Translate

17 October 2012

Mahukah Anda Memakai Kasut ini????












Jika anda diberi kesempatan, mahukah anda memakai kasut ini????

Kasut ini jelas kelihatan seperti kasut biasa yang anda pakai seharian ke pejabat jika dilihat dari jauh dan dari atas namun cuba anda lihat pula gambar ini...............


 "

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"







Bagaimana????

Adakah anda masih ingin menggunakannya???


Kasut ini sebenarnya direka oleh seorang 'Artists' Mariana Fantich and Dominic Young yang dinamakan
"Apex Predator Shoes" nampak cukup sempurna dan tiada bezanya jika dilihat dari jauh namun jika anda melihat ke tapak kasut ini tentu anda akan terperanjat....Terdapat 1,050 batang gigi yang digamkan dibawah dan terdapat 2 batang gigi emas dihujung kasut tersebut.


ADA BERAN?????????






MALAYSIA MENEWASKAN HONG KONG 2-0



              


           VS






Tahniah....

Tahniah kepada Harimau Malaya kerana telah berjaya menundukkan Hong Kong pada perlawanan persahabatan semalam yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Gol pertama Negara telah disumbangkan oleh Kapten Pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 manakala gol kedua pula adalah hasil jaringan Amirulhadi Zainal pada masa kecederaan separuh masa kedua.



Tahniah sekali lagi dan moga perjuangan Harimau Malaya dalam mempertahankan Kejuaraan Piala Suzuki nanti mencapai hasil dan keputusan yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia khasnya.

16 October 2012

KIAMAT SUDAH DEKAT

KIAMAT SUDAH DEKAT.....

Sudahkah kita bersedia menghadapinya? Sejauh manakah kita melakukan persiapan? Segalanya terserah pada anda sendiri namun cubalah anda perhatikan dan renungkan petanda-petanda Kiamat itu sudah dekat sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. suatu masa dahulu....

1. Islam akan asing sebagaimana permulaan munculnya
2. Kehancuran Kaabah
3. Keinginan seseorang untuk mati
4. Ramainya orang yang keluar dari Islam
5. Ketiadaan Imam untuk Solat Jemaah
6. Solat Tanpa Keimanan
7. Berpindahnya penduduk Madinah
8. Haji tidak dikerjakan lagi
9. Terhapusnya Syariat Allah dari muka bumi
10. Manusia bersetubuh umpama keldai
11. Banyaknya kematian

Itu antara sedikit sebanyak ucapan Rasulullah yg semakin menjadi kenyataan yg mana dpt aku kumpulkan dan setelah beberapa perkara ini terjadi maka kita semakin hampir kepada KIAMAT....berikut ialah tanda-tanda kiamat:

a. Keluarnya asap
b. Keluarnya Dajjal
c. Keluarnya binatang
d. Terbitnya Matahari dari Arah Barat
e. Turunnya Isa Ibn Maryam (Nabi Isa)
f. Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj
g. Terjadi tiga kali Gerhana
h. Api yang keluar dari Wilayah Yaman.

Sejauh manakah pemerhatian kita terhadap segala tanda-tanda yang telah dinyatakan dan ini adalah antara tanda-tanda besar kiamat dan sedar atau tidak bahawa kesemua tanda-tanda kecil kiamat itu telah pun dapat kita lihat sekarang dan yang mana nanti akan saya kongsikan segala tanda-tanda kecil, besar tentang kiamat di entri yang lain....

Misteri bola mata gergasi di Florida selesai


"Beberapa pakar telah melihat dan menganalisa mata tersebut dan berdasarkan kepada warna, saiz dan struktur, kami percaya bahawa mata tersebut adalah milik Ikan todak (swordfish)," kata Joan Herrera, seeorang penyelidik di Florida Fish and Wildlife Conservation Commission.
  

 "Berdasarkan potongan sejajar dikeliling mata tersebut, kami percaya bahawa ianya telah dikeluarkan oleh nelayan dan dibuang." sambung beliau lagi.

Biji mata sebesar saiz bola softball telah dijumpai oleh nelayan di Pantai Pampano. Berita penemuan tersebut telah tersebar ke merata dunia sejak dari itu.


 Ikan Marlin, Ikan Todak, Sotong Gergasi, Ikan Paus dan 'Bigeye Thresher Sharks' pernah dikhabarkan sebagai spesis marin yang mempunyai bola mata yang besar.

Bigeye Thresher Sharks
Big Squid















Ikan Todak
Marlin











Akhirnya pelbagai spekulasi tentang apakah pemilik bola mata tersebut telah selesai yang sebelum ini terdapat pelbagai cerita yang dijadikan andaian antaranya ada yang berkata seekor sotong gergasi telah mencabut biji mata ikan paus dan pelbagai lagi cerita menarik dan lucu disebalik penemuan bola mata tersebut.

Cuma apa yang masih menjadi misteri yang menyelubungi para penyelidik dan para pakar ialah bagaimana bola mata tersebutberjaya ditemui di tepi pantai dalam keadaan yang tidak terusik dan masih dalam keadaan yang amat baik sedangkan terdapat banyak pemangsa di sekitar pantai tersbut.

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...