Gaji

24 December 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera pada semua member dan pembaca yang singgah di blog aku ni...
Pertama sekali aku ingin mohon maaf pada kalian semua kerna lama gile aku x update blog ni.. nak wat camne kekadang tu kekangan masa dan kekadang tu sbb aku ni manjang jer tak sihatnya hari ini pun aku masih lagi sakit dah seminggu aku jalan terbongkok2 macam org tua nak wat camne sakit tulang belakang aku makin lama makin teruk bukannya bertambah sembuh. 

Diatas kesempatan yang terluang ini aku ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membaca coretan aku berkenaan Sakit Tulang Belakang Atau Disc Prolapse (PID) dan juga entry aku pasal Sakit Tulang Belakang Part II serta coretan aku yang lain. Terima Kasih tidak terhingga kerana ada yang sudi memberi komen dan luahan antara sendiri serta berkongsi masalah yang sama dengan yang saya hadapi...

Ada masanya aku terasa bagai nak tubuhkan je satu persatuan bagi orang yang disc prolapse ni biar senang ada support group sendiri dan hakikatnya aku dah letih sendirian menanggung segala bebanan yang aku terima sejak aku dapat penyakit ni.. Tahun depan genaplah tahun ke 13 aku sakit tulang belakang ni.. sepanjang 13 tahun ni dah macam macam kerja aku buat dan dah byk tempat kerja yang berentikan aku kerja dengan alasan aku banyak cuti dan aku sakit... Tak terlarat dah nk cari kerja dan dah tak terlarat nak pergi temuduga tapi yang peliknya kenapa aku mohon taraf OKU tak dapat pulak.. Aku skarang ni pun dah terasa seperti OKU dah sebab aku memang ORANG KELAINAN UPAYA pun nak kerja berat tak boleh nak berdiri lama tak boleh nak duduk lama pun tak boleh jadi kenapa orang yang disc prolapse ni tak bole dapat status OKU??????

Anyway aku pun dah tak tahu nak bebel apa lagi maybe next time kita ketemu lagi ya dan InsyaAllah aku akan cuba update selalu blog aku ni pada tahun 2015 nanti.. Sampai ketemu lagi... SEKIAN TERIMA KASIH.