Translate

16 May 2012

Teksi Oh Teksi

Salam...

 Kat sini aku bukan nak cerita pasal keburukan pemandu teksi tetapi sebaliknya nak kongsi cerita dgn mrk yg ingin menyewa teksi bg mencari atau menambah rezeki kalian...kisah ini berdasar pengalaman aku sendiri....

 Dalam menyelami kehidupan sebagai Pemandu Teksi aku pun dengan nekadnya mencari sebuah teksi untuk aku sewa bagi percubaan aku ini. Setelah puas mencari iklan di surat khabar dan juga di Internet akhirnya aku berjumpa dengan beberapa syarikat teksi namun yang nyatanya kebanyakan sayarikat teksi yang besar dan terkenal di ibu negara tidak menyediakan sewaan teksi sebaliknya hanya teksi sewa-beli sahaja lalu mereka mencadangkan agar aku mencari bengkel-bengkel yang menawarkan sewaan teksi kerana kebanyakan teksi sewa ini telah dipajak oleh bengkel-bengkel tertentu dengan bayaran harian sebanyak RM35.00 sehari.

  Setelah bertemu beberapa bengkel yang menawarkan perkhidmatan sewaan teksi aku akhirnya membuat keputusan untuk menyewa teksi dari Mr2 Garage di Taman Cempaka, Ampang.Mereka memberikan syarat bahawa bayaran deposit sebanyak RM1000.00 dikenakan semasa mula hendak mengambil teksi dan bayaran harian pula adalah sebanyak RM50.00 dan perjanjian itu selama setahun.

  Aku pun memberikan wang tunai bagi bayaran deposit teksi tersebut dan menandatangani perjanjian yang langsung tidak dimeterai (Stamping) pun cuma dokumen biasa dan salinan perjanjian tersebut juga tidak diberikan pada aku. Mengikut perjanjian tersebut aku hanya boleh memulangkan teksi tersebut setelah 3 bulan dari tarikh aku menerimanya jika tidak sampai 3 bulan maka deposit yang aku berikan akan hangus. Jika setelah 3 bulan atau jika aku meneruskan untuk setahun deposit aku hanya akan dipulangkan separuh shj iaitu hanya RM 500.00 manakala bakinya akan aku terima setelah 3 bulan setelah mereka memeriksa jika aku dikenakan sebarang saman.

  Selain dari peraturan tersebut mereka juga mengatakan bahawa sebarang kerosakan akan di tanggung oleh pihak mereka dan seandainya 'breakdown' di sekitar Lembah Kelang 'towing' adalah percuma hanya jika kerosakan berlaku di KLIA dan Genting Highland sahaja pemandu akan menampung separuh dari bayaran 'towing' yang dikenakan. Berkenaan dengan tayar pula jika pemandu membeli tayar '2nd hand' mereka tidak akan tanggung tetapi jika membeli tayar baru nilai tayar tersebut akan ditanggung separuh-separuh.

  Aku telah menggunakan teksi tersebut dalam tempoh 2 bulan dan pada masa yang sama terlalu banyak kerosakan berlaku pada teksi tersebut seperti kerosakan gear box, clucth plate, air cond yang tidak sejuk, tayar yang sudah botak hingga menampakkan wayar, gear 5 tidak boleh digunakan dan paling teruk dan mengecewakan apabila gas tidak boleh digunakan. Teksi tersebut tidak boleh bergerak jika menggunakan gas sebaliknya harus menggunakan petrol dan jika teksi menggunakan petrol nescaya mmg rugi dan pasti rugi. Kerosakan itu melibatkan berminggu-minggu hinggakan aku tidak boleh menarik (istilah pemandu teksi bermaksud keluar membawa teksi bagi mencari rezeki). Sewa terpaksa aku tanggung walaupun tidak menarik dan apabila adik pemilik bengkel tersebut dpt membaca masalah yg menimpa aku, dia mencadangkan agar aku memulangkan semula teksi pd mrk dan berjanji bahawa aku akn mendapat semula wang deposit spt perjanjian iaitu separuh semasa dipulangkan dan separuh lagi setelah 3 bulan dari tarikh pemulangan teksi dan jika ada sewa tertunggak maka mrk akn menolak dr RM 500.00 yg pertama.

  Aku bersetuju dan telah memulangkan teksi tersebut namun setelah mrk menerima teksi lain pula yg jadinya apabila salah seorang dr share holder mrk atau mgkn sedar mrk meminta aku wang kopi krn memulangkan teksi sblm 3 bln..itu tidak mengapa lagi tetapi apabila abg dia iaitu yg menguruskan perjanjian aku dahulu mengambil alih perkara ini ianya telah jd berbeza apabila dia mengatakan jika ada sebarang kerosakan yg berlaku sewaktu teksi dipulangkan harus ditanggung oleh aku..lalu setelah berminggu aku pulangkan teksi tersebut dan setelah berkali-kali aku dtg menuntut wang aku yg berbaki RM 230.00 (stlh ditolak sewa tertunggak) dia menyatakan bahawa mesin resit teksi tersebut rosak dan aku harus menanggung kos tersebut...dia menyatakan bahawa kos kerosakan tersebut berjumlah RM 230.00 maka wang yg spttnya aku trima tidak aku trima dan skarang aku hanya tunggu lg 3 bln bagi mendapatkan baki RM 500.00 wang deposit aku yg aku pasti tidak akn dpt aku trima juga!!!!!!!!

Kesimpulannya:
  Kenapalah mrk ini melakukan sebegitu pd sesama melayu mmg aku melanggar peraturan perjanjian namun perjanjian tersebut sendiri tidak boleh diguna pakai krn tidak di 'stamping' malahan bkn aku yg nk pulangkan teksi tersebut tp mrk yg beria-ia mencadangkan aku agar memulangkan shj teksi tersebut krn sering rosak..tp bila telah dipulangkan mrk seolah-olah cuba mengelak dr membayr kembali wang deposit aku semula.......xpelah aku redha diperlakukan sebegini tapi jika perkara tersebut berlaku pd anda apa reaksi anda????????????

Sila komen

4 comments:

  1. Macam-macam ragam manusia ni patutnya melayu tolong melayu ini menyusahkan lagi bangsa sendri..chittpodah

    ReplyDelete
  2. Itulah masalah bangsa aku sndri ni yg aku sndri pn xphm.. xpe lah moga dia slmt dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. biasa la tu man... masa belum dapat beriya2 nk menolong tapi bila lepas tengkuk sendiri kita dibiar terkontang kanting.. sian ko man... caya lu la... terus kn lagi berkarya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk wat camner kan lumrah manusia xpela di bln ramadhan ni aku doakan je kesejahteraan dia...InsyaAllah akan terus berkarya walaupn tiada yg membaca

      Delete

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...