Translate

13 January 2012

Melayu Boleh

Assalammualaikum..............

  Lama gak dah tak merapu kan? Hari ini aku nak merapu dan bercerita skit pasai Orang Melayu ini dan Slogan Melayu Boleh ini.......
  Sekarang ini aku tengok orang melayu kini memang boleh boleh dalam pelbagai perkara namun byk perkara yang tak memberangsangkan dan boleh dibanggakan sebagai contohnya dalam gejala sosial.....Orang Melayu mendahului dalam carta mengatasi kaum lain di dunia ini tak kira kategori Gay, Lesbian, Penkid, Bohsia atau apa saja isu masalah sosial sekarang ini. Majoriti golongan remaja masa kini yang perempuan dalam usia belasan tahun telah kehilangan maruah tidak kira secara rela atau tidak rela...dan ternyata motto Melayu Boleh mmg sesuai dan terbukti orang Melayu cam saya ni mmg boleh.
  Gejala sosial yang terbaru berlaku dikalangan orang Melayu cam saya adalah kecurangan dalam rumahtangga dimana suami atau isteri bertindak 'makan diluar' sbb skarang ni semua org gemar makan diluar berbanding makan dirumah mcm dulu-dulu kan jadi disebabkan biasa ngan makan luar maka mereka menggunakan istilah yang sama tapi kaedah dan perbuatan berbeza..agak pelik sekarang suami / isteri berada dirumah tapi tidak dihiraukan sebaliknya lebih gemar berkhalwat atau berzina bersama pasangan gelap masing-masing.... sekali lagi Melayu Boleh berjaya dan memang ternyata memang boleh.
  Masa kini ramai pengarah dan pelakon melayu baru yang berbakat tapi mereka gagal dan tidak diiktiraf untuk sebarang anugerah kerana filem mereka tidak mendapat hak tayangan di mana-mana pawagam di dalam dunia sebaliknya hanya layak dipaparkan di skrin-skrin komputer ataupun hanya di skrin-skrin handpon sahaja..ini kerana filem mereka ini tiada penaja dan ternyata filem mereka ini antara filem org yang terlalu miskin kerana penerbit filem ini langsung tidak mampu untuk menyediakan pakaian dan prop untuk para pelakonnya dan sekali lagi motto Melayu Boleh berjaya ditunjukkan dan dilaksanakan kerana walau bajet ciput tapi filem mereka box office menerima download terbanyak namun tetap gagal menerima anugerah.
  Melayu sekali lagi boleh meraih kegemilangan apabila dipenuhi dengan Hasad Dengki dan perkara ini telah semakin lama menjadi penyakit dalam bangsa yang amat saya sayangi ini kerana dimana saja berada kaum saya ini sering dengki dengan pencapaian orang lain. Mereka rasa tertekan dengan kejayaan melayu yang lain cuba mencari cara dan jalan untuk menjahanamkan bangsa sendiri dalam apa jua cara, tidak kira di pejabat, dikampung, di internet mahupun di pemilihan ahli jawatankuasa masjid pun berlaku perkara yang sama kalau tengok di Parlimen lagi teruk dan perkara ini akan berlaku lagi di Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Saya membebel ini semua bukan apa, cuma terkilan dengan bangsa sendiri apabila setiap hari membaca cerita tentang kejayaan bangsa saya di surat khabar, menonton berita di televisyen ataupun berhadapan dengan perjalanan seharian hidup ini. Kejayaan yang tidak dapat dibanggakan langsung apabila ada saja cerita tentang masalah sosial lepas satu ke satu masalah ini timbul. Semalam saya terbaca satu blog yang mana mengutuk dengan bahasa yang cukup kesat pada beberapa individu atau boleh dikatakan artis tanahair dan beberapa orang terkenal di Malaysia kini yang mana semuanya berbangsa Melayu termasuk dengan blogger ini juga berbangsa Melayu. Apa yang menarik perhatian saya ialah si blogger ini begitu galak mengkritik dan menghina serta mencaci Artis Melayu dan Individu ini yang menjalankan perniagaan MLM tetapi perniagaan dan rezeki Artis serta Individu yang agak popular dengan produk kesihatan ini masih terus meraih keuntungan. Si blogger ini pula tak tahu la apa yang diraihnya? mungkin kepuasan hati kot? Saya juga tidak menyokong perniagaan MLM namun tidak ar sampai menghina sesiapa...pada saya setiap individu telah dikurniakan akal sewaktu lahir dan akal itu semakin berkembang menerusi perkembangan usia nya dan masing-masing seharusnya bijak membuat keputusan samaada nak join MLM ke atau tidak terletak ar pada individu itu sendiri........
  Apa pun Penyakit Hasad Dengki (PHD) ini sebenarnya perlu dikikis dalam hidup kita yang telah sejati kerana penyakit ini dah bertahun menjadi penyakit kaum Melayu dan jangan lah dibiarkan terus merebak ke anak cucu kita pula kerana akan dikhuatiri Melayu Akan Hilang Didunia ini.

  Akhir Kata jangan ar dibiarkan kita berjaya atau boleh hanya dalam perkara yang tidak mebangggakan dan membawa sebarang kejayaan dan pencapaian sebaliknya ayuhlah kita berubah kearah satu kehidupan yang lebih baik dan berjihadlah kearah Islam kerana sememangnya MELAYU BOLEH........

  Wassalam....................


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...