Translate

Showing posts with label aBoUt Me. Show all posts
Showing posts with label aBoUt Me. Show all posts

22 August 2015

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum,

Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku pn xpasti nk operate ke atau nk biar je.. Doktor yg rawat aku is one of the pakar bedah di HKL and dia beritahu aku yg dia sendiri dh xde jln lain nk buat pendek kata operations adalah jln terakhir sbb katanya jika nk buat ESI (Epidural Steroid Injection) pun dh xde guna sbb xkn membntu masalahnya aku takut nk amik risiko.. Jika sekarang aku masih bole brjln walaupun byk prgerakan yg terbatas tp Syukur aku still bole lakukan byk perkara.. Bagaimana jika setelah operate nnt kondisi aku lbh parah????

Risiko yg x sanggup aku ambil tapi sampai bila aku nk sakit mcm ni?? Sekarang pun aku dh memerlukan bntuan utk memakai seluar dan jika ditangguhkn operations aku takut keadaan jd lg parah. Jika operate pula dh la kos mahal giler nnt lg truk mcm mn??

Buntu... Buntu kepala otak aku memikirkan apa jalan yg patut aku pilih... Sdh solat istikharah namun masih blm dpt jwpn lagi...

24 December 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera pada semua member dan pembaca yang singgah di blog aku ni...
Pertama sekali aku ingin mohon maaf pada kalian semua kerna lama gile aku x update blog ni.. nak wat camne kekadang tu kekangan masa dan kekadang tu sbb aku ni manjang jer tak sihatnya hari ini pun aku masih lagi sakit dah seminggu aku jalan terbongkok2 macam org tua nak wat camne sakit tulang belakang aku makin lama makin teruk bukannya bertambah sembuh. 

Diatas kesempatan yang terluang ini aku ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membaca coretan aku berkenaan Sakit Tulang Belakang Atau Disc Prolapse (PID) dan juga entry aku pasal Sakit Tulang Belakang Part II serta coretan aku yang lain. Terima Kasih tidak terhingga kerana ada yang sudi memberi komen dan luahan antara sendiri serta berkongsi masalah yang sama dengan yang saya hadapi...

Ada masanya aku terasa bagai nak tubuhkan je satu persatuan bagi orang yang disc prolapse ni biar senang ada support group sendiri dan hakikatnya aku dah letih sendirian menanggung segala bebanan yang aku terima sejak aku dapat penyakit ni.. Tahun depan genaplah tahun ke 13 aku sakit tulang belakang ni.. sepanjang 13 tahun ni dah macam macam kerja aku buat dan dah byk tempat kerja yang berentikan aku kerja dengan alasan aku banyak cuti dan aku sakit... Tak terlarat dah nk cari kerja dan dah tak terlarat nak pergi temuduga tapi yang peliknya kenapa aku mohon taraf OKU tak dapat pulak.. Aku skarang ni pun dah terasa seperti OKU dah sebab aku memang ORANG KELAINAN UPAYA pun nak kerja berat tak boleh nak berdiri lama tak boleh nak duduk lama pun tak boleh jadi kenapa orang yang disc prolapse ni tak bole dapat status OKU??????

Anyway aku pun dah tak tahu nak bebel apa lagi maybe next time kita ketemu lagi ya dan InsyaAllah aku akan cuba update selalu blog aku ni pada tahun 2015 nanti.. Sampai ketemu lagi... SEKIAN TERIMA KASIH.

23 January 2013

Sakit Tulang Belakang Part II

Sebelum ini aku pernah cerita pasal Kenali tulang belakang andadisc-prolapse atau cakera tergelincirdegenerative spine dan juga sakit tulang belakang. Kini aku nak berceloteh lagi pasal sakit tulang belakang ni atau lebih dikenali sebagai Sakit tulang belakang part II

Ceritanya begini..........................

 

  Tahun lepas bulan Oktober aku telah di admit kan ke wad Spinal untuk menjalani treatment yang dikenali sebagai 'Facet Block' yg mana proses ini dijalankan didalam 'OT' atau Operation Theatre..


Dengar mmg seramkan masuk dlm OT mcm kritikal je tapi sebenarnya tak lah serius sgt pn cuma Doktor menjalankan prosedur injection ke tulang belakang je bagi membuka laluan salur darah yang tersumbat akibat himpitan cakera atau disc yang telah berlaku..cuma aku tak paham nape prosedur ni misti dijalankan didalam OT kenapa tak buat dlm wad je?



Anyway, selepas dari prosedur tersebut kaki aku yang kebas2 dh tak kebas lagi dan waktu mlm tidur ku lebih lena dari sblmnya.. Alhamdulillah cuma masalahnya ubat yang disuntik itu hanya mampu bertahan dalam jangka masa 3-6 bulan sahaja mengikut pada individu..

Februari nanti genaplah 3 bulan aku menjalani rawatan 'Facet Block' tersebut tapi blm pn sampai 3 bulan kaki aku kembali ke keadaan asalnya iaitu mula rasa tidak selesa dan ngilu2 serta kebas yg berpanjangan... Appointment aku yang seterusnya dgn Orto pada 26.2.2013.. adoi ai lamanya nk kena tunggu tu.. pasni aku tak tau apa plak plan Doktor yg bakal aku jumpa nnt.

Terbaru aku telah dirujuk ke pakar Kaunseling HUKM bagi membantu aku mengurangkan sedikit masalah sampingan dan bebanan masalah yang aku tanggung dan aku hadapi sejak aku mengidap penyakit ini tapi apa yang nyatanya pakar Kaunseling ini hanya dapat membantu merungkai masalah sampingan dan bukannya masalah kesihatan sebab kat beliau masalah kesihatan hanya boleh diselesaikan oleh pakar perubatan sahaja.. Baik tak yah jumpa camtu....entahlah...poning pala den..

Apa pun aku tak tahulah sampai bila aku kena tanggung masalah ini sedangkan aku dh bersedia jika pihak Hospital nak lakukan pembedahan pada aku tapi malangnya bukan itu pilihan Doktor kerana katanya MRI aku menunjukkan himpitan yang berlaku keatas saraf aku tidak seteruk mana dan aku sepatutnya tidak akan menderita sgt jika berdasarkan kepada MRI.. Pelik gak aku apabila Doktor ni menganalisa dan merawat pesakit beliau berdasarkan MRI dan bukan berdasarkan keadaan fizikal pesakitnya..


Inilah nasib apabila tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan perlindungan Insuran sebaliknya hanya mengharapkan pada Guarantee Letter (GL) Kerajaan je jadi mcm ni la...atau mungkinkah di Malaysia masih belum ada pakar dlm bidang Spinal? Kalau ada pakar kenapa Sultan Mizan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lagi VVIP yang ada kat Malaysia wat pembedahan tulang belakang di luar negara terutamanya kat Germany???? Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah..............


07 January 2013

Lama Tak Update

Salam semua... Lama juga aku x update blog aku ni bukannya apa cuma sjak dua menjak ni aku agak bz gak dan tiada masa utk duk terperap dpn komputer sbb sjak kebelakangan ini aku byk menjalankan aktiviti luaran saja anyway pada yg masih mengikuti aku Alhamdulillah terima kasih aku ucapkan...

Sudah tujuh hari berlalu dlm tahun yg baru ini dan pd tahun baru ini aku ingat nk tubuhkn group... bkn group pecah rumah atau group pecah kampung mahupun group bboys tapi aku nk tubuhkan group utk seluruh pesakit-pesakit tulang belakang agar dpt berkongsi masalah, cerita, pengalaman dan tips-tips berguna agar dpt berkongsi bersama menjadi manfaat bersama.

28 June 2012

Sakit Tulang Belakang atau Disc Prolapse (PID)

Salam........

Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau Cakera Tergelincir  kat sini so kali ini aku nak wat entri psl bagaimane kesakitan & keperitan serta masalah sampingan dan ubatan yg aku makan. Bkn apa, niat aku cume nak kongsi pade semua bagaimane penyakit ini menjejaskan kehidupan aku secara langsung & tidak langsung.

Okay, sekali lagi aku nak bagitau kat korang yg aku ni dah hampir 11 tahun menanggung penyakit ini tetapi aku baru tau je sejak 2005 apabila aku kerap sakit belakang & mintak doktor menjalankan pemeriksaan MRI pada aku..Gila kau! dah banyak kali sakit dan Xray tapi tak jumpe ape ape sakit pun..mau tak angin 1 badan..sebelum ni pn aku keje sbg warehouse supervisor & secara tak langsung keje aku ni melibatkan kena angkat barng berat2 jadi semakin kerap ar aku ni sakit belakang...

Apabila keputusan MRI aku kuar dan setelah berjumpe ngan Ortopedik kat HKL aku dibeitahu yg disc aku di L3/L4, L5/S1 dh prolapse serta ada Degenerative spine kira penuaan tulang belakang la senang crite..

Sejak dari itu masalah aku semakin bertambah dari hari ke hari al-maklumlah bila aku ni dh sakit pinggang kompom2 r aku MC sbb nk baring je kat umah... Setiap 3 bulan aku perlu mengadap doktor kat HKL utk mendapatkan rawatan (yg mana sbnarnya hanya utk ambil ubat je pun) tunggu berejam-jam kat sana. Setiap kali jmpa doktor, benda yg sama akan diberitahu pd aku iaitu terus makan ubat...asyik makan ubat je r sampai pada 1 tahap aku jadi menyirap & 'sound' kat doktor tu...bukan ape setiap kali temujanji aku akan berjumpa doktor yg berbeza-beza...pelik gak aku mcm mana depa ni nk tau perkembangan aku dgn hanya membaca laporan yg ditulis doktor yg lalu...

Setelah agak lama akhirnya aku ditemukan dgn senior doktor boleh dikatakan dia bos ar bagi Spine Team kat HKL..doktor tu tanya aku apa yg aku nk dorang buat??????? Apa punya gile ar doktor ni!!! dia tanya aku plak & aku tertanya-tanya pd diri aku?? Aku doktor ke dia Doktor????? sepatutnya dorang ni ar yg ada plan utk aku jika setelah bertahun aku mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan????? Doktor tu plak bagitau kat aku yg umur aku (masa tu 30-an) tidk boleh dibuat pembedahan tetapi pembedahan hanya dilakukan pada pesakit yg berumur 50-an shj.. nmpak gayanya aku terpaksa tunggu 20 taun lg utk menanggung kesengsaraan aku ini...

Gila tu...kalau bila time sakit aku kekadang sampai tak bole tegakkan badan aku dan ada masanya aku terpaksa merangkak untuk ke bilik air... bukan itu sahaja aku sentiasa merasa kebas di kaki, ngilu-ngilu dan merasa seperti terkena kejutan elektrik yg sentiasa mengalir kat kaki aku ni...bahagian pinggang jgn ckp ar sentiasa rasa seperti kena hempap dgn benda berat aje..

Mcm ni lah lebih kurang keadaan aku bila terlalu sakit

Sehingga kehari ini aku hanya diarahkan utk mkn ubat sahaja dan begitulah seterusnya hinggalah jika aku ada duit atau aku dh berumur 50-an...sebenarnya aku bukan lah nk sgt operate tapi apa yg aku nk biarlah aku ni kekal sihat dan cergas mcm dolu dolu...Sekarang ni aku dh tak bole nk bersukan, main bola, futsal, atau apa saja jenis sukan termasuk lah joging...hidup aku terus tension bila jadi mcm ni sbb dulu aku sorang yang aktif  bersukan skang ni aku hanya dpt memerhati dan melihat je org lain bersukan....

Celebrex 200mg

Tramadol 50mg

Apo-gabapentin 300mg




Apo-Gabapentin 600mg (mkn mlm je)

Paracetamol 500









 
Masalah yang paling utama apabila org lain mempertikaikan penyakit aku ni..sbb aku berbadan besar dan fizikal aku tidak menampakkan aku ni sakit jadi org lain hanya menganggap aku hanya mencipta alasan dgn mengatakan aku ni sakit tulang belakang...Apa daya aku org sekeliling anggap aku penipu dan kaki ponteng sbb aku selalu sgt MC doktor pula tidak mengambil sebarang langkah bagi mengurangkan kesakitan aku.. jadi apa yang mampu aku lakukan????? BERSERAH AJE PADA ILAHI....itulah yg aku mampu lakukan.





 Mungkin jika keadaan aku mcm ini mereka ini semua akan memahami dan akan simpati pada keadaan aku.

Sebaliknya.......

Sapa nak caye lau bdn aku sihat mcm ni
Hakikatnya 

Beginilah keadaan aku di dalam

Pada yg tak mengalami sakit ini..anda perlu memahami keadaan pesakit tulang belakang ni kerana kami bkn berlakon tp realitinya mmg kami ini sakit meskipun fizikal dan luaran kami nampak sihat tapi hakikatnya hanya ALLAH yg tahu....

Skang ni aku masih lagi sakit dan skang aku mendapatkan rawatan di Ortopedik HUKM, Pain Clinic HUKM dan Psikologi HUKM......

Semua ni hanya menambahkan stress dalam pala otak aku sbb skang ni pihak majikan aku cuba nak cari kesalahan aku agar aku dpt dibuang dari kerja almaklumlah sapa nk pekerja kaki ponteng kan



20 June 2012

DiRi AkU

Aku sorang yg biase biase jer bknlah sorg yg glamer mahupn sorg yg gilakan glamer...

Tujuan aku wat blog ni pn dulu skadar nk iklankan perniagaan P.A. Sistem aku yg mana skang aku dh x larat nk wat sbb nk kena pikul speaker yg bsr gedabak lgpn skang ni dh byk saingan & aku rasa x berbaloi dgn apa yg aku trima..sbb lpas wat function kompom aku x bole bangun krg-krg 2 hari tuu.....


Tentu ada yg tertanyakan aku ni sakit ape? teruk sgt ke?


Aku telah di diagnos oleh doktor dari HUKM & setelah mengadakan ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan mendapati Cakera tulang belakang aku tergelincir...
Lebih kurang camni ar rupe MRI aku


Aku tidak boleh lg melakukan tugas-tugas yg berat malahan aku juga tidak boleh berada dalam keadaan statik dlm satu2 posisi utk tempoh yg lama..


Skang ni aku bergantung ngan ubat-ubatan yg diberikan oleh pihak Hospital kpd aku...tanpa ubat tahan sakit aku tidak dpt bergerak dgn sewenang-wenangnya...


Teruk sangatkah sakit aku ini? 


Pada aku sakit aku tidak berapa teruk namun yg teruk emosi aku...


Nk tau kenapa? nnt aku criterkan pd entry yg lain yer....


Okay itu lah serba sedikit ttg aku dan aku bkn lah mencari glamour atau ramai kwn di Alam Maya ini sebaliknya aku sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati ini agar dpt mengurangkan tekanan emosi dan mental yg aku terima......

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...