Translate

Showing posts with label bULeTiN SuKaN. Show all posts
Showing posts with label bULeTiN SuKaN. Show all posts

17 October 2012

MALAYSIA MENEWASKAN HONG KONG 2-0



              


           VS






Tahniah....

Tahniah kepada Harimau Malaya kerana telah berjaya menundukkan Hong Kong pada perlawanan persahabatan semalam yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Gol pertama Negara telah disumbangkan oleh Kapten Pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 manakala gol kedua pula adalah hasil jaringan Amirulhadi Zainal pada masa kecederaan separuh masa kedua.



Tahniah sekali lagi dan moga perjuangan Harimau Malaya dalam mempertahankan Kejuaraan Piala Suzuki nanti mencapai hasil dan keputusan yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia khasnya.

10 August 2012

Pandalela Rinong Berjaya Mencatat Sejarah

Sekitar Jam 3 pagi tadi Pandalela Rinong telah dinobatkan sebagai antara 3 penerjun terbaik didunia dengan memperolehi pingat gangsa. Aku sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana bukan sukan badminton sahaja yang mampu memberikan pingat buat negara sebaliknya kini acara akuatik juga mampu mencatat nama sebagai lagenda sukan negara...
Kini Pandalela telah menjadi artis perempuan pertama Malaysia yang berjaya menyumbang pingat buat negara...semoga Pandalela terus konsisten di masa depan agar terus dapat berjuang dan memberikan pingat pada Malaysia.

Tahniah buat kontijen akuatik Malaysia kerana berjaya menambah pungutan pingat...moga lepas ni Pandalela juga akan diberi gelaran Datuk sebagaimana Datuk Lee Chong Wei dahulu mendapat Datuk setelah memenangi pingat di Olimpik Beijing dahulu...

28 June 2012

Portugal Tewas Ditangan Sepanyol


Portugal tewas kepada Sepanyol (2-4) menerusi sepakan penalti selepas terikat hingga wisel penamat.

Kepada peminat kipas susah mati Portugal.. anda mungkin terkilan apabila Portugal gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012...dan aku berani kompem r ramai awex2 yg ada kt Malaysia ni sokong Portugal sbb Ronaldo je bkn sbb kipas susah mati pun... so pada awex2 yg minat Ronaldo pasni korang printout je gambar Ronaldo tu dan tampal je kat dlm bilik ke...dalam bilik ayor ke ... ikut suke korang r

   



Walaupun kalah Ronaldo masih tetap poyo & berlagak mcm biase

 Jaringan dari Cesc Fabregas memastikan Portugal tersingkir dari persaingan dan Sepanyol menantikan pemenang antara Germany atau Italy yang akan turun ke padang pada Jam 2.45 pagi (waktu tempatan) Esok.

p/s:  aku tidak sokong ke 2-2 pasukan tersebut krn pada aku mrk ini tetap penjajah yang pernah menjajah negara aku dulu.....

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...