Translate

21 May 2012

Kesopanan Dan Kesusilaan

Hari ini aku terpanggil nak buat entri ini apabila kat rumah aku di PPR Desa Tun Razak, Cheras telah mengadakan 1 program yg ntah ape namanya pn aku x ingat yg telah berlangsung dr hari jumaat hingga ahad iaitu semalam.....

Sperti mana yang kita semua Rakyat Malaysia ketahui bahawa Rukun Negara kita ada 5 iaitu:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan 
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

tetapi berapa ramai antara kita yg mengikuti 5 perkara tersebut? tp aku xnk criter ttg 4 perkara yg di atas tu sebaliknya aku nk crite ttg perkara yg terakhir tu iaitu Kesopanan dan Kesusilaan....sbb aku rasa ramai antara kita yg lupa atau langsung tidak mengamalkan perkara tersebut...

Berbalik pd crite aku di atas td berkenaan dgn program yg berlangsung..bukan aku x menyokong sebaliknya penganjur program tersebut spttnya prihatin dan memahami keadaan dan sensiviti penduduk sekeliling yg ingin menghabiskan hari cuti dengan berehat secara aman dan tenang di rumah.. bukan kah Rumahku Syurgaku????  Apakah tindakan penganjur mengadakan program yg berlangsung dr pagi hingga larut malam sehingga jam 12 itu wajar??? tidak kah perbuatan mrk itu menganggu ketenteraman penduduk yg lain? Apa ke gila apabila mrk berkaraoke dr pagi hingga ke larut mlm???? Dh ar skang ni cuaca panas pastu ditambah lagi dgn depa kt bwh memekak ntah apa biji butir lg ar bertambah panas!!!! jika mrk mengamalkan Rukun Negara kita yg last tu perkara mcm ni pasti tidak berlaku..at least jika nk melalak dan berkaraoke pn hormatilah Seruan Azan yg berkumandang di surau yg berdekatan dan bila melalak tu biarlah dihadkan sehingga jam 11.00 mlm je ke..apa yang aku bengang tu apabila semalam (Ahad) aku cuba nk lelapkan mata sbb hari ini (Isnin) aku nk g keje..tp depa ni bole memekak sehingga jam 12.30 tgh mlm plak maunya aku x bengkak ati dh r aku ni slalu 'black monday' menyirap darah aku tul r....X ckp agaknya dr ari jumaat dh berkaraoke dan berpesta hinggakan hari ahad pn nk berlangsung sehingga jam 12.30 tgh mlm..ini antara beberapa perkara yg melibatkan Kesopanan dan Kesusilaan yg semakin terhakis dr kehidupan kita seharian....

Satu lg perkara apabila rakyat kita ni memandu di jalan raya apabila kita lupa langsung ttg etika Kesopanan dan Kesusilaan sebaliknya sering mengabaikan keselamatan org lain apabila pemandu di Malaysia ini sering kali lupa nk beri signal apabila menukar lorong atau memasuki simpang dan bkn itu shj tetapi pemandu kita kerap potong q, melanggar lampu merah, memotong di garisan berkembar dan bermcm2 lg perkara yg sering depa lakukan ketika di jalan raya dan kalau nk tahu kita berada di rank ke-20 paling byk berlaku kemalangan seperti yang dilaporkan di Blog Buasir Otak

Akhir kata amalkan lah 5 perkara Rukun Negara tersebut bg memastikan keamanan dan kedamaian yg kita kecapi berkekalan selagi kita bernyawa dan amalkan juga 5 perkara Rukun Islam dan 6 Perkara Iman bg menjamin kehidupan kita pabila kita dijemput kelak.....


2 comments:

  1. Biasa r bro mmg ramai skang ni tiada budi bahsa segalanya telah hilang bagai ditelan zaman jer

    ReplyDelete
  2. Aku sokong komen ko dan dlm kes yg terbaru sebuah Myvi maroon menghimpit kreta aku di hadapan bangunan DBKL Jalan Raja Laut dan apabila aku membunyikan hon pemabndu tersebut menunjukkan isyarat lucah menggunakan tangan seolah2 aku yg bersalah dlm hal ini....

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...