KIAMAT SUDAH DEKAT.....
Sudahkah kita bersedia menghadapinya? Sejauh manakah kita melakukan persiapan? Segalanya terserah pada anda sendiri namun cubalah anda perhatikan dan renungkan petanda-petanda Kiamat itu sudah dekat sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. suatu masa dahulu....
1. Islam akan asing sebagaimana permulaan munculnya
2. Kehancuran Kaabah
3. Keinginan seseorang untuk mati
4. Ramainya orang yang keluar dari Islam
5. Ketiadaan Imam untuk Solat Jemaah
6. Solat Tanpa Keimanan
7. Berpindahnya penduduk Madinah
8. Haji tidak dikerjakan lagi
9. Terhapusnya Syariat Allah dari muka bumi
10. Manusia bersetubuh umpama keldai
11. Banyaknya kematian
Itu
antara sedikit sebanyak ucapan Rasulullah yg semakin menjadi kenyataan
yg mana dpt aku kumpulkan dan setelah beberapa perkara ini terjadi maka
kita semakin hampir kepada KIAMAT....berikut ialah tanda-tanda kiamat:
a. Keluarnya asap
b. Keluarnya Dajjal
c. Keluarnya binatang
d. Terbitnya Matahari dari Arah Barat
e. Turunnya Isa Ibn Maryam (Nabi Isa)
f. Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj
g. Terjadi tiga kali Gerhana
h. Api yang keluar dari Wilayah Yaman.
Sejauh manakah pemerhatian kita terhadap segala tanda-tanda yang telah dinyatakan dan ini adalah antara tanda-tanda besar kiamat dan sedar atau tidak bahawa kesemua tanda-tanda kecil kiamat itu telah pun dapat kita lihat sekarang dan yang mana nanti akan saya kongsikan segala tanda-tanda kecil, besar tentang kiamat di entri yang lain....
Blog ini adalah tempat dan ruang dimana aku berkongsi sesuatu perkara atau ilmu yang aku miliki agar dapat dimanfaatkan bersama..... Harap ada yang sudi untuk join dan jadi member aku kat cni
Translate
Showing posts with label PeNaWaR HaTi. Show all posts
Showing posts with label PeNaWaR HaTi. Show all posts
16 October 2012
07 August 2012
Rasulullah berbicara tentang manusia akhir zaman
Ibnu Abbas memberitahu,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan
manusia yang berwajah manusia berhati syaitan.
Mereka diibaratkan seperti
serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.Mereka
tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan
pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka , mereka akan mendekati kamu; Kalau
engkau jauhi mereka maka mereka akan mengumpat kau. Kalau engkau memberi amanat
kepada mereka, mereka akan melakukan khianat pada mu.”
“Kalau
meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah
bid’ah dan bid’ah dikalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang
menganggap sunahku sudah uang dan memperbaharui bid’ah. Maka barangsiapa mengikut
sunnah ku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan
barangsiapa mengikut bid’ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau
lebih.”
.
Para
sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu?” Jawab nabi, “Tidak.”
Para Sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada
mereka?” nabi menjawab, “Tidak.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan
mereka?” Jawab nabi, “Sperti ulat dalam
cuka.”
Para
sahabat bertanya lagi. “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama mereka?” Jawab Nabi, “Seperti bara api di tangan.
Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar.”
02 August 2012
APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BERNIKAH DAN BERKAHWIN
Sebelum ini aku ada terbaca beberapa blog yang bercerita atau membuat entry berkaitan isu perkahwinan dan cerita ini semakin galak apabila ada cerita berkaitan pasangan yang berkahwin muda di Pahang... so kat sini aku nak kongsi sikit ar berkenaan perkahwinan itu.. Apakah hukum nikah, panduan memilih pasangan, kaedah pelaksanaan akad nikah di masjid dan cara melakukan sujud syukur.. andai kata ada yang aku tertinggal mohon tambah dan ingatkan aku kerana sebagai manusia kesilapan itu dtgnya dari aku dan segala kebaikan itu datangnya dari Allah SWT..
HUKUM NIKAH
1.
|
Harus
|
·
hukum
asal perkahwinan adalah harus
|
2.
|
Sunat
|
·
mereka
yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin
|
3.
|
Wajib
|
·
seseorang
yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah
maksiat
|
4.
|
Makruh
|
·
mereka
yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan
tenaga yang selayaknya sebagai suami
|
5.
|
Haram
|
·
seseorang
yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi
kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang
dikahwini
|
PERKAHWINAN MEMANTAPKAN AGAMA
Sabda Rasulullah
s.a.w, yang bermaksud;
“Barangsiapa
yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia
bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
(Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)
PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI
Maksud
hadith Rasulullah s.a.w;
“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana
hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya;
kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
(Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Peringatan
daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat
kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri
sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan
harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan
sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)
PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM
BERUMAHTANGGA
1.
“Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w
bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang
sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga
bahagia)”.
2.
“Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w
bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan
maskahwinnya”.
3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia
seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan
barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di
dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).
4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang
Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah
dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang
dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda
pahlanya.
5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan
yang fasiq.
6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk
semasa akad nikah.
7.
Khalifah
Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta
maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah
s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin
lebih daripada 4 dirham…”
8. 2 atau 3 hari sebelum akad nikah eloklah
membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali
akan mendapat 3 kebaikan;
a) dilepaskan dukacita
b) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah, dan
c) mendapat rezeki yang tidak diduga
9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon
keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;
a) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’
atau sebelum tidur
b) Niatnya, (didalam hati – “sahaja
aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
c) Rakaat pertama; baca doa Iftitah,
Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah
Al-Ikhlas
e) Selepas memberi salam bacalah;
f) Berdoa;
10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah
memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.
11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad
nikah (di rumah pengantin lelaki);
a) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran,
Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Berselawat atas Nabi
d) Tazkirah ringkas
e) Jamuan sekadarnya
12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad
nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya ialah;
a) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan
Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Selawat dan Marhaban
d) Syarahan agama berkaitan rumahtangga
Pada keesokkan harinya diadakan majlis
khatam Al-Quran.
LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA
MENGHYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI;
1. Nikah
kahwin adalah menunaikan perintah Allah seperti di dalam surah An-Nisa’ ayat 3
yang bermaksud; “maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka daripada
perempuan-perempuan, dua atau tiga atau empat, kemudian jika kamu bimbang tidak
berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah seorang sahaja”.
2. Asal
usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh
mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).
3. Apabila
nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.
4. Supaya
mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di
dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu;
“rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah
Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta’.
5. Mudah
hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.
KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID
1. Mulakan
dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2. Niat
I’tikaf.
3. Tidak
bercampur antara lelaki dan perempuan.
4. Bapa
minta izin daripada anak.
5. Wali
menyerah wakalah kepada jurunikah.
6. Sekiranya
bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin
Pejabat Agama.
7. Pemilihan
saksi.
8. Membaca
khutbah nikah.
9. Ijab
qabul dijalankan.
10. Membaca
doa.
11. Membaca
lafaz ta’lik.
12. Sembahyang
sunat nikah kahwin.
13. Sujud
syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan
tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan
ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat
dan Marhaban beramai-ramai.
PERINGATAN
1. Jika
pengantin perempuan uzur syar’ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih
dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada
jurunikah.
2. Perlu
ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan
dan pengantin perempuan.
3. Pengantin
perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak
masuk ke dalam masjid.
4. Barang-barang
hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
5. Hanya
mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6. Penyerahan
mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.
CARA SUJUD SYUKUR
1. Berwuduk.
2. Menutup
aurat.
3. Menghadap
kiblat.
4. Berdiri,
terus bertakbir sambil mengangkat tangan ke telinga dan niat; “Sahaja aku sujud
syukur kerana Allah Taala”.
5. Terus
sujud sekali dan membaca;
6. Niat
di dalam hati; “Aku bersyukur kerana dikurniakan suami / isteri”.
7. Terus
duduk dan memberi salam.
RENUNG-RENUNGKANLAH dan SELAMAT BERAMAL di BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.........
BAGAIMANA SEMBAHYANG MENJADI LIMA WAKTU
Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Assalammualaikum
dan salam sejahtera pada yang singgah menyinggah atau yang ‘blog walking’ kat
sini… Alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menyambung
penulisan aku kat blog ni dan mulia hari ini aku akan menambah satu lagi
ruangan atau column baru iaitu Penawar Hati yang mana kat sini aku akan menulis
perkara berkaitan dengan cerita-cerita atau nasihat-nasihat mahupun apa saja
cerita berkaitan isu keagamaan dan kerohanian untuk kita kongsi bersama…
Selamat Beramal…
Untuk entry pertama, aku nak ceritakan
Bagaimana Sembahyang Menjadi Lima (5) Waktu.. Kenapa aku amik tajuk ni sbg 1st
entry aku?? Sebabnya Sembahyang adalah tiang Agama..tanpa sembahyang maka
tiada guna lah amal ibadah kita yang lain ibarat nak mendirikan rumah tapi
tiada bertiang..adakah rumah yang kit anak bina itu mampu didirikan? Tepuk dada
tanyalah selera….
Abu Dzhar menceritakan bahawa Rasulullah
SAW bersabda, “Dibukanya atap rumahku dan aku pada ketika itu berada di Mekah,
lalu Jibrail AS turun dan membelah dadaku serta dibasuhnya dengan air zam-zam.
Selepas itu, dia datang dengan membawa sebuah bejana yang dibuat daripada emas
yang telah dipenuhi dengan hikmat kebijaksanaan dan keimanan dan dituangkan
kedalam dadaku. Kemudian, Jibrail A.S. menutupnya Kembali lalu dipegangnya
tanganku dan mengajak aku mengikutnya.
Jibrail A.S. membawa aku naik ke langit
dunia yang Nampak pada pandangan kita ini. Lalu, Jibrail A.S. berkata kepada
penjaga langit dunia, “Bukakanlah pintu langit ini.” Penjaga pintu langit
bersuara, “Siapakah ini?” Lalu, Jibrail A.S. menjawab, “ Ini Jibrail.” Penjaga
pintu langit bertanya lagi, “ Apakah ada orang lain bersama kamu?” Jibrail A.S.
menjawab, “Ya, ada, yang bersama denganku ialah Nabi Muhammad SAW.” Bertanya
lagi penjaga pintu langit, “Apakah Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk
mengadapNya?” Jawab Jibrail A.S., “Ya.”
Setelah penjaga itu membuka pintu langit,
maka Jibrail dan Nabi Muhammad naik ke langit dunia. Tiba di situ, nampaklah
seorang lelaki yang sedang duduk. Di
sebelah kanannya ada sekumpulan manusia dan di sebelah kirinya juga ada
sekumpulan manusia . Jikalau orang itu memandang kekanan dia ketawa dan jikalau
dia memandang kekiri dia menangis! Orang itu lalu mengucapkan padaku ‘Marhaban’
ertinya bergembira Sekali dengan kedatangan kamu iaitu seorang Nabi yang Soleh
dan putera yang Soleh. Aku bertanya kepada Jibrail, “Siapakah orang ini?” Jawab Jibrail, “Dia adalah Nabi AdamA.S. dan
kelompok manusia yang ada disebelah kanan diantara mereka itu ahli syurga dan
sekelompok lagi yang disebelah kirinya itu adalah ahli neraka. Sebab itulah
apabila dia memandang ke kanan dia ketawa dan apabila di memandang ke kiri dia
menangis!”
Demikianlah sehingga Jibrail membawa aku
naik ke langit kedua. Apabila sampai pada langit kedua, Jibrail berkata kepada
penjaga langit, “Bukakanlah pintu ini.”
Penjaga langit berkata sebagaimana yang dikatakan oleh penjaga langit
pertama, kemudian barulah dia membuka pintu tersebut. Tiba-tiba aku bertemu
dengan dua orang anak pakcikku iaitu Nabi Isa Ibn Maryam A.S. dan Nabi Yahya
bin Nabi Zakaria A.S. Keduanya
mengucapkan selamat datang kepadaku serta mendoakan semoga aku beroleh
kebaikan.
Kemudian aku dibawa lagi oleh Jibrail
naik ke langit ketiga. Jibrail meminta dibukakan pintunya. Penjaga pintu bertanya’ “ Siapakah
kamu?” Jawab Jibrail, “Aku Jibrail.” Penjaga langit bertanya lagi, “Siapa bersama
kamu?” JIbrail menjawab, “Nabi Muhammad
SAW.” Penjaga pintu bertanya lagi,
“Apakah dia sudah diutus?” “Ya, dia sudah diutus,” Jawab JibrailA.S. kemudian,
barulah pintu langit ketiga dibuka.
Sebaik saja pintu langit dibuka, aku
bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Kecantikannya seperdua dari kecantikan yang ada.
Dia mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku beroleh kebaikan. Sesudah itu
aku dibawa ke langit keempat.
Setelah sampai ke langit keempat,
Jibrail A.S. meminta penjaga langit membuka pintu, Sekali lagi soalan yang sama
diajukan kepada Jibrail A.S. dan jawapan Jibrail A.S. tetap sama seperti apa
yang diberikan kepada ketiga-tiga penjaga langit sebelum ini. Setelah bersoal
jawab antara kedua malaikat tersebut barulah pintu langit dibuka dan sebaik
pintu terbuka aku bertemu dengan Nabi Idris A.S. Nabi Idris juga mengucapkan
selamat datang dan mendoakan aku
memperoleh kebaikan. Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 57 yang
bermaksud: “Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi” Kemudian JIbrail
A.S. membawa aku ke langit yang kelima.
Setelah sampai kelangit kelima, soalan
yang sama ditannyakan oleh penjaga pintu langit dan dijawab dengan jawapan yang
sama oleh Jibrail. Setelah pintu dibuka aku melihat Nabi Harun A.S. dan dia
juga mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian
aku dibawa Jibrail ke langit keenam.
Setelah sampai kelangit keenam maka
soalan yang sama ditanya oleh penjaga pintu langit dan jawapan yang sama jualah
yang diberikan Jibrail A.S. Setelah
pintu langit terbuka aku melihat Nabi Musa A.S. dan dia juga melakukan perkara
yang sama dengan Nabi-Nabi sebelum ini iaitu mengucapkan selamat datang dan
mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian kami meneruskan ke langit yang
ketujuh
Setelah sampai ke langit ketujuh, soalan
yang sama terus diajukan pada Jibrail dan jawapan yang sama juga diberikan oleh
Jibrail kepada penjaga pintu langit ketujuh. Setelah pintu dibuka aku bertemu
dengan Nabi Ibrahim A.S. sedang bersandar di Baitul Makmur dimana 70,000
malaikat setiap hari masuk kedalamnya dan mereka tidak pernah Kembali lagi dari
situ. Kemudian JibrailA.S. membawaku ke Sidratul Muntaha, lalu mendapatkan
sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah dan buahnya sebesar kendi.
Setiap kali dia tertutup dengan daun tersebut dan dengan kehendak Allah SWT,
dia berubah hingga tidak satupun makhluk Allah yang sanggup mengungkap
keindahannya. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepadaku mewajibkan solat 50 kali
sehari semalam.
Sesudah itu aku turun ke tempat Nabi
Musa A.S. dan Nabi Musa bertanya, “Apakah yang diwajibkan Allah keatas Umatmu?”
“Solat 50 kali,” jawabku. Maka berkatalah Nabi Musa, “Kembalilah kepada Allah,
mintalah keringanan sebab umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri
telah mencuba terhadap Bani Israil.” Kata Rasulullah SAW, “Baiklah, aku akan
kembali kepada Allah SWT untuk mendapatkan keringanan bagi umatku.”
Dipendekkan cerita setelah berulang-alik
Rasulullah bertemu Allah dan Nabi Musa A.S. beberapa kali maka Allah
mengurangkan Solat yang tadi awalnya sebanyak 50 kali sehari semalam menjadi
kepada 5 kali sehari semalam, Maka Rasulullah SAW kembali kepada Nabi Musa A.S.
dan berkata, ”Allah menguranginya kepada 5 kali sehari semalam.” Maka kata Nabi Musa A.S., “Umatmu tidak akan
sanggup menunaikan sebanyak itu. Kembalilah kamu kepada Allah SWT dan mintalah
keringanan untuk umatmu.”
Kata Rasulullah selanjutnya, “Aku
berulang ulang pulang pergi antara Allah SWT dengan Nabi Musa A.S. sehingga
akhirnya Allah SWT berfirman, “Kesimpulannya ialah solat 5 kali sehari semalam.
Bagi setiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh kali solat; maka
jumlah nilainya 50 juga.”
“Dan sesiapa yang bermaksud hendak
berbuat kebajikan tetapi tidak dilaksanakannya, maka dituliskan untuknya
(pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakan maka ditulisnya sepuluh
kebajikan. Dan sesiapa yang bermaksud hendak berbuat kejahatan tetapi tidak
dilaksanakannya, maka tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika
dilaksanakan kejahatan itu maka akan ditulis baginya cuma satu kejahatan
(dosa). Aku telah berulang alik kembali minta keringanan bagi umatku sehingga
aku merasa amat malu kepadaNya.”
Begitulah cerita bagaimana terjadinya
sembahyang 5 waktu sehari semalam. Waallahualam.
RENUNG-RENUNGKANLAH
apa yang dikatakan oleh Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW dan SELAMAT BERAMAL DI BULAN
RAMADHAN AL-MUBARAK
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sakit Tulang Belakang Part IV
Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...
-
Salam........ Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau ...
-
Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat SINI . Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini ada...
-
Sebelum ini aku pernah cerita pasal Kenali tulang belakang anda , disc-prolapse atau cakera tergelincir , degenerative spine dan juga s...





