Translate

20 June 2012

Kenali Tulang Belakang Anda


Apa itu Disc Prolapse atau Slip Disc? Kalau nk tahu boleh klik disini sebab aku nk terangkan aku pn x phm sgt tapi apa yg aku nk criter kat sini mcm mana rasa sakitnya dan bagaimana gangguan penyakit ini pada penghidapnya....................



















Sebelum tu meh aku nak citer pasala Tulang Belakang kita dulu...................




Tulang belakang merupakan salah satu bahagian penting kepada manusia.
Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak
memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan
ketulan tulang yang merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang yang
terdapat pada semua vertebra.


Vertebra adalah bahagian yang menyokong badan dan melindungi saraf tunjang. Terdapat
cakera di vertebra yang bertindak sebagai penyerap hentakan di antara vertebra.
Biasanya terdapat tiga puluh tiga (33) ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, termasuk
lima yang bergabung bagi membentuk sakrum yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan
empat tulang koksiks yang membentuk ekor. Tiga kawasan atas berdiri dari baki 24, dan di
kelompok di bawah nama serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra)
menurut kawasan didudukinya.


Penjagaan tulang belakang yang betul melalui kaedah mengangkat barang, postur duduk, postur
berdiri, kaedah tidur dan cara berjalan yang baik dapat memastikan kesihatan tulang belakang
anda.

Mengangkat barang


Cara Betul
a. Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh anda.
Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
b. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.




Cara Salah
a. Elakkan membongkok atau memusing pinggang anda semasa mengangkat beban yang
berat.
b. Elakkan mengangkat beban terlalu jauh dari badan.
c. Jangan mengangkat beban melebihi paras bahu. Keadaan ini menyebabkan ketegangan
yang melampau kepada tulang belakang anda.
d. Elakkan dari mengangkat secara pergerakan mengejut.






Duduk


Cara Betul

a. Rapatkan punggung dan sandarkan belakang anda pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
b. Pastikan ketinggian tempat duduk anda sesuai dan kedudukan paha anda selari dengan
lantai.
c. Campurkan aktiviti anda dengan senaman/regangan/berjalan.




Cara Salah
a. Elakkan duduk terlalu jauh dengan meja kerja anda dan elakkan duduk di atas kerusi
yang terlalu tinggi.
b. Elakkan membongkok ketika duduk.
c. Pastikan anda tidak menggelongsor ketika duduk.




Memandu


• Cara Betul
a. Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut anda selaras dengan
pinggang.
b. Sokong bahagian bawah belakang anda menggunakan tuala yang digulung atau
penyokong lumbar jika perlu.


• Cara Salah
a. Elakkan memandu terlalu lama tanpa berehat.
b. Menekan pedal dan memegang stereng terlalu jauh akan menyebabkan ketegangan otot.


Tidur


• Cara Betul
a. Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
b. Apabila anda tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya lutut bersentuhan atau
apabila anda tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut anda.





• Cara Salah
a. Elakkan tidur meniarap kerana ia akan menyebabkan sakit belakang.
b. Elakkan tidur di atas sofa di ruang tamu untuk jangka masa yang panjang.




Berdiri dan Berjalan


• Cara Betul
a. Tukarlah posisi berdiri anda dengan kerap jika anda perlu berdiri lama.
b. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan
anda.
c. Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan
dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit yang
rendah dan selesa.



















Cara Salah
a. Jangan berdiri terlalu lama dalam hanya satu posisi. Elakkan membongkok dengan kaki
lurus.
b. Elakkan memakai kasut tumit tinggi apabila berjalan atau berdiri untuk jangka masa
yang lama.



Kesimpulan
Penjagaan tulang belakang yang sempurna dapat menghindarkan  dari sakit belakang yang 
merugikan kita. Gaya hidup yang sihat serta aktiviti senaman dapat membantu mengekalkan 
tulang belakang yang sihat. Sekiranya anda mempunyai penyakit tulang belakang sila rujuk
doktor anda sebelum membuat senaman yang berkaitan.
Terdapat senaman-senaman yang boleh menjaga tulang belakang antaranya adalah seperti 
berjalan, berbasikal, berenang, senaman menarik lutut sambil baring dan merengangkan 
pinggul.
Antara faedah mengamalkan penjagaan tulang belakang semasa bekerja adalah: 
• Dapat mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan ketika bekerja khususnya dalam 
kerja yang melibatkan kerja-kerja yang dilakukan dengan tangan.
• Membantu mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti majikan dengan 
mengurangkan bilangan hari sakit.
• Mengurangkan kos perubatan yang boleh dielakkan sama ada pada diri sendiri atau 
majikan.
• Memastikan hari tua yang sihat tanpa penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan.






Perghh panjang lebarkan ok next stop aku akan criter plak mcm mana kritikal dan berapa seksanya sakit ni.... so pada yg mempunyai tulang blkng yg sihat tu baik jaga tulang belakang anda sekarang....

1 comment:

  1. Saya baru aje disahkan mempunyai masaalah cakera tulang belakang.Setelah 6 tahun rasa tak selesa di kaki kanan,pinggul dan kemas tangan kanan.Setelah discan maka terlerailah segala masaalah yg membelenggu selama ni..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...