Ceritanya begini..........................
Dengar mmg seramkan masuk dlm OT mcm kritikal je tapi sebenarnya tak lah serius sgt pn cuma Doktor menjalankan prosedur injection ke tulang belakang je bagi membuka laluan salur darah yang tersumbat akibat himpitan cakera atau disc yang telah berlaku..cuma aku tak paham nape prosedur ni misti dijalankan didalam OT kenapa tak buat dlm wad je?
Anyway, selepas dari prosedur tersebut kaki aku yang kebas2 dh tak kebas lagi dan waktu mlm tidur ku lebih lena dari sblmnya.. Alhamdulillah cuma masalahnya ubat yang disuntik itu hanya mampu bertahan dalam jangka masa 3-6 bulan sahaja mengikut pada individu..
Februari nanti genaplah 3 bulan aku menjalani rawatan 'Facet Block' tersebut tapi blm pn sampai 3 bulan kaki aku kembali ke keadaan asalnya iaitu mula rasa tidak selesa dan ngilu2 serta kebas yg berpanjangan... Appointment aku yang seterusnya dgn Orto pada 26.2.2013.. adoi ai lamanya nk kena tunggu tu.. pasni aku tak tau apa plak plan Doktor yg bakal aku jumpa nnt.
Terbaru aku telah dirujuk ke pakar Kaunseling HUKM bagi membantu aku mengurangkan sedikit masalah sampingan dan bebanan masalah yang aku tanggung dan aku hadapi sejak aku mengidap penyakit ini tapi apa yang nyatanya pakar Kaunseling ini hanya dapat membantu merungkai masalah sampingan dan bukannya masalah kesihatan sebab kat beliau masalah kesihatan hanya boleh diselesaikan oleh pakar perubatan sahaja.. Baik tak yah jumpa camtu....entahlah...poning pala den..
Apa pun aku tak tahulah sampai bila aku kena tanggung masalah ini sedangkan aku dh bersedia jika pihak Hospital nak lakukan pembedahan pada aku tapi malangnya bukan itu pilihan Doktor kerana katanya MRI aku menunjukkan himpitan yang berlaku keatas saraf aku tidak seteruk mana dan aku sepatutnya tidak akan menderita sgt jika berdasarkan kepada MRI.. Pelik gak aku apabila Doktor ni menganalisa dan merawat pesakit beliau berdasarkan MRI dan bukan berdasarkan keadaan fizikal pesakitnya..
Inilah nasib apabila tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan perlindungan Insuran sebaliknya hanya mengharapkan pada Guarantee Letter (GL) Kerajaan je jadi mcm ni la...atau mungkinkah di Malaysia masih belum ada pakar dlm bidang Spinal? Kalau ada pakar kenapa Sultan Mizan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lagi VVIP yang ada kat Malaysia wat pembedahan tulang belakang di luar negara terutamanya kat Germany???? Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah..............