Translate

22 August 2015

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum,

Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku pn xpasti nk operate ke atau nk biar je.. Doktor yg rawat aku is one of the pakar bedah di HKL and dia beritahu aku yg dia sendiri dh xde jln lain nk buat pendek kata operations adalah jln terakhir sbb katanya jika nk buat ESI (Epidural Steroid Injection) pun dh xde guna sbb xkn membntu masalahnya aku takut nk amik risiko.. Jika sekarang aku masih bole brjln walaupun byk prgerakan yg terbatas tp Syukur aku still bole lakukan byk perkara.. Bagaimana jika setelah operate nnt kondisi aku lbh parah????

Risiko yg x sanggup aku ambil tapi sampai bila aku nk sakit mcm ni?? Sekarang pun aku dh memerlukan bntuan utk memakai seluar dan jika ditangguhkn operations aku takut keadaan jd lg parah. Jika operate pula dh la kos mahal giler nnt lg truk mcm mn??

Buntu... Buntu kepala otak aku memikirkan apa jalan yg patut aku pilih... Sdh solat istikharah namun masih blm dpt jwpn lagi...

08 April 2015

Sakit Tulang Belakang Part III

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera pada semua....

Pertama sekali aku ucapkan terima kasih pada yg follow blog aku dan pada yg jengah serta yg leave komen kt posting aku...

Maaf lama x update blog sbb masalah kshatan dan msalah yg lain..

Anyway kali ni aku nk crita lg psl sakit belakang ni..

Skang ni aku pun sdg dlm kesakitan br je telan pain killer tramal 3 biji dan gabapentin sbyk 6 biji kepala pn tgh hayal je ni.. xtahan sakit tu yg telan gile khinzir punye byk ubat tu...
Skang ni aku plak dh tkar krja lg skang bawa teksi tp perghh lg truk sakit der bole kata hari2 la sakit xtahan aku dbuatnya.. aku pn dh xtau nk krja apa lg sbb smua krja yg aku buat slama ni smua x jd sbb sakit ni menghalang aku dr nk bergerak n biasala bila dh tlan ubat tu nk bgn tido mmg malas gile tambah plak bila sakit lg la aku malas nk brgerak tp live kna go on jd suke x suke kena get up from bed gak.
Aku x nafikan yg ini smua dugaan Ilahi dan aku juga tahu sakit ni menghapus dosa kecil dan aku juga tahu bahawa Allah memberikan ujian skadar kemampuan kita shj tp adakala aku lupa gak smua tu bila sakit mcm ni dan bila org skeliling xtrima aku sakit bg mrk aku ni berlakon aje.. gile ar nk berlakon sakit xkuase aku nk blakon ini realiti oo bkn main2...

Kecewa gak aku bila jd mcm ni yela bila dh x bole nk krja tu smua hutang tertangguh.. smua nk collect hutang.. Tuan Rumah, TNB dll nasib baik aku xde Astro n Xde BBand lau x lg truk dan bykla hutang.. Bila smpai ke tahap ni aku xtau dh nk buat apa.. otak jd buntu, kepala jd srabut bila sakit ni aku rasa menganggu khidupan aku seharian.. xtau smpai bila nk tanggung smua ni..

Ya Allah berikan aku hidayah dan ptunjuk agar dpt aku tmpuh hidup yg pnuh dugaan ni...

24 December 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera pada semua member dan pembaca yang singgah di blog aku ni...
Pertama sekali aku ingin mohon maaf pada kalian semua kerna lama gile aku x update blog ni.. nak wat camne kekadang tu kekangan masa dan kekadang tu sbb aku ni manjang jer tak sihatnya hari ini pun aku masih lagi sakit dah seminggu aku jalan terbongkok2 macam org tua nak wat camne sakit tulang belakang aku makin lama makin teruk bukannya bertambah sembuh. 

Diatas kesempatan yang terluang ini aku ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membaca coretan aku berkenaan Sakit Tulang Belakang Atau Disc Prolapse (PID) dan juga entry aku pasal Sakit Tulang Belakang Part II serta coretan aku yang lain. Terima Kasih tidak terhingga kerana ada yang sudi memberi komen dan luahan antara sendiri serta berkongsi masalah yang sama dengan yang saya hadapi...

Ada masanya aku terasa bagai nak tubuhkan je satu persatuan bagi orang yang disc prolapse ni biar senang ada support group sendiri dan hakikatnya aku dah letih sendirian menanggung segala bebanan yang aku terima sejak aku dapat penyakit ni.. Tahun depan genaplah tahun ke 13 aku sakit tulang belakang ni.. sepanjang 13 tahun ni dah macam macam kerja aku buat dan dah byk tempat kerja yang berentikan aku kerja dengan alasan aku banyak cuti dan aku sakit... Tak terlarat dah nk cari kerja dan dah tak terlarat nak pergi temuduga tapi yang peliknya kenapa aku mohon taraf OKU tak dapat pulak.. Aku skarang ni pun dah terasa seperti OKU dah sebab aku memang ORANG KELAINAN UPAYA pun nak kerja berat tak boleh nak berdiri lama tak boleh nak duduk lama pun tak boleh jadi kenapa orang yang disc prolapse ni tak bole dapat status OKU??????

Anyway aku pun dah tak tahu nak bebel apa lagi maybe next time kita ketemu lagi ya dan InsyaAllah aku akan cuba update selalu blog aku ni pada tahun 2015 nanti.. Sampai ketemu lagi... SEKIAN TERIMA KASIH.

23 January 2013

Sakit Tulang Belakang Part II

Sebelum ini aku pernah cerita pasal Kenali tulang belakang andadisc-prolapse atau cakera tergelincirdegenerative spine dan juga sakit tulang belakang. Kini aku nak berceloteh lagi pasal sakit tulang belakang ni atau lebih dikenali sebagai Sakit tulang belakang part II

Ceritanya begini..........................

 

  Tahun lepas bulan Oktober aku telah di admit kan ke wad Spinal untuk menjalani treatment yang dikenali sebagai 'Facet Block' yg mana proses ini dijalankan didalam 'OT' atau Operation Theatre..


Dengar mmg seramkan masuk dlm OT mcm kritikal je tapi sebenarnya tak lah serius sgt pn cuma Doktor menjalankan prosedur injection ke tulang belakang je bagi membuka laluan salur darah yang tersumbat akibat himpitan cakera atau disc yang telah berlaku..cuma aku tak paham nape prosedur ni misti dijalankan didalam OT kenapa tak buat dlm wad je?



Anyway, selepas dari prosedur tersebut kaki aku yang kebas2 dh tak kebas lagi dan waktu mlm tidur ku lebih lena dari sblmnya.. Alhamdulillah cuma masalahnya ubat yang disuntik itu hanya mampu bertahan dalam jangka masa 3-6 bulan sahaja mengikut pada individu..

Februari nanti genaplah 3 bulan aku menjalani rawatan 'Facet Block' tersebut tapi blm pn sampai 3 bulan kaki aku kembali ke keadaan asalnya iaitu mula rasa tidak selesa dan ngilu2 serta kebas yg berpanjangan... Appointment aku yang seterusnya dgn Orto pada 26.2.2013.. adoi ai lamanya nk kena tunggu tu.. pasni aku tak tau apa plak plan Doktor yg bakal aku jumpa nnt.

Terbaru aku telah dirujuk ke pakar Kaunseling HUKM bagi membantu aku mengurangkan sedikit masalah sampingan dan bebanan masalah yang aku tanggung dan aku hadapi sejak aku mengidap penyakit ini tapi apa yang nyatanya pakar Kaunseling ini hanya dapat membantu merungkai masalah sampingan dan bukannya masalah kesihatan sebab kat beliau masalah kesihatan hanya boleh diselesaikan oleh pakar perubatan sahaja.. Baik tak yah jumpa camtu....entahlah...poning pala den..

Apa pun aku tak tahulah sampai bila aku kena tanggung masalah ini sedangkan aku dh bersedia jika pihak Hospital nak lakukan pembedahan pada aku tapi malangnya bukan itu pilihan Doktor kerana katanya MRI aku menunjukkan himpitan yang berlaku keatas saraf aku tidak seteruk mana dan aku sepatutnya tidak akan menderita sgt jika berdasarkan kepada MRI.. Pelik gak aku apabila Doktor ni menganalisa dan merawat pesakit beliau berdasarkan MRI dan bukan berdasarkan keadaan fizikal pesakitnya..


Inilah nasib apabila tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan perlindungan Insuran sebaliknya hanya mengharapkan pada Guarantee Letter (GL) Kerajaan je jadi mcm ni la...atau mungkinkah di Malaysia masih belum ada pakar dlm bidang Spinal? Kalau ada pakar kenapa Sultan Mizan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lagi VVIP yang ada kat Malaysia wat pembedahan tulang belakang di luar negara terutamanya kat Germany???? Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah..............


07 January 2013

Lama Tak Update

Salam semua... Lama juga aku x update blog aku ni bukannya apa cuma sjak dua menjak ni aku agak bz gak dan tiada masa utk duk terperap dpn komputer sbb sjak kebelakangan ini aku byk menjalankan aktiviti luaran saja anyway pada yg masih mengikuti aku Alhamdulillah terima kasih aku ucapkan...

Sudah tujuh hari berlalu dlm tahun yg baru ini dan pd tahun baru ini aku ingat nk tubuhkn group... bkn group pecah rumah atau group pecah kampung mahupun group bboys tapi aku nk tubuhkan group utk seluruh pesakit-pesakit tulang belakang agar dpt berkongsi masalah, cerita, pengalaman dan tips-tips berguna agar dpt berkongsi bersama menjadi manfaat bersama.

17 October 2012

Mahukah Anda Memakai Kasut ini????












Jika anda diberi kesempatan, mahukah anda memakai kasut ini????

Kasut ini jelas kelihatan seperti kasut biasa yang anda pakai seharian ke pejabat jika dilihat dari jauh dan dari atas namun cuba anda lihat pula gambar ini...............


 "

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"







Bagaimana????

Adakah anda masih ingin menggunakannya???


Kasut ini sebenarnya direka oleh seorang 'Artists' Mariana Fantich and Dominic Young yang dinamakan
"Apex Predator Shoes" nampak cukup sempurna dan tiada bezanya jika dilihat dari jauh namun jika anda melihat ke tapak kasut ini tentu anda akan terperanjat....Terdapat 1,050 batang gigi yang digamkan dibawah dan terdapat 2 batang gigi emas dihujung kasut tersebut.


ADA BERAN?????????






MALAYSIA MENEWASKAN HONG KONG 2-0



              


           VS






Tahniah....

Tahniah kepada Harimau Malaya kerana telah berjaya menundukkan Hong Kong pada perlawanan persahabatan semalam yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Gol pertama Negara telah disumbangkan oleh Kapten Pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 manakala gol kedua pula adalah hasil jaringan Amirulhadi Zainal pada masa kecederaan separuh masa kedua.



Tahniah sekali lagi dan moga perjuangan Harimau Malaya dalam mempertahankan Kejuaraan Piala Suzuki nanti mencapai hasil dan keputusan yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia khasnya.

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...