Translate

02 August 2012

Kisah Unta, Gajus dan Babi


Kali ini aku nak kongsi satu cerita jenaka kat korang semua dan harap ada yang puas hati dan akan terus follow blog aku slalu ye….
Jom kita kongsi bersama.................................

Kisah Mengapa Unta bebonggol, Hidung Babi penyek dan Mengapa Gajus berbiji di luar

 Suatu masa dahulu dalam sebuah hutan di sebuah negara jauh dari adab peradaban manusia telah ditakdirkan bahawa pada ketika itu hanya terdapat 2 ekor sahaja binatang dalam hutan tersebut iaitu Si unta dan Si babi. Oleh kerana hanya mereka berdua sahaja yang terdapat didalam hutan tersebut maka bersahabat baiklah mereka berdua dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan mereka yang ada. Pada masa itu juga diberitahu bahawa babi masih lagi berhidung mancung lagaknya manakala si unta juga belum bebonggol pada ketika itu dan gajus juga di saat itu masih berbiji didalam seperti buah-buahan yang lain hendaknya.
Gambar unta boleh lah letak tapi gambar si babi tu aku tak sanggup nak letak kt blog aku
 Dipendekkan cerita, pada suatu hari kedua sahabat baik ini merasa agak bosan dan sunyi lalu si babi bersuara, "Unta..kau bosan tak hari ini?"
"Ish..memang bosan dan sangap ni bi", balas si unta pada sahabat karibnya si babi.
"Apa kata kalau hari ini kita adakan pertandingan lumba lari antara kau dan aku", Ujar si babi.
"Erm Orait gak tu", balas si unta.
Lalu kedua sahabat karib itu pun mula menyiapkan kawasan sekitar hutan untuk dijadikan tapak acara lumba lari mereka pada hari itu yang mana acara berlangsung pada jarak 100 meter sahaja kerana si babi berkaki pendek dan dia bimbang jika berlari lebih dari 100 meter maka dengan mudahnya si unta dapat menewaskan si babi kerana kaki si unta yang panjang itu.
Dengan kiraan tiga mereka berdua pun memulakan larian dan si babi mengungguli serta berada dihadapan setelah memecut dengan sepantas yang mungkin untuk meninggalkan unta dalam jarak hanya beberapa kaki sahaja…
Disebabkan terlalu taksub untuk menewaskan si unta, babi terlepas pandang akan sebuah pokok gajus berada dihadapannya…Akibat kakinya pendek, maka babi gagal mem’brek’ dengan berkesan lalu melanggar batang pokok gajus tersebut…
Sewaktu kejadian buah gajus sedang leka membuat taik mata dan akibat dari hentaman babi kearah batang pokok lalu terkejut beruklah akan buah gajus ini dan melatah sehingga terkeluar biji dari buahnya.. manakala babi pula menerima nasib yang agak malang pabila hidungnya yang mancung sebelum ini macam hidung ala-ala pelakon Hindustan itu menghentam batang pokok gajus sehingga kemek ataupun bahasa yang lebih mudah menjadi tonyok…
Si unta pula mencuba sedaya upaya mem’brek’ agar tidak menyentuh akan si babi yang memang sedia kita maklum ini akan pengharaman bersentuhan itu kerana unta tidak rela nak men’yamak’ nanti.. Akibat dari percubaan brek kecemasan yang dilakukan oleh si unta maka segala tulang belakangnya terperosok kehadapan hingga membentuk bonggol yang akhirnya berkekalan dan diwarisi turun temurun…
Begitulah kisahnya bagaimana hidung si babi menjadi tonyok, kenapa gajus berbiji di luar dan kenapakah unta berbonggol… Keadaan mereka bertiga dahulu telah diwarisi turun temurun pada keturunan masing-masing sehingga ke hari ini….
Beginilah nasib si gajus setelah terperanjat babi


p/s:  Hehehe jangan marah haaa nama pun crite jenaka kan…
-         Kalau best crite aku ni mohon kongsi-kongsikan tapi kreditkan lah pada aku tapi jika tak best korang bancuhla aku…..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...