Assalammualaikum.....
Lama dah aku tidak menulis lgpn aku rsa skit malas sbb blog aku tiada follower dan aku pn xtahu sapa yg tringin nk bca blog aku yg xbrape nk menarik ni...anyway adakalanya aku terpanggil nk menulis sbb aku xtau mna lg medium yg bole aku luahkn ketidakpuasan aku pd prkara yg berlaku dsekeliling aku saban hari...
So post aku hari ini adalah berkaitan dgn pemandu teksi sekitar lembah klang dan apa yg berlaku ini adalah hasil dr pengalaman & soal selidik dgn org ramai yg menggunakn perkhidmatan teksi sekitar lembah klang masa kini.
Kejadian Pertama:
Kejadian berlaku di Menara Kuala Lumpur (KL Tower) pada minggu lepas dan pada jam sekitar 8 malam, kisah berlaku antara seorang pelancong dari Hong Kong berbangsa cina dengan seorang pemandu teksi berbangsa india yang memandu Teksi Waja dan berlaku hampir dgn pintu masuk Menara Kuala Lumpur. Pelancong tersebut ingin menggunakan perkhidmatan teksi utk ke Jalan Alor dan pemandu teksi bebangsa india tersebut ingin mengenakan caj tambang sbyk RM 25.00 kpd pelancong tersebut dgn alasan jln sekitar sesak utk dilalui dan caj tersebut adalah 'reasonable'.Adakah anda rasa ianya caj yg berpatutan utk satu perjalanan sejauh 1.4 km yg hanya memakan masa selama 18 min saja perjalanan dan jika menaiki sebuah teksi yg menggunakan meter hanya dikenakan caj sebyk RM 5 ke RM 6 shj....
Kejadian Kedua:
Kejadian berlaku pada hari Ahad yg lalu dan kejadian ini melibatkan seorg lg pelancong dr Eropah yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi di KLCC sekitar jam 5-6 ptg dan beliau ingin menuju ke Crowne Plaza di Jln Sltn Ismail yang jaraknya hanya sekitar 3.8 km dgn perjalanan memakan masa hanya 18 min dgn berjalan kaki dan peristiwa ini sekali lagi melibatkan pemandu teksi berbangsa india yang mana pemandu teksi tersebut ingin mengenakan caj tambang sebanyak RM 20 dan pemandu tersebut pula berada dlm keadaan mabuk??????? Wajarkah perkara ini berlaku? Dimanakah peranan SPAD yg sepatutnya memantau perkara sebegini dari berlaku?
Kejadian Ketiga:
Kes yang satu ni lagi kritikal sebab melibatkan pemandu teksi yang mabuk dan dengan selambanya mengambil penumpang dan mengenakan caj yang tidak masuk akal. Bagaimana jika berlaku kemalangan apakah nasib si penumpang tersebut adakah beliau dilindungi insurans dan kenapakah tiada tindakan tegas dari mana-mana pihak berkuasa????
Apakah perkara di atas akan terus berlaku dan tiada tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini dan sebenarnya perbuatan mereka ini hanya menyusahkan pemandu teksi yang jujur mencari rezeki dengan menggunakan meter kerana ramai penumpang takut untuk menaiki teksi dan menahan teksi terutamanya selepas tengah malam kerana takut 'disembelih' oleh pemandu teksi yang tidak beretika dan bertanggungjawab ini....Wahai Pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab jangan hanya tahu mengaut keuntungan sehingga menutup periuk nasi pemandu teksi yang menggunakan meter dan jujur mencari rezeki untuk dibawa pulang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Blog ini adalah tempat dan ruang dimana aku berkongsi sesuatu perkara atau ilmu yang aku miliki agar dapat dimanfaatkan bersama..... Harap ada yang sudi untuk join dan jadi member aku kat cni
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sakit Tulang Belakang Part IV
Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...
-
Salam........ Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau ...
-
Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat SINI . Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini ada...
-
Kali ini aku nak kongsi satu cerita jenaka kat korang semua dan harap ada yang puas hati dan akan terus follow blog aku slalu ye…. Jom k...
Yg tak masuk akalnya, cuma 46 driver dari 37,000 driver kat kl ni yg pernah kena dgn SPAD sbb overcharge atau tak pakai meter.
ReplyDeleteOrg SPAD tido ke?
http://hotelinkl.com.my/blog/kuala-lumpur-taxi/