Translate

16 October 2012

Misteri bola mata gergasi di Florida selesai


"Beberapa pakar telah melihat dan menganalisa mata tersebut dan berdasarkan kepada warna, saiz dan struktur, kami percaya bahawa mata tersebut adalah milik Ikan todak (swordfish)," kata Joan Herrera, seeorang penyelidik di Florida Fish and Wildlife Conservation Commission.
  

 "Berdasarkan potongan sejajar dikeliling mata tersebut, kami percaya bahawa ianya telah dikeluarkan oleh nelayan dan dibuang." sambung beliau lagi.

Biji mata sebesar saiz bola softball telah dijumpai oleh nelayan di Pantai Pampano. Berita penemuan tersebut telah tersebar ke merata dunia sejak dari itu.


 Ikan Marlin, Ikan Todak, Sotong Gergasi, Ikan Paus dan 'Bigeye Thresher Sharks' pernah dikhabarkan sebagai spesis marin yang mempunyai bola mata yang besar.

Bigeye Thresher Sharks
Big Squid















Ikan Todak
Marlin











Akhirnya pelbagai spekulasi tentang apakah pemilik bola mata tersebut telah selesai yang sebelum ini terdapat pelbagai cerita yang dijadikan andaian antaranya ada yang berkata seekor sotong gergasi telah mencabut biji mata ikan paus dan pelbagai lagi cerita menarik dan lucu disebalik penemuan bola mata tersebut.

Cuma apa yang masih menjadi misteri yang menyelubungi para penyelidik dan para pakar ialah bagaimana bola mata tersebutberjaya ditemui di tepi pantai dalam keadaan yang tidak terusik dan masih dalam keadaan yang amat baik sedangkan terdapat banyak pemangsa di sekitar pantai tersbut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...