Translate

09 August 2012

Isu Antara Kerajaan dan Swasta yang tiada Kesudahan

Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat SINI. Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini adalah Point Of View (POV) aku sendiri mgkn ada antara korang ada pendapat masing-masing tapi yang nyatanya perkara ini tiada penghujungnya dan isu ni bkn sahaja aku baca kat blog malah komen-komen kat akhbar pn ada gak pertikaian tentang isu gomen dan swasta terutamanya perkara ini akan timbul dan diperbesarkan apabila org gomen ni menrima imbuhan dari PM sebagaimana baru-baru ini bila PM umumkan org gomen dpt bonus sbln gaji atau minimum RM500.00

                                                                    


Kerajaan
Swasta
      VS                                                                                                                                        
   Isu berkaitan kerja gomen ngan swasta ini sbenarnya mmg tiada penghujungnya...Org yg kerja swasta akn mengutuk yg kerja gomen dan begitu sebaliknya sbnarnya sikap manusia mmg mcm ni kita akn sentiasa merasakan kita berada di pihak benar dan kita amat jarang nk mengatakan dan mneyatakan kesilapan dan kekurangan diri...Cerita pasal sikap manusia ni aku prnah ungkitkan kat Sini le

Senang cerita aku amik diri aku dan pekerjaan aku dulu yang pernah kerja swasta dan sekarang kerja gomen  plak.. pada aku setiap kerja tu ada pro dan kontranya..ada kelebihan dan ada kekurangannya.. Sebagai contoh aku skang ni berjawatan sebagai Pembantu Tadbir P/O N17 kalau kt swasta kira kerja sebagai kerani ar.. Aku masuk kerja bermula dgn gaji sebnyak RM656.30 yg mana jika di swasta kerani menerima gaji permulaan sebanyak RM1500.00 atau mengikut kelayakan dan pengalaman yang mana biasanya atau busuk2nya dpt gaji RM850.00. Walaupun kerani kerajaan menerima gaji sebanyak RM656.30 namun kami ni ada tambahan elaun sebanyak RM95.00 bagi elaun tetap khidmat awam yg mana elaun ini berdasarkan jawatan masing-masing  selain dari elaun Khidmat Awam aku juga menerima bayaran elaun Sara Hidup sebanyak RM150.00 mengikut kawasan (Elaun berdasarkan tahun 2007 sblm mendapat kenaikan gaji dan elaun yg dilaksanakan pada Julai 2007) dan juga elaun Tetap Perumahan sebanyak RM 180.00 jd jumlah keseluruhan yang aku terima sbg gaji kasar sebanyak RM1081.30. Pada waktu itu potongan KWSP pula adalah sebanyak 8% jadi jumlah bersih yang aku terima pada waktu itu +/-  RM994.80.
Sewaktu masuk kerja gomen ni plak 3 bln yg pertama tidak menerima gaji kerana proses membayar gaji kerja gomen ni melalui proses yg pelbagai tak mcm kerja swasta yg mana proses nya tidak rumit dan tidak melibatkan byk dokumen..Kat gomen ni byk dokumen yg perlu disediakan dan perlu ditandatangani sebelum boleh dihantar ke Unit atau Bahagian Kewangan Jabatan atau Kementerian masing-masing.  Jadi apabila tidak menerima gaji slama 3 bln maka byk hutang tertangguh dan hutang baru mula tumbuh..setelah 6 bln kerja kompom2 r nk buat loan sbb nak cover plak segala utang..


Setelah Julai 2007 barulah PM yang pada masa tu Pak Lah membuat pengumuman untuk memberi kenaikan gaji pada penjawat awam sebagaimana yg tertera kat bwh ni:

Jadual 1: Kadar Kenaikan Gaji Mengikut Kumpulan Perkhidmatan


Kumpulan Perkhidmatan
Gred Jawatan
Peratus (%)
Pengurusan Tertinggi

VU7 hingga VU1
VK7 hingga VK5
7.5

Pengurusan dan Profesional
Gred 41 hingga 54
15
Sokongan I
Gred 17 hingga 40
25

Sokongan II
Gred 1 hingga 16
35


Sebelum ni kenaikan tahunan yang aku terima adalah sebanyak RM 39.93, Apabila gaji naik pada
2007 ni, aku menerima kenaikan tahunan sebanyak RM49.91.. Dulu gaji aku RM656.30 tapi pada 2007
gaji aku dah jadi RM820.38.. Semasa aku bekerja kat syarikat swasta plak dulu aku terima gaji permulaan
sebanyak RM 850.00 tapi setelah 3 bulan disahkan aku menerima gaji sebanyak RM950.00 dpt
increment RM100.00 dan pada ujung tahun plak aku dpt lagi increment sbyak RM100.00 dan
increment kat swasta ini diberikan oleh bos berdasarkan prestasi kerja yg aku laksanakan sepanjang
tahun dan increment ni berbeza-beza mengikut individu..kalau rajin kerja byk dp naik gaji tapi kalau
asyik curi tulang dan mengulat je kuranglah increment yg diterima….
 Apa yang pastinya bila naik gaji je penjawat awam ni akan membuat loan semula dan loan yg ada plak mencecah sehingga 60% dr gaji.. 




Masa aku kat swasta ni aku mmg ssh nk wat loan tp gaji yg diterima xbyk kena potong paling tidak pn dipotong duit KWSP dan Socso shj..selebihnya aku biasanya hanya akan pinjam kat member2 serumah je paling tidak pun adalah RM300.00 je so bila gaji aku tu campur ngan OT lepas tolak utang umah sewa ngan utang member ada gak ar lagi tuk aku nk enjoy lepak2 ujung minggu…
Sebenarnya tidak lah seronok mana pn bila jd kerani kerajaan mcm aku ni dh 5 taun kerja tapi
gaji bersih aku dpt setiap bln cma RM850.00 berbeza dgn pekerja swasta yg mana biasanya gaji bersih mrk pasti +/-RM 1000.00 tu belum campur lagi ngan OT. Kerja kerajaan mmg byk masa ngan family tapi kami pekerja Kerajaan ni tiada OT jika ada OT pn ianya tidak dibayar sebaliknya diganti dgn cuti shj.
Berkenaan ngan soal atau kualiti kerja plak mmg aku tak nafikan ada pekerja kerajaan ni agak pemalas nak buat kerja dan tidak mengamalkan etika kaunter sebaiknya..almaklumlah kebanyakan pekerja gomen ni di monopoli oleh wanita jadi kebanyakan mrk ni mengikut perasaan bila menjalankan tugas (jika smlm 'Tak Dapat' dia akan melenting kat opis keesokan harinya) tapi ada juga syarikat swasta yg mempunyai perangai atau sikap yg sama gak.

Ada jugak sesetangah syarikat swasta ni bila kita tipon tu dia duk pas-pas dari satu department ke satu-satu department dan ada juga yg duk guna mesin menjawab yg memerlukan kita menekan berbagai-bagai nombor yg adakalanya sampai menghabiskan kredit prepaid kita…ada juga Jabatan / Kementerian yg juga bersikap mcm ni adakalanya bila nak merujuk sesuatu masalah tu mmg ssh sampai kesudahannya langsung tak dapat jawapan… dan satu lagi masalah kerja kerajaan ni kebanyakan dari mrk tidak mahir berbahasa inggeris sbbnya kebanyakan pelanggan mrk adalah orang tempatan maka penggunaan bahasa inggeris ni tidak relevan sedangkan masa aku kat swasta dulu, surat pun kena ditulis dan ditaip dalam bahasa inggeris inggeris adalah satu perkara wajib yang biasanya akan diperhatikan dan dinilai masa temuduga….
Soal malas atau rajin, Banyak kerja atau banyak bersenang, tiada integrity atau tidak efisien bukanlah datang dari pekerjaan sebaliknya datang dari diri kita sendiri..seandainya kita ni mmg workaholic so kat mana pn korang tercampak kompom2 r korang ttp rajin tp kalau korang ni jenis yg pemalas kerja apa pn korang ttp malas punya…
Bkn nak kata apa la ini contoh yg aku ambil dari kwn2 bujang aku dulu yg tinggal srumah.. Dorang ni byknya keje dispatch je ala peon tukang antar surat tapi ada gak yg anta spare part.. depa ni lg suke mengulat yg keje dispatch surat tu biasanya kerja stengah hari je slebihnya dorang buat taik mata je kat rumah…jadi pada aku biasanya kalau dh mmg pemalas tu ttp pemalas ar…
                Kat sini juga aku nk reveal the truth kat korang yg kerja gomen ni.. kami setiap tahun ada penilaian prestasi kerja yg mana kena isi borang dan kemudian akn dinilai oleh pegawai atasan tapi kebiasaannya lah penilaian ni sbnarnya bkn lah penilaian sebenar tapi lbh kepada penilaian berdasarkan pegawai atasan suka pada kita atau tidak suka sbenanya..aklmaklumlah kerja gomen ni  byk sgt kroni nye…
                Kebiasaannya pula ada double standard dlm gomen ni misalannya jika korang kerja kat Kementerian Pertahanan.. jika korang kerani atau kumpulan sokongan kat sini biasanya kelebihan atau benefit yg korang terima tidak akan sama dgn apa yg diterima oleh tentera..biasanya akan dianak tirikan…begitu juga jika korang kerja di Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran pasti akan berlaku double standard punya.



Setelah dinilai berdasarkan prestasilah sgt tu maka aka nada pula Anugerah Pencapaian Cemerlang ganjaran berupa wang berjumlah RM1000.00 dan Sijil Penghargaan namun untuk mendapatkan anugerah ini bknlah senang walau korang keje bagai nk mampus sbbnya spt yg aku ckp tadi r ada double standard dan anugerah ini diberi hanya sebanyak 8% dan yg paling tinggi pun sampai 10% je dari jumlah kakitangan yang ada kat satu-satu Jabatan atau Kementerian. So bila ada 100 org kakitangan maka anugerah ini hanya untuk 8 orang yang mendapat nilai prestasi yang tertinggi yang mana dh dipilih awal-awal lagi pada siapa anugerah ini hendak diberikan…..
                Aku berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia, semasa mula bertugas aku di tempat kan di salah sebuah sekolah Tamil di ibukota kat situ aku sorang je kerani yg terpaksa menjalankan tugas Kewangan (Finance & Account), Pentadbiran (Administration) dan tugas Perkhidmatan (HR) so semua benda alah ni aku kena buat dan aku sedikitpun tidak mendapat latihan dan bimbingan bagaimana nak buat kerja sdgkan masa aku kerja kat swasta dulu aku dpt bimbingan selama seminggu sebelum aku dibiarkan membuat tugas sendiri berbeza betul bila aku kat gomen ni terkontang kanting aku dibuatnya dan terkangkang2 juga lah aku cuba mencari ‘sifu’ nk ajar aku buat kerja…
                Kat gomen ni plak senior2 atau kategori makcik2 ni agak kolot skit dan tak open minded jadi korang yg rase nk keja kt gomen ni kena pandai2lah bila korang nk berkwn ngan awek cun dlm pjbt takut tak tahan telinga je dgr gossip bangang makcik2 ni nanti….
                Bagi cerita peluang kenaikan pangkat plak aku nk bagitau kt korang yg byk dok hentam org gomen ni kononnya seronok keje gomen dpt byk benefit r dan mcm2 lg komen korang yg buat aku bengang je dgr sbb ternyata bkn itu yg aku alami antara komen tu seperti kat Sini dan kat sini serta beberapa blog lagi yg aku sendiri dah lupa kat mana aku baca dah… apapun yg nyatanya kerai gomen cam aku nil au nk naik pangkat kena tunggu sampai 10 tahun  baru boleh dapat jadi ketua kerani (CC) kalau nak naik pangkat yg lebih tinggi lagi kenalah ambil Peperiksaan Kenaikan Pangkat dan yang paling tinggi pun boleh naik setakat jadi Penolong Pegawai Tadbir (EO) Gred N27 yang gaji permulaannya lebih kurang RM1200 sbln…. Tapi nak lulus periksa tu makan bertahun gak r sbb periksa tu cma setahun skali je dan ada 3 paper…lpas tu jika ada iklan kekosongan boleh lah mohon jawatan tu…

                Pencen pula????? Ya memang kakitangan Kerajaan dpt pencen tapi ada yg tidak tahu bahawa wang pencen yg kami semua terima tu bukanlah gaji penuh yg kami terima sewaktu bekerja tapi hanya separuh sahaja dari gaji akhir.. kalau kerani macam aku ni biasanya gaji akhir +/- RM2838.04 dan kalau separuh dari tu maknanya kami akan dapat RM1419.02 sebulan dan jumlah itu lah yang nak dipertikaikan oleh byk pihak skang ni…
                Ganjaran???? Mmg kami akan menerima ganjaran tapi bukanlah sampai beratus-ratus ribu pn sbb ganjaran nip n berdasarkan Gred jawatan dan tempoh perkhidmatan dan bagi pencen tu juga jika tempoh perkhidmatan tidak cukup 30 tahun maka ganjaran dan wang pencen yg diterima pn berkurangan….jika nak tahu lebih lanjut tentang perkiraan persaraan ni korang boleh cek kat Sini La.
Manakala bagi jumlah ganjaran pula korang boleh cuba kira guna formula ni:

7.5% X Tempoh Perkhidmatan (Dalam Bln) X Gaji Akhir  

Manakala jika korang nak try secara manual untuk kira pencen korang plak boleh guna formula ni:

1/600 X Tempoh Perkhidmatan (Maksima 30 Tahun) X Gaji Akhir
 
So jika aku brkhidmat selama 30 tahun dan gaji akhir aku pula RM2838.04 maka aku akan menerima pencen bulanan sebanyak RM1419.02….itu, jika aku berkhidmat selama 30 tahun tapi tempoh perkhidmatan aku tidak sampai pn 30 tahun sbb aku masuk kerja kerajaan pun umur aku dh 30 lebih dan aku memilih pencen pada umur 58 tahun sbb aku tak boleh pilih 56 atau 55 dan mandatory nya aku kena bersara 58 atau skang ni pilihannya adalah 60 tahun…
                Jadi aku rasa tidak perlulah digembar-gemburkan tentang isu gomen vs swasta ini sbb pada aku walau apa pun pekerjaan yg kita lakukan ada pro dan kontranya segalanya terpulang pada siapa kita yang sebenarnya… Adakah kita ni kaki pemalas atau kita ni kategori workaholic itulah yang menentukan pencapaian dan mutu pekerjaan kita sebenarnya…pendek kata tepuk dada tanyalah selera…..bersyukurlah kita dengan pekerjaan yang kita ada dan moga-moga dengan pekerjaan yang ada ini kita dapat memperoleh rezeki yang halal untuk anak dan isteri serta diri kita sendiri………

Renung-renungkanlah dan selamat beramal di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

11 comments:

  1. kalau swasta buat masalah, kebarangkalian pekerja tu kena buang tinggi. kalau gov gane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ramai yg tidak tahu bahawa ada juga pekerja Kerajaan kena buang kerja cuma ianya mengambil masa yg agak lama utk membuang seseorg pekerja itu berbeza dgn swasta yg mana tindakan buang kerja itu boleh dilaksanakan secara 24 jam atau notis 1 bulan... Tapi kerajaan ni jika nak buang seseorang kerja tu kena melalui berbagai proses yang dimulakan dengan diambil tindakan tatatertib. Selepas itu satu Lembaga akan ditubuhkan dan akan mengadakan mesyuarat dan meneliti dari pelbagai aspek baru lah pekerja tersebut akan diputuskan samada dibuang kerja, digantung gaji atau diturunkan pangkat.

      Delete
  2. sebenarnya orang tak mahu orang2 melayu terlampau bergantung kepada sektor pekerjaan gomen bila nak bekerja..sihatkah mentaliti seperti ini?tp sy phm point of view anda..tp lebih baik mengajar bangsa kita untuk bekerja di sektor swasta agar tidak terjadi lambakkan permohonan di sektor gomen dan mengelakkan pengangguran di kalangan anak2 melayu sebab taknak kerja di sektor swasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku stuju ngan pndpat ko walaupun aku keje ngan gomen sbb pd aku jika kita ingin maju dan terus maju adalah lbh baik pergi bekerja di sektor swasta sbb peluang utk berjaya itu lbh luas tapi jika duk kerja kat gomen ni peluang yg ada tu terlalu tipis apapun spt yg aku katakan sblm nilah tepuk dada tanyalah selera anda apakah hala tuju hidup anda.. aku ni dh terlambat nk berenti keje sbb usia aku skang membataskan aku utk dpt keje kt sektor swasta lg dah...

      Delete
  3. baca entry ni dan semua komen untuk memahami kenapa Noob buat Entry "Pilih Gomen atau Swasta".

    http://buasirotak.blogspot.com/2012/07/apabila-kerani-ada-degree.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm aku terkompius skjap adakah aku yg tak paham atau ko yg xmemahami entri aku ni sbb pertama aku mmg follow smua yg Noob atau apa shj entri yg ada di http://buasirotak.blogspot.com sampaikan semua komen pn aku baca..
      Keduanya aku buat entri ini agar ada pihak diluar sana yg byk menghentam pekerja gomen mcm aku ni memahami suasana pekerjaan di sektor gomen ni..
      Ketiganya, aku rasa misti ko x baca samapai abis kan sbb aku bkn marah pada entri Noob cuma aku heran kenapa ada pihak cuba nk provoke pekerja gomen ngan swasta agar bertelagah sesama sendiri padahal masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya....

      Anyway tq sbb mengomen kat sini....

      Delete
    2. Terlupa plak sbnarnya aku bkn refer atau cuba menghentam Entri Noob berkenaan "Pilih Gomen atau Swasta" sebaliknya aku lebih merujuk kpd komen2 yg ada kat entri ni sbb ada antara komen ni dorang mengomen ikut sedap tekak mereka je tanpa memikir hati org lain...

      Delete
  4. gov vs priv
    sekarang nie ramai yang selalu dalam dilema pekerjaan sama ada gov atau priv(kerajaan vs swasta)…
    senang aje jawapannya semuanya terpulang kepada anda
    sekiranya anda jenis yang suka bekerja iaitu menyelesaikan masalah atau menyiapkan sgala kerja atau pendek kata rajin pilih lah swasta sebab swasta akan nilai KPI based on performance. kalo nak pilih swasta kena tengok jugak kalo nak benefit yang bagus kejelah swasta MNC (multinational company)terutamanya dari US & eropah semua benefit akan dapat malahan syer saham di beri lagi.tetapi kebanykan syrkt MNC di monopoli oleh sesuatu bangsa maka dengan itu anda perlu kekuatan dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dari mereka supaya mereka akan refer anda.Mereka rajin tetapi menggunakan solution yang panjang so kesimpulannya anda perlu berfikiran short & sharp. Dalam swasta pun ada bodek tetapi kalu bodek x de product x menjdai langsung sebab kpi based on performance……kalo nak keje swasta keje la bhgn yang depan jawatannya ada tulis engineer….insyaAllah cerah masa depan dari anak hingga cucu……kalo pilot masa muda je…

    Sekiranya anda ingin bekerja dalam keadaan yang rilek dan sekali sekala sibuk pilih lah kerajaan dan untuk naik pangkat amik je exam walaupun lulus x semestinya anda akan naik terus tetapi bila dah sampai seru baru lah naik (bila senior naik pangkat or mati or berhenti barulah junior boleh naik pangkat) untuk SKT omputih panggil KPI, markahnya bergantung kepada bos anda so pepandai la bodek…..org yang bodek pasti dapat tinggi. dalam kerajaan nie kalo kerja pastikan kedatangan pagi tu penting kerja pa yang anda buat x penting yang penting kedatangan. buat ke x buat cukup bulan masuk gaji. sebab dalam gov nie keje HR semuanya ada dalam fail meja semua jawatan sebab semua sibuk nak tengok kedatangan pagi yang pasti semua nak sampai sebelum bos sampai kalu bole nak parking sebelah bos biar bos nampak keretanya….. tapi yang datang awal la selalunya x buat keje… masuk kul 8 kul 7 dah sampai opis…. yang datang lambat nie selalunya sampai kul 7:50…kalo lambat pun 8.05 or 8.10……tapi mereka nie la yang buat keje… kalo nak keje jugak gov pilih la jawatan PTD pegawai Tadbir Diplomatik insyaAllah cerah masa depan anak hingga cucu…

    lagi satu kalo nak kaya jadi la ahli perniagaan, kontraktor atau ahli politik…… kalo berdasarkan kesesuaian negara kita kalo nak kaya jadi tiga tu….. insyaAllah satu keturunan akan hidup senang………

    banyak lagi boleh diulas tapi x larat…..ulasan di atas mesti akan ada org gov @ swasta yang akan marah mohon maaf sekiranya menyinggung…. ini lah kenyataan…..

    ReplyDelete
  5. sorry mencelah... boleh tak sy nak tny, kalo sebelum ni kita kerja dalam private sector dgn last gaji contoh RM 2500..contoh k.. so kita dpt tawaran keje dlm gov sektor.. mcmne tu nak tau starting gaji tu? last gaji dgn private RM2500.. klo msuk gov adakah lagi kurang atau sama?atau kne mula tangga gaji dari bawah? kekeliruan disini.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya keje krajaan ni depa x tgk pn pengalaman kerja atau gaji sblm m

      Delete
    2. Biasanya keje krajaan ni tidak dibayar gaji berdasarkn gaji tmpt lama atau brapa byk pengalaman yg kita ada tapi based pada kelayakan dan jawatan yg kita pohon..
      Sbg contoh jika pohon jwtn yg kelayakan minima SPM tapi kita ada diploma maka gaji permulaan akan dibayar tinggi tapi jika jwtn dipohon minima SPM dan kita hanya ada SPM maka gaji akan bermula di peringkat pertama dan tangga pertama yg mana utk jwtn gred 17 atau kelayakan SPM maka gaji mula adalah RM 820.38

      Delete

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...