada Allah, mintalah keringanan sebab umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap Bani Israil.” Kata Rasulullah SAW, “Baiklah, aku akan kembali kepada Allah SWT untuk mendapatkan keringanan bagi umatku.”

        Dipendekkan cerita setelah berulang-alik Rasulullah bertemu Allah dan Nabi Musa A.S. beberapa kali maka Allah mengurangkan Solat yang tadi awalnya sebanyak 50 kali sehari semalam menjadi kepada 5 kali sehari semalam, Maka Rasulullah SAW kembali kepada Nabi Musa A.S. dan berkata, ”Allah menguranginya kepada 5 kali sehari semalam.”  Maka kata Nabi Musa A.S., “Umatmu tidak akan sanggup menunaikan sebanyak itu. Kembalilah kamu kepada Allah SWT dan mintalah keringanan untuk umatmu.”

        Kata Rasulullah selanjutnya, “Aku berulang ulang pulang pergi antara Allah SWT dengan Nabi Musa A.S. sehingga akhirnya Allah SWT berfirman, “Kesimpulannya ialah solat 5 kali sehari semalam. Bagi setiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh kali solat; maka jumlah nilainya 50 juga.”

        “Dan sesiapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan tetapi tidak dilaksanakannya, maka dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakan maka ditulisnya sepuluh kebajikan. Dan sesiapa yang bermaksud hendak berbuat kejahatan tetapi tidak dilaksanakannya, maka tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika dilaksanakan kejahatan itu maka akan ditulis baginya cuma satu kejahatan (dosa). Aku telah berulang alik kembali minta keringanan bagi umatku sehingga aku merasa amat malu kepadaNya.”

        Begitulah cerita bagaimana terjadinya sembahyang 5 waktu sehari semalam. Waallahualam.

RENUNG-RENUNGKANLAH apa yang dikatakan oleh Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW dan SELAMAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK