Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Assalammualaikum
dan salam sejahtera pada yang singgah menyinggah atau yang ‘blog walking’ kat
sini… Alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menyambung
penulisan aku kat blog ni dan mulia hari ini aku akan menambah satu lagi
ruangan atau column baru iaitu Penawar Hati yang mana kat sini aku akan menulis
perkara berkaitan dengan cerita-cerita atau nasihat-nasihat mahupun apa saja
cerita berkaitan isu keagamaan dan kerohanian untuk kita kongsi bersama…
Selamat Beramal…
Untuk entry pertama, aku nak ceritakan
Bagaimana Sembahyang Menjadi Lima (5) Waktu.. Kenapa aku amik tajuk ni sbg 1st
entry aku?? Sebabnya Sembahyang adalah tiang Agama..tanpa sembahyang maka
tiada guna lah amal ibadah kita yang lain ibarat nak mendirikan rumah tapi
tiada bertiang..adakah rumah yang kit anak bina itu mampu didirikan? Tepuk dada
tanyalah selera….
Abu Dzhar menceritakan bahawa Rasulullah
SAW bersabda, “Dibukanya atap rumahku dan aku pada ketika itu berada di Mekah,
lalu Jibrail AS turun dan membelah dadaku serta dibasuhnya dengan air zam-zam.
Selepas itu, dia datang dengan membawa sebuah bejana yang dibuat daripada emas
yang telah dipenuhi dengan hikmat kebijaksanaan dan keimanan dan dituangkan
kedalam dadaku. Kemudian, Jibrail A.S. menutupnya Kembali lalu dipegangnya
tanganku dan mengajak aku mengikutnya.
Jibrail A.S. membawa aku naik ke langit
dunia yang Nampak pada pandangan kita ini. Lalu, Jibrail A.S. berkata kepada
penjaga langit dunia, “Bukakanlah pintu langit ini.” Penjaga pintu langit
bersuara, “Siapakah ini?” Lalu, Jibrail A.S. menjawab, “ Ini Jibrail.” Penjaga
pintu langit bertanya lagi, “ Apakah ada orang lain bersama kamu?” Jibrail A.S.
menjawab, “Ya, ada, yang bersama denganku ialah Nabi Muhammad SAW.” Bertanya
lagi penjaga pintu langit, “Apakah Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk
mengadapNya?” Jawab Jibrail A.S., “Ya.”
Setelah penjaga itu membuka pintu langit,
maka Jibrail dan Nabi Muhammad naik ke langit dunia. Tiba di situ, nampaklah
seorang lelaki yang sedang duduk. Di
sebelah kanannya ada sekumpulan manusia dan di sebelah kirinya juga ada
sekumpulan manusia . Jikalau orang itu memandang kekanan dia ketawa dan jikalau
dia memandang kekiri dia menangis! Orang itu lalu mengucapkan padaku ‘Marhaban’
ertinya bergembira Sekali dengan kedatangan kamu iaitu seorang Nabi yang Soleh
dan putera yang Soleh. Aku bertanya kepada Jibrail, “Siapakah orang ini?” Jawab Jibrail, “Dia adalah Nabi AdamA.S. dan
kelompok manusia yang ada disebelah kanan diantara mereka itu ahli syurga dan
sekelompok lagi yang disebelah kirinya itu adalah ahli neraka. Sebab itulah
apabila dia memandang ke kanan dia ketawa dan apabila di memandang ke kiri dia
menangis!”
Demikianlah sehingga Jibrail membawa aku
naik ke langit kedua. Apabila sampai pada langit kedua, Jibrail berkata kepada
penjaga langit, “Bukakanlah pintu ini.”
Penjaga langit berkata sebagaimana yang dikatakan oleh penjaga langit
pertama, kemudian barulah dia membuka pintu tersebut. Tiba-tiba aku bertemu
dengan dua orang anak pakcikku iaitu Nabi Isa Ibn Maryam A.S. dan Nabi Yahya
bin Nabi Zakaria A.S. Keduanya
mengucapkan selamat datang kepadaku serta mendoakan semoga aku beroleh
kebaikan.
Kemudian aku dibawa lagi oleh Jibrail
naik ke langit ketiga. Jibrail meminta dibukakan pintunya. Penjaga pintu bertanya’ “ Siapakah
kamu?” Jawab Jibrail, “Aku Jibrail.” Penjaga langit bertanya lagi, “Siapa bersama
kamu?” JIbrail menjawab, “Nabi Muhammad
SAW.” Penjaga pintu bertanya lagi,
“Apakah dia sudah diutus?” “Ya, dia sudah diutus,” Jawab JibrailA.S. kemudian,
barulah pintu langit ketiga dibuka.
Sebaik saja pintu langit dibuka, aku
bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Kecantikannya seperdua dari kecantikan yang ada.
Dia mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku beroleh kebaikan. Sesudah itu
aku dibawa ke langit keempat.
Setelah sampai ke langit keempat,
Jibrail A.S. meminta penjaga langit membuka pintu, Sekali lagi soalan yang sama
diajukan kepada Jibrail A.S. dan jawapan Jibrail A.S. tetap sama seperti apa
yang diberikan kepada ketiga-tiga penjaga langit sebelum ini. Setelah bersoal
jawab antara kedua malaikat tersebut barulah pintu langit dibuka dan sebaik
pintu terbuka aku bertemu dengan Nabi Idris A.S. Nabi Idris juga mengucapkan
selamat datang dan mendoakan aku
memperoleh kebaikan. Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 57 yang
bermaksud: “Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi” Kemudian JIbrail
A.S. membawa aku ke langit yang kelima.
Setelah sampai kelangit kelima, soalan
yang sama ditannyakan oleh penjaga pintu langit dan dijawab dengan jawapan yang
sama oleh Jibrail. Setelah pintu dibuka aku melihat Nabi Harun A.S. dan dia
juga mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian
aku dibawa Jibrail ke langit keenam.
Setelah sampai kelangit keenam maka
soalan yang sama ditanya oleh penjaga pintu langit dan jawapan yang sama jualah
yang diberikan Jibrail A.S. Setelah
pintu langit terbuka aku melihat Nabi Musa A.S. dan dia juga melakukan perkara
yang sama dengan Nabi-Nabi sebelum ini iaitu mengucapkan selamat datang dan
mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian kami meneruskan ke langit yang
ketujuh
Setelah sampai ke langit ketujuh, soalan
yang sama terus diajukan pada Jibrail dan jawapan yang sama juga diberikan oleh
Jibrail kepada penjaga pintu langit ketujuh. Setelah pintu dibuka aku bertemu
dengan Nabi Ibrahim A.S. sedang bersandar di Baitul Makmur dimana 70,000
malaikat setiap hari masuk kedalamnya dan mereka tidak pernah Kembali lagi dari
situ. Kemudian JibrailA.S. membawaku ke Sidratul Muntaha, lalu mendapatkan
sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah dan buahnya sebesar kendi.
Setiap kali dia tertutup dengan daun tersebut dan dengan kehendak Allah SWT,
dia berubah hingga tidak satupun makhluk Allah yang sanggup mengungkap
keindahannya. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepadaku mewajibkan solat 50 kali
sehari semalam.
Sesudah itu aku turun ke tempat Nabi
Musa A.S. dan Nabi Musa bertanya, “Apakah yang diwajibkan Allah keatas Umatmu?”
“Solat 50 kali,” jawabku. Maka berkatalah Nabi Musa, “Kembalilah kepada Allah,
mintalah keringanan sebab umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri
telah mencuba terhadap Bani Israil.” Kata Rasulullah SAW, “Baiklah, aku akan
kembali kepada Allah SWT untuk mendapatkan keringanan bagi umatku.”
Dipendekkan cerita setelah berulang-alik
Rasulullah bertemu Allah dan Nabi Musa A.S. beberapa kali maka Allah
mengurangkan Solat yang tadi awalnya sebanyak 50 kali sehari semalam menjadi
kepada 5 kali sehari semalam, Maka Rasulullah SAW kembali kepada Nabi Musa A.S.
dan berkata, ”Allah menguranginya kepada 5 kali sehari semalam.” Maka kata Nabi Musa A.S., “Umatmu tidak akan
sanggup menunaikan sebanyak itu. Kembalilah kamu kepada Allah SWT dan mintalah
keringanan untuk umatmu.”
Kata Rasulullah selanjutnya, “Aku
berulang ulang pulang pergi antara Allah SWT dengan Nabi Musa A.S. sehingga
akhirnya Allah SWT berfirman, “Kesimpulannya ialah solat 5 kali sehari semalam.
Bagi setiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh kali solat; maka
jumlah nilainya 50 juga.”
“Dan sesiapa yang bermaksud hendak
berbuat kebajikan tetapi tidak dilaksanakannya, maka dituliskan untuknya
(pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakan maka ditulisnya sepuluh
kebajikan. Dan sesiapa yang bermaksud hendak berbuat kejahatan tetapi tidak
dilaksanakannya, maka tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika
dilaksanakan kejahatan itu maka akan ditulis baginya cuma satu kejahatan
(dosa). Aku telah berulang alik kembali minta keringanan bagi umatku sehingga
aku merasa amat malu kepadaNya.”
Begitulah cerita bagaimana terjadinya
sembahyang 5 waktu sehari semalam. Waallahualam.
RENUNG-RENUNGKANLAH
apa yang dikatakan oleh Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW dan SELAMAT BERAMAL DI BULAN
RAMADHAN AL-MUBARAK
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda