Tersebutlah
kisah disuatu ketika dahulu dizaman dahulu kala bahwa terdapat sebuah Negara
yang dikenali dengan nama Temasik. Adapun Temasik ini adalah sebuah pulau yang
kecil yang didiami oleh pelbagai kaum suatu masa dahulu dan juga ada disebutkan
bahawa Temasik ini pada ketika itu menjadi sebuah pelabuhan yang amat terkemuka
dikala itu dan banyaklah kapal-kapal pedagang berlabuh membawa pelbagai jenis
barangan dari Negara masing-masing..
Disebutkan juga bahawa orang-orang
di Temasik ini gemar membeli barangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang yang
ada terutamanya dari pedagang-pedagang India juga hendaknya mereka itu membeli
namun segala barangan yang dibeli adalah secara berhutang kerana kebanyakan
dari penduduk Temasik ini hanya bekerja sebagai petani jua lah ia dan hasil
pendapatan mereka pada ketika itu tidak menentu bergantung pada musim.
Disebabkan tabiat orang Temasik ini
gemar berhutang namun lewat membayar dan adakalanya langsung lesap begitu
sahaja maka banyak pedagang yang tiba di Temasik sudah tidak gemar memberikan
mereka berhutang lagi jualah hanya pedagang India sahaja yang membawa pelbagai
jenis kain dari India yang sanggup menjalankan urusniaga bersama penduduk
tempatan kerana pedagang India ini biasanya berlabuh untuk tempoh enam bulan
berbeza dengan Kapal pedagang lain seperti Cina yang dating membawa gaharu dan
cendana serta sutera yang hanya berlabuh untuk tempoh tiga bulan sahaja. Begitu
juga dengan pedagang Sepanyol, Portugis dan Belanda yang hanya mengambil masa
yang cukup pendek iaitu hanya sebulan sahaja kerana mereka ini perlu berdagang
ke serata pelusuk bumi jua seperti yang diriwayatkan.
Oleh kerna tempoh perhentian
pedagang Cina, Sepanyol, Portugis dan Belanda sangat singkat maka mereka ini
tidak sanggup memberi hutang kepada penduduk Temasik lalu hanya pedagang India
sahaja yang terus member hutang kepada mereka ini namun setelah sekian lama
diceritakan dalam tempoh yang amat-amatlah lama ditunggu oleh pedagang India
ini menanti bayaran dari orang Temasik namun jaranglah jua mereka menerima
bayaran tapi diberikan pelbagai alasan lalu menjadi pedap dan bosan lah
pedagang India kepada orang Temasik hinggalah di suatu masa meraka ini setelah
mendengar ada satu lagi pelabuhan yang telah di buka dan lebih strategic
tempatnya yang diberi nama Melaka lalu pedagang India ini membuat keputusan
yang amat drastik lah jua yang diseritakan iaitu mereka tidak akan memberikan
hutang lagi kepada orang Temasik malahan mereka ini juga membuat keputusan
tidak akan singgah lagi ke Pelabuhan Temasik walau apapun yang berlaku
sebaliknya hanya akan lalu merentasi sahaja untuk ke Melaka lah jua mereka
itu….
Kedatangan pedagang India amatlah
dinantikan orang Temasik kerana mereka Memerlukan kain serta rempah ratus
ribuan yang dibawa oleh pedagang India dan juga kerana hasil barangan dari
india boleh dibayar secara ansuran atau installment namun setiap kali jualah
penantian mereka adalah sia-sia kerana mereka hanya mampu melihat kapal
pedagang India ini hanya merentasi selat mereka sahaja untuk ke Melaka lalu
menjeritlah orang Temasik ini kepada kapal India tersebut dengan berkata, “
Singgah la singgah la singgah la”,
Sahutan dan
jeritan orang Temasik ini dibalas beramai-ramai oleh pedagang India ini dengan
berkata, “Porah hutang lama pun tara bayar lagi mau singgah ka!!!”,
Begitulah yang
berlaku setiap kali kapal India merentasi dan perkara ini berlaku
berbulan-bulanlah lamanya…..
“Singgah la,
singgah la, singgah la,” kata orang Temasik.
“Porah”, kata
pedagang India
“Singgah,” kata
orang Temasik
“Porah,” balas
pedagang India.
Begitu
lah yang berlangsung dan apabila didengar oleh pedagang-pedagang yang lain
perkataan yang disebut oleh kedua mereka itu iaitu singgah dan porah lalu
mereka ini si pedagang-pedagang yang berhenti di pelabuhan ini lalu menamakan
pelabuhan Temasik ini dengan nama Singgahporah sempena perkara yang berlaku
antara pedagang India dengan orang Temasik.
Setelah sekian lama dan nama
Singgahporah itu disebut berulang-ulang oleh si pedagang yang sentiasa berlabuh
lalu perkataan Singgahporah itu pun secara otomatiknya telah menjadi SINGAPURA sepertimana yang kita sebut pada masa
kini…………………………….Sekian.