Salam Ramadhan pada
semua…
Kali ni aku nak
kongsi sikit cerita pasal kasih sayang ayah dan ibu yang mana biasanya orang
berkata kasih ayah tidak terkira kasih ibu membawa kesyurga…
Biasanya
saat –saat menjelang Syawal ni aku teramat sayu.. Al-maklumlah aku ni dah kategori
anak yatim piatu dan bila Syawal menjelma aku sebak bila teringatkan kedua
orang tua ku yang mana pada saat ini ibuku sudah pastinya sedang sibuk
menyediakan berbagai-bagai dan bermacam-macam kuih raya..manakala pabila sehari
sebelum raya Arwah ayah aku pastinya sibuk menyediakan lemang dan ketupat….
Ish
jauhnya aku dh melalut ni.. sebenarnya
aku ni nak cerita bahawa betapa anak-anak zaman sekarang ni semakin melupai
jasa dan pengorbanan ibu dan bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita dari
sebesar dua jari tapak kaki hinggalah menjadi siapa kita sekarang…
Tadi
aku baru melihat satu rancangan di televisyen yang mana rancangan tersebut
menceritakan malah membuat kunjungan ke rumah orang tua-tua di Kajang.. Seorang
makcik ditemuramah oleh pengacara yang mana namanya hanya mahu dikenali sebagai
Makcik Salmah (Bukan nama sebenar) sahaja berasal dari Butterworth dan beliau telah
berada di rumah orang tua2 tersebut hampir 5 tahun sedangkan anak2 nya semua
seramai 4 orang.. Ada antara anak beliau telah berumah tangga dan ada juga yang
masih bujang tapi dari 4 orang anak itu tiada satu pun yg sanggup atau mahu
menjaga seorang ibu yang entah bila ajalnya akan tiba…
Makcik Salmah begitu sayu apabila
tidak sekali pun dalam bulan Ramadhan yang mulia ini anaknya hendak menziarah
beliau untuk berbuka bersama malahan sejak beliau dihantar ke rumah orang tua2
tersebut, beliau tidak pernah beraya bersama anak2nya.. Itu cuma satu kisah
seorang ibu yang telah dilupakan oleh anak2nya belum lagi cerita bagaimana ibu
tinggalkan di hotel ataupun si ayah yang ditinggalkan di perhentian bas yang
selalu dipaparkan di dada2 akhbar. Aku pun agak pelik mengapa zaman kini
anak-anak yang pernah dibesarkan dengan penuh kasih sayang bagai menatang
minyak yang penuh sanggup menghantar ayah dan ibu mereka ke rumah orang2 tua
ataupun ditinggalkan saja ditepi-tepi jalan.. Aku yang anak yatim piatu ni rasa
sedih dan terkilan apabila ada anak2 zaman sekarang ni mcm ni…aku ni sentiasa
merindui kasih saying ibu dan bapa aku terutama pada Ramadhan dan Syawal yang
bakal menjelma nanti…
Beginilah sikap dan perangai manusia
zaman sekarang bila ada tidak dihargai tapi esok bila telah hilang keduanya
barulah nak menyesal dan menangis bagai nak rak… Nasihat aku pada kalian semua
yang masih mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka.. balas lah kasih sayang yang
pernah mereka curahkan pada anda.. Jika mereka berada di kampung ambillah masa
anda dan jenguk mereka atau sekurang-kurangnya bertanyakan khabar mereka..itu
sudah cukup untuk mereka kerana percayalah mereka bukan mahukan wang ringgit
anda tapi cukuplah sekadar masa dan perhatian anda. Lagipun zaman sekarang
zaman IT, jika anda boleh berFB, Twitter, YM atau Skype ngan member dan aweks
atau balaks mengapa anda tidak boleh luangkan masa untuk kedua ibu dan bapa
anda….
Selama 9 bulan 10 hari ibu anda mengandungkan anda dan selama bertahun-tahun ayahmu membanting tulang membesarkan kamu jadi kenapa anda tidak boleh membalas kebaikan dan kasih sayang ayah dan ibu anda...jangan berlaku kejam pada mereka......
RENUNG-RENUNGKANLAH
DAN SELAMAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda