Sejak dari hari sabtu lagi ramai Mahasiswa 'berkampung' di Dataran Merdeka bagi memperjuangkan hak mereka untuk memansuhkan PTPTN dan mahukan pendidikan di menara gading diberikan secara percuma oleh Kerajaan kerana 'termakan' hasutan dari Ketua Pembangkang yang menyatakan seandainya Kerajaan milik mereka maka PTPTN akan dimansuhkan dan pendidikan tinggi diberi secara percuma. Aku tidak memihak pada mana-mana pihak politik tetapi bagi aku PTPTN tidak wajar dimasuhkan dan pendidikan tinggi tidak wajar diberi secara percuma kerana sedangkan mereka membuat pinjaman pun ada yang hanya membuang masa dan bermain-main dan 'enjoy' sahaja. Berapa ramai pelajar pelajar IPT yang menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Jalan P Ramlee, di Bangsar dan beberapa tempat tumpuan muda-mudi sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang??? Bagaimana dan apakah pula akan berlaku seandainya pendidikan tinggi diberi secara percuma?? Secara tidak langsung perbuatan mereka akan menutup peluang pada yang benar-benar ingin belajar dan berjaya...Apabila mereka memiliki gulungan ijazah dan berjaya maka mereka pula mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara...menabur bakti pada orang asing dan bukan pada Tanahair mereka sendiri jadi apakah yang sumbangan mereka kepada Kerajaan dan Negara setelah mereka berjaya dan menjadi golongan pakar dalam bidang masing-masing jika mencurah bakti pada Negara lain???? Mereka akan lupa pada Negara yang telah memberikan pendidikan secara percuma!!!!! Jika mereka berkhidmat dalam Negara, sanggupkah mereka menerima pendapatan/gaji yang sedikit??
Sudah pastinya mereka tidak sanggup dan pasti akan mengadakan protes sekali lagi bagi memohon Kerajaan memberi gaji yang lumayan kononnya agar setimpal dengan kelulusan mereka!!!! Apa yang nyata golongan Mahasiswa dan Mahasiswi ini hanya pandai bertindak mengikut hasutan orang lain tanpa memikirkan kesan dan impak dari perbuatan mereka...sepatutnya mereka harus menunjuk contoh yang terbaik kerana golongan ini adalah golongan intelektual dan mereka seharusnya dapat memikirkan rasional dari perbuatan mereka dan bukan bertindak melulu...
Apa yang nyatanya pada aku adalah Tidak Wajar sama sekali PTPTN dimansuhkan biar ia berterusan agar golongan Mahasiswa dan Mahasiswi ini lebih sedar dan benar-benar fokus pada pelajaran mereka dan bukan satu masalah apabila tamat pengajian mereka akan memiliki gaji dan pendapatan yang lumayan berbanding mereka yang hanya tamat pengajian pendidikan menengah sahaja...bukan satu masalah untuk membayar balik hutang tersebut jika gaji mereka boleh mencecah ribuan ringgit..pada aku biarlah PTPTN diteruskan dan apa seandainya keputusan mereka cemerlang maka PTPTN itu ditukar kepada Biasiswa maka itu adalah wajar...Jika semua ingin diberi percuma maka dimanakah Kerajaan boleh mendapat wang bagi menguruskan segala macam perkara lagi...bagi golongan Siswa dan Siswi fikir secara rasional dan logik dan cuba duduk dalam kedudukan Perdana Menteri sebentar sebelum anda membuat tindakan....Pihak pembangkang memang boleh berkata apa sahaja kerana bukan mereka yang mentadbir dan menguruskan kewangan Kerajaan bagi meraih undi tetapi adakah segala janji mereka akan ditunaikan apabila mereka memegang pucuk pimpinan kelak??????????
Fikir-fikir dan renung-renungkanlah dan tinjau-tinjaulah apa yang berlaku di Negeri pimpinan mereka??????
Blog ini adalah tempat dan ruang dimana aku berkongsi sesuatu perkara atau ilmu yang aku miliki agar dapat dimanfaatkan bersama..... Harap ada yang sudi untuk join dan jadi member aku kat cni
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sakit Tulang Belakang Part IV
Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...
-
Salam........ Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau ...
-
Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat SINI . Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini ada...
-
Kali ini aku nak kongsi satu cerita jenaka kat korang semua dan harap ada yang puas hati dan akan terus follow blog aku slalu ye…. Jom k...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda