Gaji

30 January 2012

Perbezaan Antara Deejay (DJ) dengan Pengacara Majlis

Assalammualaikum......

Pada masa kini hampir setiap majlis perkahwinan walau dimana dilangsungkan pastinya terdapat satu sistem Siar Raya (PA Sistem) yang akan mewarnai majlis tersebut. Di sini saya ingin kongsi sedikit pada yang kurang memahami berkenaan apa itu sistem pembesar suara pada semua dan apakah perbezaan deejay atau yang sebenarnya digelar 'Disc Jockey' seperti mana yang dipetik dari wikipedia....

"Satu sistem siaraya (SISTEM PA) ialah satu sistem penguatan elektronik dengan satu pengadun, amplifier dan pembesar suara, digunakan untuk meneguhkan satu sumber bunyi, contohnya, seseorang memberi satu ucapan, bermain DJ muzik prarakam , dan mengagihkan bunyi sepanjang tempat atau bangunan. SISTEM PA mudah kerap kali digunakan dalam tempat kecil seperti auditorium sekolah, gereja-gereja , dan bar-bar kecil. Sistem-sistem PA dengan satu nombor yang lebih besar penceramah-penceramah digunakan dengan meluas dalam bangunan komersial dan keinstitusian, membaca pengumuman atau mengisytiharkan negeri-negeri kecemasan. Sistem-sistem interkom, yang kerap kali digunakan dalam sekolah-sekolah , juga mempunyai mikrofon dalam setiap ruang supaya penghuni-penghuni boleh menjawab kepada pejabat pusat.

Sistem-sistem struktur yang kukuh dan SISTEM PA boleh menggunakan beberapa komponen-komponen serupa, tetapi dengan bertikai permohonan. Sistem-sistem struktur yang kukuh ialah untuk muzik secara langsung atau prestasi, manakala sistem-sistem SISTEM PA ialah untuk pembiakan ucapan dan muzik yang dirakam dalam bangunan-bangunan dan institusi-institusi." 


 "DJ (atau deejay, singkatan untuk disc (disk) jockey) ialah orang yang memilih dan memainkan muzik rakaman untuk dikumandangkan kepada pendengar. Asalnya, disk memaksudkan piring hitam manakala disc pula memaksudkan Compact Disc (cakera padat); kini, istilah DJ merangkumi semua jenis rakaman muzik tanpa mengira bahantaranya.
DJ ini ada beberapa jenis. DJ radio memperkenalkan dan memainkan muzik yang disiarkan dalam stesen radio AM, FM, gelombang pendek, digital, mahupub internet. DJ kelab pula memilih dan memutarkan lagu dalam bar, kelab malam, disko, ataupun stadium. DJ hip hop pula memilih dan memainkan lagu dengan menggunakan kelengkapan berbilang piring putar (turntable), biasanya untuk menyokong MC, serta juga mengerik-ngerik piring hitam untuk membuat bunyi kegenderangan. Dalam muzik reggae, DJ dalam konteks ini ialah vokalis yang membuat rap, toast, atau berborak-borak apabila muzik bermain manakala yang memilih dan memainkan muzik dipanggil selector (pemilih).[1] DJ mobil pula ke sana-sani dengan sistem bunyi mudah alih sambil memainkan muzik rakaman di pelbagai acara."

Kelengkapan dan teknik

Kelengkapan DJ biasanya terdiri daripada:
  • Rakaman bunyi dalam bahantara pilihan DJ (cth., rekod vinil, cakera padat, fail media komputer, dsb.);
  • Gabungan dua peranti (atau satu sahaja untuk rakaman digital) untuk memainkan rakaman bunyi, untuk bersilih ganti ulang-alik untuk menghasilkan main balik (playback) muzik yang berterusan (cth., peti nyanyi, pemain cakera padat, pemain media komputer seperti pemain MP3 dsb.);
  • Penjujuk berbilang (multiple Sequencer) yang boleh mengadun runut-runut MIDI dengan Audio Digital;
  • Sistem bunyi untuk menguatkan atau menyiarkan rakaman (cth., sistem audio mudah alih, sistem siar raya) atau sistem penyiaran radio;
  • Pengadun (mixer) DJ, yang merupakan pengadun audio elektronok (biasanya 2 atau 4 saluran) yang lazimnya dilengkapi pemendam silang (crossfader) yang digunakan untuk bertukar lagu dengan lancar dengan menggunakan dua atau lebih peranti main balik;
  • Fon kepala yang digunakan untuk mendengar satu rakaman manakala rakaman lain dimainkan kepada pendengar; dan
  • Sebagai pilihan, mikrofon supaya DJ boleh memperkenalkan lagu serta berucap kepada pendengar.
Selain kelengkapan asas yang dinyatakan tadi, kelengkapan DJ juga diperkaya dengan peranti-peranti yang memainkan manipulasi bunyi yang unik, seperti:
  • Unit kesan elektronik (lengah (delay), penggemaan (reverb), oktaf (octave), penyama (equalizer), korus (chorus), dsb.). Sesetengah DJ kelab menggunakan kesan pensintesis sub-harmonik yang menggandakan frekuensi rendah dengan tenaga yang ditambah seoktaf lebih rendah, atau mensintesiskan harmonik supaya kesan bunyi bes yang amat rendah diisikan dalam adunan.
  • Sistem prestasi berkomputer yang boleh digunakan dengan perisian pelagak vinil (vinyl emulation software) untuk memanipulasi fail-fail digital dalam komputer dalam masa nyata.
  • Perkakas pengawal digital DJ khas boleh memanipulasi fail-fail diigtal dalam PC atau laptop;
  • Sampler, penjujuk, papan nada elektronik (pensintesis/synthesizer), atau mesin dram.
DJ menggunakan sebilangan teknik sebagai cara memperbaiki adunan muzik rakaman. Teknik-teknik ini terutamanya termasuk mengkui, menyamakan, dan mengadun audio dari pelbagai sumber bunyi. Kerumitan dan kekerapan teknik-teknik ini banyak bergantung pada latar tempat kerja DJ. DJ radio tidak banyak memberi tumpuan kepada prosedur pengadunan muzik berbanding DJ kelab yang amat memerlukan peralihan lancar antara lagu dengan menggunakan pelbagai teknik.

(Sumber daripada wikipedia)
Diharap setakat ini anda telah memahami apa yang dimaksudkan dengan Sistem Siaraya (PA Sistem) dan telah mengenali serba sedikit definisi Disc Jockey atau DJ,  sekarang saya akan terangkan pula apa itu Pengacara Majlis (MC) seperti yang dipetik dari wikipedia.....

Satu jurucara majlis (MC), atau mengacarakan, ialah tuan rumah satu acara berperingkat atau prestasi serupa. Satu MC biasanya hadir penghibur, bercakap kepada penonton , dan pada umumnya menyimpan acara gerak. Satu MC mungkin juga memberitahu jenaka-jenaka atau cerita-cerita pendek. MC kadang-kadang juga berlakon sebagai pegawai protokol semasa fungsi rasmi negara. Dalam muzik hip hop, muzik rock dan muzik tarian elektronik, satu MC ialah satu artis muzik dan / atau penghibur yang biasanya mengadakan dan menjalankan vokal untuk bahan aslinya sendiri (tidak akan memeningkan dengan satu DJ yang bermain muzik parti dan mengadakan campuran muzik). 

(Sumber daripada wikipedia)

Diharap semua pembaca blog saya ini akan dengan 3 perkara yang ingin saya sampaikan di sini. Sebab-musabab saya menerangkan ini semua adalah kerana sewaktu saya menerima tempahan satu majlis yang berlangsung di Melaka, pihak keluarga pengantin salah faham dengan tugas saya sebagai seorang DJ Majlis Perkahwinan telah disalah anggap dan dianggap sebagai Pengacara Majlis yang mana saya dikehendaki bangun dari tempat duduk dan berjalan sekitar majlis tersebut dan sebagainya sepertimana yang biasa dilakukan oleh seorang Pengacara Majlis..... setelah peristiwa tersebut saya mula bertanya pada setiap bakal pengantin yang ingin menggunakan khidmat saya adakah beliau memerlukan seorang DJ atau seorang Pengacara Majlis (MC). Secara lazimnya DJ biasanya akan duduk dimejanya berdekatan dengan alat penyiaran serta memutarkan lagu bagi DJ Majlis Perkahwinan tetapi berbeza pula dengan DJ Hip-hop atau DJ di pusat-pusat disko yang menggunakan "turntable" dengan penerangan lanjut ini saya berharap selepas ini ramai yang memahami istilah dan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh DJ dan Pengacara Majlis ini.

13 January 2012

Melayu Boleh

Assalammualaikum..............

  Lama gak dah tak merapu kan? Hari ini aku nak merapu dan bercerita skit pasai Orang Melayu ini dan Slogan Melayu Boleh ini.......
  Sekarang ini aku tengok orang melayu kini memang boleh boleh dalam pelbagai perkara namun byk perkara yang tak memberangsangkan dan boleh dibanggakan sebagai contohnya dalam gejala sosial.....Orang Melayu mendahului dalam carta mengatasi kaum lain di dunia ini tak kira kategori Gay, Lesbian, Penkid, Bohsia atau apa saja isu masalah sosial sekarang ini. Majoriti golongan remaja masa kini yang perempuan dalam usia belasan tahun telah kehilangan maruah tidak kira secara rela atau tidak rela...dan ternyata motto Melayu Boleh mmg sesuai dan terbukti orang Melayu cam saya ni mmg boleh.
  Gejala sosial yang terbaru berlaku dikalangan orang Melayu cam saya adalah kecurangan dalam rumahtangga dimana suami atau isteri bertindak 'makan diluar' sbb skarang ni semua org gemar makan diluar berbanding makan dirumah mcm dulu-dulu kan jadi disebabkan biasa ngan makan luar maka mereka menggunakan istilah yang sama tapi kaedah dan perbuatan berbeza..agak pelik sekarang suami / isteri berada dirumah tapi tidak dihiraukan sebaliknya lebih gemar berkhalwat atau berzina bersama pasangan gelap masing-masing.... sekali lagi Melayu Boleh berjaya dan memang ternyata memang boleh.
  Masa kini ramai pengarah dan pelakon melayu baru yang berbakat tapi mereka gagal dan tidak diiktiraf untuk sebarang anugerah kerana filem mereka tidak mendapat hak tayangan di mana-mana pawagam di dalam dunia sebaliknya hanya layak dipaparkan di skrin-skrin komputer ataupun hanya di skrin-skrin handpon sahaja..ini kerana filem mereka ini tiada penaja dan ternyata filem mereka ini antara filem org yang terlalu miskin kerana penerbit filem ini langsung tidak mampu untuk menyediakan pakaian dan prop untuk para pelakonnya dan sekali lagi motto Melayu Boleh berjaya ditunjukkan dan dilaksanakan kerana walau bajet ciput tapi filem mereka box office menerima download terbanyak namun tetap gagal menerima anugerah.
  Melayu sekali lagi boleh meraih kegemilangan apabila dipenuhi dengan Hasad Dengki dan perkara ini telah semakin lama menjadi penyakit dalam bangsa yang amat saya sayangi ini kerana dimana saja berada kaum saya ini sering dengki dengan pencapaian orang lain. Mereka rasa tertekan dengan kejayaan melayu yang lain cuba mencari cara dan jalan untuk menjahanamkan bangsa sendiri dalam apa jua cara, tidak kira di pejabat, dikampung, di internet mahupun di pemilihan ahli jawatankuasa masjid pun berlaku perkara yang sama kalau tengok di Parlimen lagi teruk dan perkara ini akan berlaku lagi di Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Saya membebel ini semua bukan apa, cuma terkilan dengan bangsa sendiri apabila setiap hari membaca cerita tentang kejayaan bangsa saya di surat khabar, menonton berita di televisyen ataupun berhadapan dengan perjalanan seharian hidup ini. Kejayaan yang tidak dapat dibanggakan langsung apabila ada saja cerita tentang masalah sosial lepas satu ke satu masalah ini timbul. Semalam saya terbaca satu blog yang mana mengutuk dengan bahasa yang cukup kesat pada beberapa individu atau boleh dikatakan artis tanahair dan beberapa orang terkenal di Malaysia kini yang mana semuanya berbangsa Melayu termasuk dengan blogger ini juga berbangsa Melayu. Apa yang menarik perhatian saya ialah si blogger ini begitu galak mengkritik dan menghina serta mencaci Artis Melayu dan Individu ini yang menjalankan perniagaan MLM tetapi perniagaan dan rezeki Artis serta Individu yang agak popular dengan produk kesihatan ini masih terus meraih keuntungan. Si blogger ini pula tak tahu la apa yang diraihnya? mungkin kepuasan hati kot? Saya juga tidak menyokong perniagaan MLM namun tidak ar sampai menghina sesiapa...pada saya setiap individu telah dikurniakan akal sewaktu lahir dan akal itu semakin berkembang menerusi perkembangan usia nya dan masing-masing seharusnya bijak membuat keputusan samaada nak join MLM ke atau tidak terletak ar pada individu itu sendiri........
  Apa pun Penyakit Hasad Dengki (PHD) ini sebenarnya perlu dikikis dalam hidup kita yang telah sejati kerana penyakit ini dah bertahun menjadi penyakit kaum Melayu dan jangan lah dibiarkan terus merebak ke anak cucu kita pula kerana akan dikhuatiri Melayu Akan Hilang Didunia ini.

  Akhir Kata jangan ar dibiarkan kita berjaya atau boleh hanya dalam perkara yang tidak mebangggakan dan membawa sebarang kejayaan dan pencapaian sebaliknya ayuhlah kita berubah kearah satu kehidupan yang lebih baik dan berjihadlah kearah Islam kerana sememangnya MELAYU BOLEH........

  Wassalam....................