Translate

20 July 2012

ASAL USUL NAMA SINGAPURA


Tersebutlah kisah disuatu ketika dahulu dizaman dahulu kala bahwa terdapat sebuah Negara yang dikenali dengan nama Temasik. Adapun Temasik ini adalah sebuah pulau yang kecil yang didiami oleh pelbagai kaum suatu masa dahulu dan juga ada disebutkan bahawa Temasik ini pada ketika itu menjadi sebuah pelabuhan yang amat terkemuka dikala itu dan banyaklah kapal-kapal pedagang berlabuh membawa pelbagai jenis barangan dari Negara masing-masing..
            Disebutkan juga bahawa orang-orang di Temasik ini gemar membeli barangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang yang ada terutamanya dari pedagang-pedagang India juga hendaknya mereka itu membeli namun segala barangan yang dibeli adalah secara berhutang kerana kebanyakan dari penduduk Temasik ini hanya bekerja sebagai petani jua lah ia dan hasil pendapatan mereka pada ketika itu tidak menentu bergantung pada musim.
            Disebabkan tabiat orang Temasik ini gemar berhutang namun lewat membayar dan adakalanya langsung lesap begitu sahaja maka banyak pedagang yang tiba di Temasik sudah tidak gemar memberikan mereka berhutang lagi jualah hanya pedagang India sahaja yang membawa pelbagai jenis kain dari India yang sanggup menjalankan urusniaga bersama penduduk tempatan kerana pedagang India ini biasanya berlabuh untuk tempoh enam bulan berbeza dengan Kapal pedagang lain seperti Cina yang dating membawa gaharu dan cendana serta sutera yang hanya berlabuh untuk tempoh tiga bulan sahaja. Begitu juga dengan pedagang Sepanyol, Portugis dan Belanda yang hanya mengambil masa yang cukup pendek iaitu hanya sebulan sahaja kerana mereka ini perlu berdagang ke serata pelusuk bumi jua seperti yang diriwayatkan.
            Oleh kerna tempoh perhentian pedagang Cina, Sepanyol, Portugis dan Belanda sangat singkat maka mereka ini tidak sanggup memberi hutang kepada penduduk Temasik lalu hanya pedagang India sahaja yang terus member hutang kepada mereka ini namun setelah sekian lama diceritakan dalam tempoh yang amat-amatlah lama ditunggu oleh pedagang India ini menanti bayaran dari orang Temasik namun jaranglah jua mereka menerima bayaran tapi diberikan pelbagai alasan lalu menjadi pedap dan bosan lah pedagang India kepada orang Temasik hinggalah di suatu masa meraka ini setelah mendengar ada satu lagi pelabuhan yang telah di buka dan lebih strategic tempatnya yang diberi nama Melaka lalu pedagang India ini membuat keputusan yang amat drastik lah jua yang diseritakan iaitu mereka tidak akan memberikan hutang lagi kepada orang Temasik malahan mereka ini juga membuat keputusan tidak akan singgah lagi ke Pelabuhan Temasik walau apapun yang berlaku sebaliknya hanya akan lalu merentasi sahaja untuk ke Melaka lah jua mereka itu….
            Kedatangan pedagang India amatlah dinantikan orang Temasik kerana mereka Memerlukan kain serta rempah ratus ribuan yang dibawa oleh pedagang India dan juga kerana hasil barangan dari india boleh dibayar secara ansuran atau installment namun setiap kali jualah penantian mereka adalah sia-sia kerana mereka hanya mampu melihat kapal pedagang India ini hanya merentasi selat mereka sahaja untuk ke Melaka lalu menjeritlah orang Temasik ini kepada kapal India tersebut dengan berkata, “ Singgah la singgah la singgah la”,
Sahutan dan jeritan orang Temasik ini dibalas beramai-ramai oleh pedagang India ini dengan berkata, “Porah hutang lama pun tara bayar lagi mau singgah ka!!!”,
Begitulah yang berlaku setiap kali kapal India merentasi dan perkara ini berlaku berbulan-bulanlah lamanya…..
“Singgah la, singgah la, singgah la,” kata orang Temasik.
“Porah”, kata pedagang India
“Singgah,” kata orang Temasik
“Porah,” balas pedagang India.
Begitu lah yang berlangsung dan apabila didengar oleh pedagang-pedagang yang lain perkataan yang disebut oleh kedua mereka itu iaitu singgah dan porah lalu mereka ini si pedagang-pedagang yang berhenti di pelabuhan ini lalu menamakan pelabuhan Temasik ini dengan nama Singgahporah sempena perkara yang berlaku antara pedagang India dengan orang Temasik.
            Setelah sekian lama dan nama Singgahporah itu disebut berulang-ulang oleh si pedagang yang sentiasa berlabuh lalu perkataan Singgahporah itu pun secara otomatiknya telah menjadi SINGAPURA sepertimana yang kita sebut pada masa kini…………………………….Sekian.

1 comment:

  1. sesape yg baca comment saya nie,betul ke singapura pernah dilanggar todak..pernah terjadi ke? please share with me`'...cik WAwa

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...