Translate

15 May 2012

Kisah Teksi

Salam.....
 Lama gak aku tak menulih ni bukan ape.. al-maklumlah blog aku tiada follower dan akuk pun tak tahu jika ada yang berminat membaca nukilan hati aku ni...namun aku gagahi gak lah nak menulih sbb aku tak tahu nak meluahkan rasa hati dan perasaan aku cuma di sini sahaja lah medium aku nak meluahkan rasa hati...
 Sebelum ni aku ada cerita pasal pemandu teksi kan..sekarang aku nak cerita pula pasal penumpang teksi atau pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi pula....segala kisah yang berlaku adalah berdasarkan pengalaman aku sebagai pemandu teksi selama sebulan..aku cuba untuk menyelami dan mendalami kehidupan sebagai seorang pemandu teksi lalu aku pun menyewa sebuah teksi iswara untuk merasai pengalaman tersebut.

KISAH PERTAMA
 Kisah ini berlaku di Sogo bilamana teksi yang aku pandu ditahan oleh empat orang pelancong warga India. Sebaik aku memberhentikan teksi yang ku pandu salah seorang dari mereka membuka pintu dan bertanya apakah aku boleh menghantar beliau ke Raintree Club di Jalan Desa Pandan. Aku kata boleh sahaja tiada masalah lalu dia bertanya semula berapakah bayaran atau kadar tambang? Aku katakan bahawa aku menggunakan meter tetapi pelancong tersebut berkeras tidak mahu menggunakan meter sebaliknya mahu memberikan aku RM10.00 jika aku bersetuju membawa dia dan keluarga ke sana. Aku katakan yang aku tidak mahu mengambil beliau jika dia tidak mahu menggunakan meter dan mengarahkan agar dia mencari teksi lain yang memang mengambil penumpang tanpa menggunakan meter. Aku pun beredar dari sana meninggalkan Pelancong India tersebut terkulat-kulat.

KISAH KEDUA
 Kisah ini pula berlaku ketika aku baru sahaja keluar dari rumah aku di PPR Desa Tun Razak.. keluar mencari rezeki yang halal untuk dibawa pulang. Teksi yang ku pandu di 'tahan' oleh seorang penumpang yang agak berusia dan menyatakan ingin ke Coliseum di Jalan Tunku Abdul Rahman sebaik dia melabuhkan punggungnya ke kerusi teksi iswara aku...aku teruskan perjalanan menyusuri hari petang dengan keadaan jalan yang agak sesak pada petang tu sambil penumpang yang berada di kerusi hadapan itu terus dibuai mimpi sambil berdengkur...setibanya aku di Coliseum meter teksi ku menunjukkan RM14.50 agak mahal juga kerana disebabkan kesesakan lalulintas di Jalan Loke Yew sebentar tadi, aku 'mengejutkan' penumpang aku yang lena dibuai mimpi tadi dengan memanggil "Pakcik! Pakcik, dah sampai ni"
 Beliau terpisat-pisat bangun dari tidur dan mengelap saki baki air liur basinya sambil menggosok biji matanya. Aku beritahu padanya jumlah tambang yang perlu dibayar dan jawapan yang aku terima agak mengecewakan kerana dia berkata, "Nak! Pakcik cuma ada SERINGGIT sahaja"....terkedu aku dibuatnya namun apa boleh buat aku dah pun sampai di Coliseum takkan nak patah balik ke Desa Tun Razak, Cheras semula lalu aku redhakan sahaja lah..mungkin tiada rezeki aku pada petang itu.

KISAH KETIGA
 Kisah ini pula berlaku sekitar Jalan Kuari, Cheras yang mana teksi yang ku pandu di'tahan' oleh penumpang warga tempatan yang ingin menuju ke Pandan Indah.. sewaktu menaiki teksi aku, aku tidak mengesyaki apa-apa kerana dia agak peramah..sebaik tiba di kawasan flat di Pandan Indah beliau meminta agar aku menunggu sebentar kerana ingin mengambil isterinya seperti yang didakwa beliau sewaktu mula menaiki teksi aku tadi..Sebenarnya semasa mula menaiki teksi aku tadi beliau ada mengatakan bahawa beliau ingin mengambil isteri dirumah kerana isteri ingin bersalin dan beliau tadi baru pulang dari kerja..setelah mengambil isterinya maka beliau ingin bergegas ke Hospital Ampang, memikirkan perkara tersebut aku pun bersetuju untuk menunggu beliau. Aku tercongok didalam teksi dan sesekali aku keluar berdiri disisi teksi menanti penumpang tersebut dan setelah meneliti jam ditangan aku, aku dapati aku telah menunggu lebih dari TIGA JAM jangan kata batang hidung, kelibat beliau juga tidak kelihatan....dan yang nyatanya aku telah TERTIPU!!!

Kesimpulan:
  Pada aku bukan hanya pemandu teksi sahaja yang bersalah dalam hal berkaitan mengenakan caj berlebihan atau memberikan perkhidmatan kurang memuaskan tapi adakalanya penumpang juga mengambil kesempatan pada pemandu-pemandu teksi yang jujur mencari sesuap nasi untuk dibawa pulang...bukan semua pemandu teksi itu berpendapatan lumayan kekadang nak mencari duit sewa pun agak susah terutamanya yang membuat kerja sambilan sepertimana yang aku lakukan sebelum ini dengan sewa teksi sebanyak RM50.00 sehari manakala aku pula pada hari biasa hanya memulakan pencarian selepas maghrib dan pulang kerumah sebelum pukul 1 pagi untuk mendapatkan RM50.00 itu agak perit...kena pula apabila ditipu pula lebih menyedihkan....jadi pada penilaian aku dan hemah aku segala perkara itu berlaku ada sebab dan munasababnya cuma aku kurang bersetuju dengan segelintir pemandu teksi yang mengambil penumpang tempatan tanpa menggunakan meter....Itu memang aku marah tapi jika pelancong terpulanglah cuma jangan cekik darah sudahlah sebabnya jika kita sendiri melancong ke negara mereka adakah mereka ini tidak mengambil kesempatan pada kita pula??? Setahu aku dan berdasarkan pengalaman aku melancong ke luar pemandu teksi ataupun peniaga-peniaga diluar juga men'cekik' dan men'jerut' leher kita juga bila kita berada di tempat mereka lalu renung2kanlah.............

6 comments:

  1. kadang2 bagi lebih sikit kat pemandu teksi apa salahnya... sedekah... dpt juga pahala... done follow - Noob

    ReplyDelete
  2. Betul Bro..
    Aku dah lalui pengalaman sebagai pemandu teksi dan aku juga dah rasakan macam mana susahnya jadi pemandu teksi cuma aku nak bagitau kat sini pada yg ada kat luar sana bukan semua pemandu tu buruk perangai dan bukan semua penumpang tu baik hati....

    ReplyDelete
  3. salam sheik...biasa lah kalu dah pemandu teksi nie macam2 hal berlaku...ape yg penting tawakkal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup saya setuju apapun kita usaha dan kemudian tawakkal serta redha dgn ketentuan Ilahi atas rezki yg diberikan pd kita....

      Delete
  4. Tawakal jerk. Kena tipu camtuh xper lg. Jgn kena rompak sudah ler. Mintak Allah jauhkan.

    ReplyDelete
  5. Tawakal jerk. Kena tipu camtuh xper lg. Jgn kena rompak sudah ler. Mintak Allah jauhkan.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...