Gaji

28 June 2012

Sakit Tulang Belakang atau Disc Prolapse (PID)

Salam........

Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau Cakera Tergelincir  kat sini so kali ini aku nak wat entri psl bagaimane kesakitan & keperitan serta masalah sampingan dan ubatan yg aku makan. Bkn apa, niat aku cume nak kongsi pade semua bagaimane penyakit ini menjejaskan kehidupan aku secara langsung & tidak langsung.

Okay, sekali lagi aku nak bagitau kat korang yg aku ni dah hampir 11 tahun menanggung penyakit ini tetapi aku baru tau je sejak 2005 apabila aku kerap sakit belakang & mintak doktor menjalankan pemeriksaan MRI pada aku..Gila kau! dah banyak kali sakit dan Xray tapi tak jumpe ape ape sakit pun..mau tak angin 1 badan..sebelum ni pn aku keje sbg warehouse supervisor & secara tak langsung keje aku ni melibatkan kena angkat barng berat2 jadi semakin kerap ar aku ni sakit belakang...

Apabila keputusan MRI aku kuar dan setelah berjumpe ngan Ortopedik kat HKL aku dibeitahu yg disc aku di L3/L4, L5/S1 dh prolapse serta ada Degenerative spine kira penuaan tulang belakang la senang crite..

Sejak dari itu masalah aku semakin bertambah dari hari ke hari al-maklumlah bila aku ni dh sakit pinggang kompom2 r aku MC sbb nk baring je kat umah... Setiap 3 bulan aku perlu mengadap doktor kat HKL utk mendapatkan rawatan (yg mana sbnarnya hanya utk ambil ubat je pun) tunggu berejam-jam kat sana. Setiap kali jmpa doktor, benda yg sama akan diberitahu pd aku iaitu terus makan ubat...asyik makan ubat je r sampai pada 1 tahap aku jadi menyirap & 'sound' kat doktor tu...bukan ape setiap kali temujanji aku akan berjumpa doktor yg berbeza-beza...pelik gak aku mcm mana depa ni nk tau perkembangan aku dgn hanya membaca laporan yg ditulis doktor yg lalu...

Setelah agak lama akhirnya aku ditemukan dgn senior doktor boleh dikatakan dia bos ar bagi Spine Team kat HKL..doktor tu tanya aku apa yg aku nk dorang buat??????? Apa punya gile ar doktor ni!!! dia tanya aku plak & aku tertanya-tanya pd diri aku?? Aku doktor ke dia Doktor????? sepatutnya dorang ni ar yg ada plan utk aku jika setelah bertahun aku mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan????? Doktor tu plak bagitau kat aku yg umur aku (masa tu 30-an) tidk boleh dibuat pembedahan tetapi pembedahan hanya dilakukan pada pesakit yg berumur 50-an shj.. nmpak gayanya aku terpaksa tunggu 20 taun lg utk menanggung kesengsaraan aku ini...

Gila tu...kalau bila time sakit aku kekadang sampai tak bole tegakkan badan aku dan ada masanya aku terpaksa merangkak untuk ke bilik air... bukan itu sahaja aku sentiasa merasa kebas di kaki, ngilu-ngilu dan merasa seperti terkena kejutan elektrik yg sentiasa mengalir kat kaki aku ni...bahagian pinggang jgn ckp ar sentiasa rasa seperti kena hempap dgn benda berat aje..

Mcm ni lah lebih kurang keadaan aku bila terlalu sakit

Sehingga kehari ini aku hanya diarahkan utk mkn ubat sahaja dan begitulah seterusnya hinggalah jika aku ada duit atau aku dh berumur 50-an...sebenarnya aku bukan lah nk sgt operate tapi apa yg aku nk biarlah aku ni kekal sihat dan cergas mcm dolu dolu...Sekarang ni aku dh tak bole nk bersukan, main bola, futsal, atau apa saja jenis sukan termasuk lah joging...hidup aku terus tension bila jadi mcm ni sbb dulu aku sorang yang aktif  bersukan skang ni aku hanya dpt memerhati dan melihat je org lain bersukan....

Celebrex 200mg

Tramadol 50mg

Apo-gabapentin 300mg




Apo-Gabapentin 600mg (mkn mlm je)

Paracetamol 500









 
Masalah yang paling utama apabila org lain mempertikaikan penyakit aku ni..sbb aku berbadan besar dan fizikal aku tidak menampakkan aku ni sakit jadi org lain hanya menganggap aku hanya mencipta alasan dgn mengatakan aku ni sakit tulang belakang...Apa daya aku org sekeliling anggap aku penipu dan kaki ponteng sbb aku selalu sgt MC doktor pula tidak mengambil sebarang langkah bagi mengurangkan kesakitan aku.. jadi apa yang mampu aku lakukan????? BERSERAH AJE PADA ILAHI....itulah yg aku mampu lakukan.





 Mungkin jika keadaan aku mcm ini mereka ini semua akan memahami dan akan simpati pada keadaan aku.

Sebaliknya.......

Sapa nak caye lau bdn aku sihat mcm ni
Hakikatnya 

Beginilah keadaan aku di dalam

Pada yg tak mengalami sakit ini..anda perlu memahami keadaan pesakit tulang belakang ni kerana kami bkn berlakon tp realitinya mmg kami ini sakit meskipun fizikal dan luaran kami nampak sihat tapi hakikatnya hanya ALLAH yg tahu....

Skang ni aku masih lagi sakit dan skang aku mendapatkan rawatan di Ortopedik HUKM, Pain Clinic HUKM dan Psikologi HUKM......

Semua ni hanya menambahkan stress dalam pala otak aku sbb skang ni pihak majikan aku cuba nak cari kesalahan aku agar aku dpt dibuang dari kerja almaklumlah sapa nk pekerja kaki ponteng kan



Portugal Tewas Ditangan Sepanyol


Portugal tewas kepada Sepanyol (2-4) menerusi sepakan penalti selepas terikat hingga wisel penamat.

Kepada peminat kipas susah mati Portugal.. anda mungkin terkilan apabila Portugal gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012...dan aku berani kompem r ramai awex2 yg ada kt Malaysia ni sokong Portugal sbb Ronaldo je bkn sbb kipas susah mati pun... so pada awex2 yg minat Ronaldo pasni korang printout je gambar Ronaldo tu dan tampal je kat dlm bilik ke...dalam bilik ayor ke ... ikut suke korang r

   



Walaupun kalah Ronaldo masih tetap poyo & berlagak mcm biase

 Jaringan dari Cesc Fabregas memastikan Portugal tersingkir dari persaingan dan Sepanyol menantikan pemenang antara Germany atau Italy yang akan turun ke padang pada Jam 2.45 pagi (waktu tempatan) Esok.

p/s:  aku tidak sokong ke 2-2 pasukan tersebut krn pada aku mrk ini tetap penjajah yang pernah menjajah negara aku dulu.....

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran"

Jom kita meramaikan lagi peserta yang ada kat Sini ar

Yang ni peberet karektor aku .... jangan mara arrrrr

Sebabnya aku suker kat Superman ni bukan kerana dia pakai spenda kat luar tp sbb ada Xray Vision tu bro..

Nak skodeng senang xyah susah nk kena tebuk lobang atau nk kena panjat memanjat....

Keh keh keh

27 June 2012

Kisah Doktor Biadap Yang Pernah Aku Jumpa

22 Jun yang lalu aku pergi mendapatkan rawatan seperti biasa bagi penyakit aku (P.I.D) bagi yang  tak tahu boleh rujuk kat Sini 

Seperti biasa aku ke Klinik Premier HUKM di Bandar Tasik Selatan dan seperti biasa jugalah aku di berikan no giliran dan kali ini aku akan mendapat rawatan di bilik rawatan 8..

Hari itu juga is3 aku pun follow gak sbb dia cirit birit jd apa salahnya aku ngan dia gi skali kan??? Bila dpt no tu dia ngan aku hanya selang satu no. maknanya dia akan masuk bilik doktor dulu dan pastu baru aku untuk jmpa doktor di bilik yg sama..

Nak dijadikan criter aku dan is3 aku dpt plak doktor yg sama iaitu Doktor R***an H***i bin M*h*m*d...


Masa is3 aku jmpa doktor tu..boley plak doktor tu pertikai sakit is3 aku dia ingat is3 aku saja cari alasan...siap nk ugut-ugut is3 aku masuk wad..apa punya gile r takat cirit birit baru 2 hari nk admit kan org???? Doktor tu ingat is3 aku reka crite sbb nk mnta MC je..lepas ugut nk admit dia ugut plak nk amik sampel najis dan mcm2 lg....

Lepas dr is3 aku kuar dr bilik tu no giliran aku plak dipanggil dan aku pn apa lg masuk ngan muka slamber je r.. lpas crite lbh skit yg aku tgh sakit gile kt blkng doktor ni mulakan skali lg Drama Swasta ngan aku plak...

Dia kata aku ngan is3 aku saje pakat dtg sini nk MC pastu sbenarnya nk g sopping komplek....
Apa punya gile r doktor ni punya andaian dan aku agak berbulu tu pabila lpas tgk kputusan MRI aku kt sistem HUKM dia kata " Nasib baik kena C4/C5 kalau C3 dah mati dah......"

Menyirap jer darah aku bila dgr dia ckp mcm tu kt aku patient dia...

Serius beb ni 1st time aku dpt doktor yg biadap dan penuh kecurigaan dlm sepanjanh hidup aku menziarahi klinik dan spital....

Menyirap je ati perut aku bila dia kata aku ni dtg sbb saje nk MC bkn sakit pn.. Bila dia bg aku appointment yg lain (lg 6 bln jumpe dia balik) dia pesan nnt jgn plak minta mc...

Pastu dia refer aku kat dietician dan skali lg pesan kt aku sok bila jmpa dietician tu jgn plak mnta mc....

Aku di andeh-andehkannya mcm aku ni nk sgt minta MC tu......apa punya bangsat r doktor tu langsung xde etika dan profesional langsung..

Yang buat aku menyirap tu bila dia berimej org alim siap ngan kepiah lg tp mulut mcm cibai....

Tu r pd zaman skang ni imej tidak mencerminkan budi bahasa seseorg.. adakalanya org yg pakai serabai tu bahasa dan budi bahasanya lebih tinggi dr org yg berkepiah dan berlebai ini...depa ni berlagak mcm kompom-kompom je bole jd ahli syurga tp org yg mcm aku ni xlayak bau syurga jerrrrrrrrrr....



25 June 2012

Disc Prolapse atau Cakera Tergelincir

Okay Entry aku sebelum ini ada menceritakan tentang kenali tulang belakang anda pada yang belum baca boleh baca di Sini..... Skang aku nak citer plak apa penyakit Disc Prolapse atau dalam bahasa melayunya Cakera Tergelincir...atau dalam bahasa perubatannya plak prolapsed intervertebral disc (P.I.D)...


Apakah Cakera Tergelincir?

Tulang belakang manusia mempunyai tisu lembut / bukan struktur bertulang yang dipanggil cakera di antara vertebra. Gelincir struktur ini melangkaui batas-batas yang biasa dipanggil Cakera Tergelincir. Ia boleh berlaku di mana-mana arah tetapi bermasalah apabila ia berlaku ke terusan tunjang atau foramen yang neural (rantau dari saraf yang keluar dari tulang belakang).





Mengapakah ia berlaku?
 
Cakera tergelincir boleh berlaku akibat trauma akut atau tekanan kronik yang disebabkan oleh aktiviti fizikal tertentu. Dengan penuaan perubahan degeneratif mengambil tempat di dalam cakera yang menjadikan ia lebih mudah terdedah kepada gelincir tanpa apa-apa kejadian pemendakan.

Apakah gejala?

Gejala-gejala bergantung kepada sudut tapak, dan hala tuju gelicir cakera. Ia biasa berlaku di kawasan lumbar atau serviks (leher) dan boleh menyebabkan sakit belakang atau sakit leher. Jika cakera yang  gelicir menyebabkan himpitan saraf tertentu sebagai contohnya saraf lengan maka akan ada radiasi kesakitan pada anggota tersebut.


Bagaimana untuk mendiagnosis?

Modaliti pengimejan yang terbaik yang diperolehi pada hari ini adalah Magnetic Resonance Imaging (MRI). Ia secara langsung dapat menunjukkan tapak dan sudut / jenis prolaps dan juga sama ada mana-mana pemampatan neural hadir atau tidak. Ini membantu memutuskan garis konservatif rawatan atau pembedahan. Ia juga membantu dalam merancang jenis pendekatan pembedahan diperlukan.


  Okay itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan penyakit Disc Prolapse atau Cakera Tergelincir... selepas ini aku akan ceritakan pula apa Simptom dan bagaimana penyakit ini menganggu kehidupan anda dan percayalah ini berdasarkan kisah benar yang akuk sendiri lalui.

Isteri Minta RM3 Upah Berasmara


KANGAR: Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja.

Ihsan : Harian Metro

20 June 2012

Kenali Tulang Belakang Anda


Apa itu Disc Prolapse atau Slip Disc? Kalau nk tahu boleh klik disini sebab aku nk terangkan aku pn x phm sgt tapi apa yg aku nk criter kat sini mcm mana rasa sakitnya dan bagaimana gangguan penyakit ini pada penghidapnya....................



















Sebelum tu meh aku nak citer pasala Tulang Belakang kita dulu...................




Tulang belakang merupakan salah satu bahagian penting kepada manusia.
Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak
memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan
ketulan tulang yang merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang yang
terdapat pada semua vertebra.


Vertebra adalah bahagian yang menyokong badan dan melindungi saraf tunjang. Terdapat
cakera di vertebra yang bertindak sebagai penyerap hentakan di antara vertebra.
Biasanya terdapat tiga puluh tiga (33) ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, termasuk
lima yang bergabung bagi membentuk sakrum yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan
empat tulang koksiks yang membentuk ekor. Tiga kawasan atas berdiri dari baki 24, dan di
kelompok di bawah nama serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra)
menurut kawasan didudukinya.


Penjagaan tulang belakang yang betul melalui kaedah mengangkat barang, postur duduk, postur
berdiri, kaedah tidur dan cara berjalan yang baik dapat memastikan kesihatan tulang belakang
anda.

Mengangkat barang


Cara Betul
a. Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh anda.
Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
b. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.




Cara Salah
a. Elakkan membongkok atau memusing pinggang anda semasa mengangkat beban yang
berat.
b. Elakkan mengangkat beban terlalu jauh dari badan.
c. Jangan mengangkat beban melebihi paras bahu. Keadaan ini menyebabkan ketegangan
yang melampau kepada tulang belakang anda.
d. Elakkan dari mengangkat secara pergerakan mengejut.






Duduk


Cara Betul

a. Rapatkan punggung dan sandarkan belakang anda pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
b. Pastikan ketinggian tempat duduk anda sesuai dan kedudukan paha anda selari dengan
lantai.
c. Campurkan aktiviti anda dengan senaman/regangan/berjalan.




Cara Salah
a. Elakkan duduk terlalu jauh dengan meja kerja anda dan elakkan duduk di atas kerusi
yang terlalu tinggi.
b. Elakkan membongkok ketika duduk.
c. Pastikan anda tidak menggelongsor ketika duduk.




Memandu


• Cara Betul
a. Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut anda selaras dengan
pinggang.
b. Sokong bahagian bawah belakang anda menggunakan tuala yang digulung atau
penyokong lumbar jika perlu.


• Cara Salah
a. Elakkan memandu terlalu lama tanpa berehat.
b. Menekan pedal dan memegang stereng terlalu jauh akan menyebabkan ketegangan otot.


Tidur


• Cara Betul
a. Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
b. Apabila anda tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya lutut bersentuhan atau
apabila anda tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut anda.





• Cara Salah
a. Elakkan tidur meniarap kerana ia akan menyebabkan sakit belakang.
b. Elakkan tidur di atas sofa di ruang tamu untuk jangka masa yang panjang.




Berdiri dan Berjalan


• Cara Betul
a. Tukarlah posisi berdiri anda dengan kerap jika anda perlu berdiri lama.
b. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan
anda.
c. Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan
dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit yang
rendah dan selesa.



















Cara Salah
a. Jangan berdiri terlalu lama dalam hanya satu posisi. Elakkan membongkok dengan kaki
lurus.
b. Elakkan memakai kasut tumit tinggi apabila berjalan atau berdiri untuk jangka masa
yang lama.



Kesimpulan
Penjagaan tulang belakang yang sempurna dapat menghindarkan  dari sakit belakang yang 
merugikan kita. Gaya hidup yang sihat serta aktiviti senaman dapat membantu mengekalkan 
tulang belakang yang sihat. Sekiranya anda mempunyai penyakit tulang belakang sila rujuk
doktor anda sebelum membuat senaman yang berkaitan.
Terdapat senaman-senaman yang boleh menjaga tulang belakang antaranya adalah seperti 
berjalan, berbasikal, berenang, senaman menarik lutut sambil baring dan merengangkan 
pinggul.
Antara faedah mengamalkan penjagaan tulang belakang semasa bekerja adalah: 
• Dapat mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan ketika bekerja khususnya dalam 
kerja yang melibatkan kerja-kerja yang dilakukan dengan tangan.
• Membantu mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti majikan dengan 
mengurangkan bilangan hari sakit.
• Mengurangkan kos perubatan yang boleh dielakkan sama ada pada diri sendiri atau 
majikan.
• Memastikan hari tua yang sihat tanpa penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan.






Perghh panjang lebarkan ok next stop aku akan criter plak mcm mana kritikal dan berapa seksanya sakit ni.... so pada yg mempunyai tulang blkng yg sihat tu baik jaga tulang belakang anda sekarang....

DiRi AkU

Aku sorang yg biase biase jer bknlah sorg yg glamer mahupn sorg yg gilakan glamer...

Tujuan aku wat blog ni pn dulu skadar nk iklankan perniagaan P.A. Sistem aku yg mana skang aku dh x larat nk wat sbb nk kena pikul speaker yg bsr gedabak lgpn skang ni dh byk saingan & aku rasa x berbaloi dgn apa yg aku trima..sbb lpas wat function kompom aku x bole bangun krg-krg 2 hari tuu.....


Tentu ada yg tertanyakan aku ni sakit ape? teruk sgt ke?


Aku telah di diagnos oleh doktor dari HUKM & setelah mengadakan ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan mendapati Cakera tulang belakang aku tergelincir...
Lebih kurang camni ar rupe MRI aku


Aku tidak boleh lg melakukan tugas-tugas yg berat malahan aku juga tidak boleh berada dalam keadaan statik dlm satu2 posisi utk tempoh yg lama..


Skang ni aku bergantung ngan ubat-ubatan yg diberikan oleh pihak Hospital kpd aku...tanpa ubat tahan sakit aku tidak dpt bergerak dgn sewenang-wenangnya...


Teruk sangatkah sakit aku ini? 


Pada aku sakit aku tidak berapa teruk namun yg teruk emosi aku...


Nk tau kenapa? nnt aku criterkan pd entry yg lain yer....


Okay itu lah serba sedikit ttg aku dan aku bkn lah mencari glamour atau ramai kwn di Alam Maya ini sebaliknya aku sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati ini agar dpt mengurangkan tekanan emosi dan mental yg aku terima......

Atuk kecewa cinta hampa


Atuk kecewa cinta hampa

BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.

“Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.


“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya...

Ihsan - Harian Metro

Aku rasa tak sepatutnya cerita ini didedahkan sebabnya kalau aku lah anak kepada atok ni aku rasa malu yang bapak aku ni nak menikah dengan pompuan sebaya dengan cucunya .... adoi ai bawak-bawak r sedar diri.......tapi tak tau ar pandangan korang macam mana??????????????????????


19 June 2012

Pesan Orang Tua a.k.a PETUA

Semalam aku xboley nk tido bkn sbb nk tgk Euro tp mata xmau mamai jd aku pn buka tv & layan dr satu channel ke satu channel yg lain....

Mula-mula aku layan crite Project A sambil bertukar siaran dgn Masam2 Manis...walaupun crite ni  dh byk kali tgk tp aku layan je ar sbb mata xmau titon..Abis je Masam2 Manis aku trus layan NTV7 tgk crite Incredible Tales mengisahkan tntang pantang larang lantas aku pn terpikir gak nak buat entrypasal PETUA ni....

So ari ni aku nak crite skit ar tntng petua atau pantang larang yg prnh aku dgr dr mulut Arwah kedua org tua ku...jom kita kongsi....

1. Jangan buka payung dlm rumah nnt ular masuk...

2. Jangan ketip kuku waktu malam nanti di timpa malang.

3. Jangan jahit baju yang sedang dipakai nnt mata boleh jd buta.

4. Anak dara masak kat dapur jgn menyanyi nnt dpt suami tua.

5. Anak dara jgn ber'sidai' di tangga waktu Maghrib nnt lmbt kawin.

6. Anak dara jgn lalu bwh ampai nnt jd anak dara tua...

7. Budak2 jgn main nyorok2 waktu maghrib nnt disorok Hantu Nenen.

8. Jangan menyabung kaki (meniarap sambil mengangkat kaki) nnt ibubapa cpat mati.

9. Jangan beralih tempat ketika mkn nnt kawin ramai...

10. Jgn mkn bertatang (memegang pinggan) nnt hidup tidak senang....

Begitulah antara pesan orang tua-tua aku dahulu yg mana ada antaranya aku sendiri dh lupa pn....
Tapi bila aku meningkat dewasa aku semakin memahami bahwa PETUA tersebut bukanlah amalan kurafat atau tahyul sebaliknya lebih kepada pesanan & cara org tua-tua mendidik melalui psiko....
 Ini pendapat aku dan logik yg dapat aku pkirkan:

1. Jangan buka payung dlm rumah nnt ular masuk...

   Logiknya:  Rumah dulu-dulu bknnya besar lgpn aku dulu org kg rumah yg sederhana...kalau dh buka payung, keluasan rumah semakin sempit dan takut mata tercucuk hujung payung kan masalah.....

2. Jangan ketip kuku waktu malam nanti di timpa malang.

    Logiknya:  Rumah dolu-dolu mana ada elektrik, mlm hanya menggunakan pelita ayam je. Jadi cahaya agak malap & tidak menerangi keseluruhan rumah dan kalau dh samar2 tu paham-paham je..mmg malang la apabila terketip isi sendiri dlm gelap.

Sekadar Hiasan
Sekadar Hiasan













3. Jangan jahit baju yang sedang dipakai nnt mata boleh jd buta.
     Logiknya: Mau x jd buta kalau dibuatnya terlajak jarum tu bukan saje buta mcm2 lg boleh jadi.....

4. Anak dara masak kat dapur jgn menyanyi nnt dpt suami tua.
    Logiknya:  Bkn dpt laki tua tp nasi atau lauk yg dimasak rentung akibat terlalu asyik menyanyi......

5. Anak dara jgn ber'sidai' di tangga waktu Maghrib nnt lmbt kawin.
    Logiknya:  Bkn lambat kahwin..anak dara kalau maghrib pn masih nk melepak kat tangga menonjolkan imej atau pandangan yg kurang baik almaklumlah org dulu-dulu ni menjaga kesopanan....

6. Anak dara jgn lalu bwh ampai kain nnt jd anak dara tua...
    Logiknya:   Bkn jd anak dara tua silap hari bulan putus kepala...mau taknya ampai pakaian dulu bukan plastik...tapi digunakan dawai mau x putus kepala.

7. Budak2 jgn main nyorok2 waktu maghrib nnt disorok Hantu Nenen.
    Logiknya:  Kalau dh maghrib pun xbalik lg umah mmg masalah sbb dolu -dolu waktu maghrib aku biasanya akan ke Surau sbb lpas solat kena mengaji..hu hu hu...

8. Jangan menyabung kaki (meniarap sambil mengangkat kaki) nnt ibubapa cpat mati.
    Logiknya:  Kalau dok leka menyabung-nyabung kaki tu tetiba plak ada org lain nak lalu kena plak dia leka & x perasan kaki tu kan dh tersadung gedebab mcm nangka busuk.

9. Jangan beralih tempat ketika mkn nnt kawin ramai...
    Logiknya:  Cukuplah makan berterabur kat 1 tempat je xyah teraburkan nasi 1 rumah plak sapa nk kemas????


10. Jgn mkn bertatang (memegang pinggan) nnt hidup tidak senang....
     Logiknya:  Mmg ar x senang kalau dibuatnya tetiba jatuh plak pinggan dan berderai alamat x senang nk duduk ar sbb kna tahan belakang nk kena sebat.

Walau apa pun itu hanya tanggapan dan pikiran logik dari aku je kalau korang nak tambah atau nak betulkan sila sila ar komen jangan segan2.

Roadblock

Kisah berlaku di waktu roadblock di satu malam yang agak dingin dan nyaman.....

Seorang Bai sedang menunggang motor tanpa lampu hadapan dan belakang mennghampiri roadblock yg sedang diadakan oleh abg-abg polis.....

Seorang Inspektor menahan si Bai tu td kerana menunggang motor tanpa lampu hadapan dan belakang lalu berkata lah si Inspektor tersebut, " Bai apa pasal tunggang motor tanpa lampu ni?"

Si Bai tadi pun dengan selamba kodoknya pun berkata, "Tuan, sana ada lampu, sini ada lampu apa guna ini lampu!" sambil menunjuk kearah lampu jalan dan lampu motonya.

Inspektor tu pn menyirap tahap gaban peringkat ke-4 apabila si Bai tu cuba buat Lawak Antarabangsa...

Inspektor tu pun apa lagi lalu tunduk ke arah tayar dan lalu membuang angin di tayar motor si Bai td....

Melihat keadaan tersebut, si Bai td pn apa lagi...bengang giler khinzir ar bila dia tengok Inspektor tu membuang angin dari tayar motornya dan berkata, "Apa pasal tuan buang tayar saya punya angin?'

Inpektor tu pun berlalu sambil berkata pada Bai tu, "Bai....sana ada angin.......sini ada angin.... apa guna ini angin......"

p/s: Maaf abg-abg Polis..ini sekadar gurauan dan hiburan sahaja
   

Bai - Seorang keturunan banggali lelaki

Perangai Pelik Manusia Yang Aku Sendiri Tak Paham

Salam pada semua.....

  Entry pertama aku setelah hampir sebulan aku berehat kerana keadaan kesihatan yg kureng mengizinkan......

  Ok! hari ini aku nk membebel dan melalut ttg perangai pelik manusia yg byk terdpt disekeliling kita samada kita sedar atau tidak tapi aku percaya lpas baca ni tentunya korang semua akan menyedari perkara ini...

1.  Kita lebih percaya kata-kata dari pembohong dari kata-kata seorang yang jujur.



2.   Hanya nampak kesalahan dan kesilapan individu lain berbanding kebaikan yang pernah dicurahkan.











3.  Sentiasa menuding jari pada orang lain (Baling batu sorok tangan)



4.  Sentiasa merasakan diri sendiri jer yang betul...org lain semua salah....
 5.  Tidak pernah merasa senang jika insan lain senang..pendek kata busuk hati lah....

 6.  Iri Hati terhadap orang lain..


7.  Sanggup menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri...(suka mencaras)












8.  Menikam member dari belakang....




 9.  Depan manis belakang cukup-cukup dia maki, caci dan hina kita...



Tapi dalam byk2 paling aku benci no. 1 tu sbb apa punya bangang lah dia org jujur dia x percaya tapi lebih percaya pada kaki kelentong, kaki kelepet dan kaki kuntek...


Ish Bodo, Bangang, Kayu Mangkuk punya spesis no 1....................

Apa-apa pun sikap pelik manusia zaman sekarang ni byk tp bila semakin byk yg aku senaraikan aku pula terasa pelik rasanya.......

Jadi sampai sini jer la jika ada yang terbaca atau terblogwalking tu silalah tinggalkan komen jangan malu2.

P/S: Gambar hiasan ini aku google tf