Sekitar Jam 3 pagi tadi Pandalela Rinong telah dinobatkan sebagai antara 3 penerjun terbaik didunia dengan memperolehi pingat gangsa. Aku sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana bukan sukan badminton sahaja yang mampu memberikan pingat buat negara sebaliknya kini acara akuatik juga mampu mencatat nama sebagai lagenda sukan negara...
Kini Pandalela telah menjadi artis perempuan pertama Malaysia yang berjaya menyumbang pingat buat negara...semoga Pandalela terus konsisten di masa depan agar terus dapat berjuang dan memberikan pingat pada Malaysia.
Tahniah buat kontijen akuatik Malaysia kerana berjaya menambah pungutan pingat...moga lepas ni Pandalela juga akan diberi gelaran Datuk sebagaimana Datuk Lee Chong Wei dahulu mendapat Datuk setelah memenangi pingat di Olimpik Beijing dahulu...
Blog ini adalah tempat dan ruang dimana aku berkongsi sesuatu perkara atau ilmu yang aku miliki agar dapat dimanfaatkan bersama..... Harap ada yang sudi untuk join dan jadi member aku kat cni
Translate
10 August 2012
09 August 2012
Isu Antara Kerajaan dan Swasta yang tiada Kesudahan
Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat SINI. Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini adalah Point Of View (POV) aku sendiri mgkn ada antara korang ada pendapat masing-masing tapi yang nyatanya perkara ini tiada penghujungnya dan isu ni bkn sahaja aku baca kat blog malah komen-komen kat akhbar pn ada gak pertikaian tentang isu gomen dan swasta terutamanya perkara ini akan timbul dan diperbesarkan apabila org gomen ni menrima imbuhan dari PM sebagaimana baru-baru ini bila PM umumkan org gomen dpt bonus sbln gaji atau minimum RM500.00
VS
Sebelum ni kenaikan tahunan yang aku terima adalah sebanyak RM 39.93, Apabila gaji naik pada
Kerajaan |
Swasta |
Isu berkaitan kerja gomen ngan swasta ini sbenarnya
mmg tiada penghujungnya...Org yg kerja swasta akn mengutuk yg kerja gomen dan
begitu sebaliknya sbnarnya sikap manusia mmg mcm ni kita akn sentiasa merasakan
kita berada di pihak benar dan kita amat jarang nk mengatakan dan mneyatakan
kesilapan dan kekurangan diri...Cerita pasal sikap manusia ni aku prnah
ungkitkan kat Sini
le
Senang cerita aku amik diri aku dan pekerjaan aku dulu
yang pernah kerja swasta dan sekarang kerja gomen plak.. pada aku setiap kerja tu ada pro dan
kontranya..ada kelebihan dan ada kekurangannya.. Sebagai contoh aku skang ni
berjawatan sebagai Pembantu Tadbir P/O N17 kalau kt swasta kira kerja sebagai kerani
ar.. Aku masuk kerja bermula dgn gaji sebnyak RM656.30 yg mana jika di
swasta kerani menerima gaji permulaan sebanyak RM1500.00 atau mengikut
kelayakan dan pengalaman yang mana biasanya atau busuk2nya dpt gaji RM850.00.
Walaupun kerani kerajaan menerima gaji sebanyak RM656.30
namun kami ni ada tambahan elaun sebanyak RM95.00
bagi elaun tetap khidmat awam yg mana elaun ini berdasarkan jawatan
masing-masing selain dari elaun Khidmat Awam aku juga menerima bayaran
elaun Sara Hidup sebanyak RM150.00 mengikut kawasan (Elaun berdasarkan tahun
2007 sblm mendapat kenaikan gaji dan elaun yg dilaksanakan pada Julai 2007) dan
juga elaun Tetap Perumahan sebanyak RM 180.00 jd jumlah keseluruhan yang aku terima
sbg gaji kasar sebanyak RM1081.30. Pada
waktu itu potongan KWSP pula adalah sebanyak 8% jadi jumlah bersih yang aku
terima pada waktu itu +/- RM994.80.
Sewaktu masuk kerja gomen ni plak 3 bln yg pertama
tidak menerima gaji kerana proses membayar gaji kerja gomen ni melalui proses yg
pelbagai tak mcm kerja swasta yg mana proses nya tidak rumit dan tidak
melibatkan byk dokumen..Kat gomen ni byk dokumen yg perlu disediakan dan perlu
ditandatangani sebelum boleh dihantar ke Unit atau Bahagian Kewangan Jabatan
atau Kementerian masing-masing. Jadi
apabila tidak menerima gaji slama 3 bln maka byk hutang tertangguh dan hutang
baru mula tumbuh..setelah 6 bln kerja kompom2 r nk buat loan sbb nak cover plak
segala utang..
Setelah Julai 2007 barulah PM yang pada masa tu Pak Lah membuat pengumuman
untuk memberi kenaikan gaji pada penjawat awam sebagaimana yg tertera kat bwh
ni:
Jadual 1: Kadar
Kenaikan Gaji Mengikut Kumpulan Perkhidmatan
Kumpulan
Perkhidmatan
|
Gred
Jawatan
|
Peratus
(%)
|
Pengurusan
Tertinggi
|
VU7
hingga VU1
VK7
hingga VK5
|
7.5
|
Pengurusan
dan Profesional
|
Gred
41 hingga 54
|
15
|
Sokongan
I
|
Gred
17 hingga 40
|
25
|
Sokongan
II
|
Gred
1 hingga 16
|
35
|
Sebelum ni kenaikan tahunan yang aku terima adalah sebanyak RM 39.93, Apabila gaji naik pada
2007 ni, aku menerima
kenaikan tahunan sebanyak RM49.91.. Dulu gaji aku RM656.30 tapi pada 2007
gaji aku dah jadi
RM820.38.. Semasa aku bekerja kat syarikat swasta plak dulu aku terima gaji
permulaan
sebanyak RM 850.00
tapi setelah 3 bulan disahkan aku menerima gaji sebanyak RM950.00 dpt
increment RM100.00 dan pada ujung tahun plak aku dpt lagi increment sbyak RM100.00 dan
increment kat swasta ini diberikan oleh bos berdasarkan prestasi
kerja yg aku laksanakan sepanjang
tahun dan increment ni berbeza-beza mengikut
individu..kalau rajin kerja byk dp naik gaji tapi kalau
asyik curi tulang dan
mengulat je kuranglah increment yg
diterima….
Apa yang pastinya bila naik gaji je penjawat awam ni akan membuat loan
semula dan loan yg ada plak mencecah sehingga 60% dr
gaji..
Masa aku kat swasta ni aku mmg ssh nk wat loan tp gaji yg diterima xbyk
kena potong paling tidak pn dipotong duit KWSP dan Socso shj..selebihnya aku
biasanya hanya akan pinjam kat member2 serumah je paling tidak pun adalah
RM300.00 je so bila gaji aku tu campur ngan OT lepas tolak utang umah sewa ngan
utang member ada gak ar lagi tuk aku nk enjoy lepak2 ujung minggu…
Sebenarnya tidak lah seronok mana pn bila jd kerani kerajaan mcm aku ni
dh 5 taun kerja tapi
gaji bersih aku
dpt setiap bln cma RM850.00 berbeza dgn
pekerja swasta yg mana biasanya gaji bersih mrk pasti +/-RM 1000.00
tu belum campur lagi ngan OT. Kerja kerajaan mmg byk masa ngan family tapi kami
pekerja Kerajaan ni tiada OT jika ada OT pn ianya tidak dibayar sebaliknya
diganti dgn cuti shj.
Berkenaan ngan soal atau kualiti kerja plak mmg aku tak nafikan ada
pekerja kerajaan ni agak pemalas nak buat kerja dan tidak mengamalkan etika
kaunter sebaiknya..almaklumlah kebanyakan pekerja gomen ni di monopoli oleh
wanita jadi kebanyakan mrk ni mengikut perasaan bila menjalankan tugas (jika
smlm 'Tak
Dapat' dia akan melenting kat opis keesokan harinya) tapi ada juga
syarikat swasta yg mempunyai perangai atau sikap yg sama gak.
Ada jugak sesetangah syarikat swasta ni bila kita tipon tu dia duk
pas-pas dari satu department ke satu-satu
department dan ada juga yg duk guna
mesin menjawab yg memerlukan kita menekan berbagai-bagai nombor yg adakalanya
sampai menghabiskan kredit prepaid kita…ada juga Jabatan / Kementerian yg juga
bersikap mcm ni adakalanya bila nak merujuk sesuatu masalah tu mmg ssh sampai
kesudahannya langsung tak dapat jawapan… dan satu lagi masalah kerja kerajaan
ni kebanyakan dari mrk tidak mahir berbahasa inggeris sbbnya kebanyakan
pelanggan mrk adalah orang tempatan maka penggunaan bahasa inggeris ni tidak
relevan sedangkan masa aku kat swasta dulu, surat pun kena ditulis dan ditaip
dalam bahasa inggeris inggeris adalah satu perkara wajib yang biasanya akan
diperhatikan dan dinilai masa temuduga….
Soal malas atau rajin, Banyak kerja atau banyak bersenang, tiada integrity atau tidak efisien bukanlah
datang dari pekerjaan sebaliknya datang dari diri kita sendiri..seandainya kita
ni mmg workaholic so kat mana pn
korang tercampak kompom2 r korang ttp rajin tp kalau korang ni jenis yg pemalas
kerja apa pn korang ttp malas punya…
Bkn nak kata apa la ini contoh yg aku ambil dari kwn2 bujang aku dulu yg
tinggal srumah.. Dorang ni byknya keje dispatch
je ala peon tukang antar surat tapi ada gak yg anta spare part.. depa ni lg suke mengulat yg keje dispatch surat tu
biasanya kerja stengah hari je slebihnya dorang buat taik mata je kat
rumah…jadi pada aku biasanya kalau dh mmg pemalas tu ttp pemalas ar…
Kat sini juga aku nk reveal the truth kat korang yg kerja
gomen ni.. kami setiap tahun ada penilaian prestasi kerja yg mana kena isi
borang dan kemudian akn dinilai oleh pegawai atasan tapi kebiasaannya lah
penilaian ni sbnarnya bkn lah penilaian sebenar tapi lbh kepada penilaian
berdasarkan pegawai atasan suka pada kita atau tidak suka sbenanya..aklmaklumlah
kerja gomen ni byk sgt kroni nye…
Kebiasaannya pula ada double standard dlm gomen ni misalannya
jika korang kerja kat Kementerian Pertahanan.. jika korang kerani atau kumpulan
sokongan kat sini biasanya kelebihan atau benefit yg korang terima tidak akan
sama dgn apa yg diterima oleh tentera..biasanya akan dianak tirikan…begitu juga
jika korang kerja di Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran pasti
akan berlaku double standard punya.
Setelah dinilai berdasarkan prestasilah sgt tu maka aka nada pula Anugerah Pencapaian Cemerlang ganjaran berupa wang berjumlah RM1000.00 dan Sijil Penghargaan namun untuk mendapatkan anugerah ini bknlah senang walau korang keje bagai nk mampus sbbnya spt yg aku ckp tadi r ada double standard dan anugerah ini diberi hanya sebanyak 8% dan yg paling tinggi pun sampai 10% je dari jumlah kakitangan yang ada kat satu-satu Jabatan atau Kementerian. So bila ada 100 org kakitangan maka anugerah ini hanya untuk 8 orang yang mendapat nilai prestasi yang tertinggi yang mana dh dipilih awal-awal lagi pada siapa anugerah ini hendak diberikan…..
Setelah dinilai berdasarkan prestasilah sgt tu maka aka nada pula Anugerah Pencapaian Cemerlang ganjaran berupa wang berjumlah RM1000.00 dan Sijil Penghargaan namun untuk mendapatkan anugerah ini bknlah senang walau korang keje bagai nk mampus sbbnya spt yg aku ckp tadi r ada double standard dan anugerah ini diberi hanya sebanyak 8% dan yg paling tinggi pun sampai 10% je dari jumlah kakitangan yang ada kat satu-satu Jabatan atau Kementerian. So bila ada 100 org kakitangan maka anugerah ini hanya untuk 8 orang yang mendapat nilai prestasi yang tertinggi yang mana dh dipilih awal-awal lagi pada siapa anugerah ini hendak diberikan…..
Aku berkhidmat di Kementerian
Pelajaran Malaysia, semasa mula bertugas aku di tempat kan di salah sebuah
sekolah Tamil di ibukota kat situ aku sorang je kerani yg terpaksa menjalankan
tugas Kewangan (Finance & Account), Pentadbiran (Administration) dan tugas
Perkhidmatan (HR) so semua benda alah ni aku kena buat dan aku sedikitpun tidak
mendapat latihan dan bimbingan bagaimana nak buat kerja sdgkan masa aku kerja
kat swasta dulu aku dpt bimbingan selama seminggu sebelum aku dibiarkan membuat
tugas sendiri berbeza betul bila aku kat gomen ni terkontang kanting aku
dibuatnya dan terkangkang2 juga lah aku cuba mencari ‘sifu’ nk ajar aku buat kerja…
Kat gomen ni plak senior2 atau
kategori makcik2 ni agak kolot skit dan tak open minded jadi korang yg rase nk
keja kt gomen ni kena pandai2lah bila korang nk berkwn ngan awek cun dlm pjbt
takut tak tahan telinga je dgr gossip bangang makcik2 ni nanti….
Bagi cerita peluang kenaikan
pangkat plak aku nk bagitau kt korang yg byk dok hentam org gomen ni kononnya
seronok keje gomen dpt byk benefit r dan mcm2 lg komen korang yg buat aku
bengang je dgr sbb ternyata bkn itu yg aku alami antara komen tu seperti kat Sini
dan kat sini serta beberapa blog lagi yg aku sendiri dah lupa kat mana aku baca dah…
apapun yg nyatanya kerai gomen cam aku nil au nk naik pangkat kena tunggu
sampai 10 tahun baru boleh dapat jadi
ketua kerani (CC) kalau nak naik pangkat yg lebih tinggi lagi kenalah ambil
Peperiksaan Kenaikan Pangkat dan yang paling tinggi pun boleh naik setakat jadi
Penolong Pegawai Tadbir (EO) Gred N27
yang gaji permulaannya lebih kurang RM1200 sbln…. Tapi nak lulus periksa tu
makan bertahun gak r sbb periksa tu cma setahun skali je dan ada 3 paper…lpas tu jika ada iklan kekosongan
boleh lah mohon jawatan tu…
Pencen pula????? Ya memang
kakitangan Kerajaan dpt pencen tapi ada yg tidak tahu bahawa wang pencen yg
kami semua terima tu bukanlah gaji penuh yg kami terima sewaktu bekerja tapi
hanya separuh sahaja dari gaji akhir.. kalau kerani macam aku ni biasanya gaji
akhir +/- RM2838.04 dan kalau separuh dari tu maknanya kami akan dapat
RM1419.02 sebulan dan jumlah itu lah yang nak dipertikaikan oleh byk pihak
skang ni…
Ganjaran???? Mmg kami akan
menerima ganjaran tapi bukanlah sampai beratus-ratus ribu pn sbb ganjaran nip n
berdasarkan Gred jawatan dan tempoh perkhidmatan dan bagi pencen tu juga jika tempoh
perkhidmatan tidak cukup 30 tahun maka ganjaran dan wang pencen yg diterima pn
berkurangan….jika nak tahu lebih lanjut tentang perkiraan persaraan ni korang
boleh cek kat Sini
La.
Manakala
bagi jumlah ganjaran pula korang boleh cuba kira guna formula ni:
7.5% X Tempoh Perkhidmatan (Dalam Bln) X Gaji Akhir
Manakala
jika korang nak try secara manual untuk kira pencen korang plak boleh guna
formula ni:
1/600 X Tempoh Perkhidmatan (Maksima 30 Tahun) X Gaji Akhir
So jika aku brkhidmat selama 30
tahun dan gaji akhir aku pula RM2838.04 maka aku akan menerima pencen bulanan
sebanyak RM1419.02….itu, jika aku berkhidmat selama 30 tahun tapi tempoh
perkhidmatan aku tidak sampai pn 30 tahun sbb aku masuk kerja kerajaan pun umur
aku dh 30 lebih dan aku memilih pencen pada umur 58 tahun sbb aku tak boleh
pilih 56 atau 55 dan mandatory nya
aku kena bersara 58 atau skang ni pilihannya adalah 60 tahun…
Jadi aku rasa tidak perlulah
digembar-gemburkan tentang isu gomen vs swasta ini sbb
pada aku walau apa pun pekerjaan yg kita lakukan ada pro dan kontranya
segalanya terpulang pada siapa kita yang sebenarnya… Adakah kita ni kaki pemalas
atau kita ni kategori workaholic itulah yang menentukan pencapaian dan mutu
pekerjaan kita sebenarnya…pendek kata tepuk dada tanyalah selera…..bersyukurlah kita
dengan pekerjaan yang kita ada dan moga-moga dengan pekerjaan yang ada ini kita
dapat memperoleh rezeki yang halal untuk anak dan isteri serta diri kita
sendiri………
Renung-renungkanlah dan selamat
beramal di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
07 August 2012
Rasulullah berbicara tentang manusia akhir zaman
Ibnu Abbas memberitahu,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan
manusia yang berwajah manusia berhati syaitan.
Mereka diibaratkan seperti
serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.Mereka
tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan
pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka , mereka akan mendekati kamu; Kalau
engkau jauhi mereka maka mereka akan mengumpat kau. Kalau engkau memberi amanat
kepada mereka, mereka akan melakukan khianat pada mu.”
“Kalau
meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah
bid’ah dan bid’ah dikalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang
menganggap sunahku sudah uang dan memperbaharui bid’ah. Maka barangsiapa mengikut
sunnah ku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan
barangsiapa mengikut bid’ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau
lebih.”
.
Para
sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu?” Jawab nabi, “Tidak.”
Para Sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada
mereka?” nabi menjawab, “Tidak.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan
mereka?” Jawab nabi, “Sperti ulat dalam
cuka.”
Para
sahabat bertanya lagi. “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama mereka?” Jawab Nabi, “Seperti bara api di tangan.
Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar.”
03 August 2012
Ayah dan Ibu
Salam Ramadhan pada
semua…
Kali ni aku nak
kongsi sikit cerita pasal kasih sayang ayah dan ibu yang mana biasanya orang
berkata kasih ayah tidak terkira kasih ibu membawa kesyurga…
Biasanya
saat –saat menjelang Syawal ni aku teramat sayu.. Al-maklumlah aku ni dah kategori
anak yatim piatu dan bila Syawal menjelma aku sebak bila teringatkan kedua
orang tua ku yang mana pada saat ini ibuku sudah pastinya sedang sibuk
menyediakan berbagai-bagai dan bermacam-macam kuih raya..manakala pabila sehari
sebelum raya Arwah ayah aku pastinya sibuk menyediakan lemang dan ketupat….
Ish
jauhnya aku dh melalut ni.. sebenarnya
aku ni nak cerita bahawa betapa anak-anak zaman sekarang ni semakin melupai
jasa dan pengorbanan ibu dan bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita dari
sebesar dua jari tapak kaki hinggalah menjadi siapa kita sekarang…
Tadi
aku baru melihat satu rancangan di televisyen yang mana rancangan tersebut
menceritakan malah membuat kunjungan ke rumah orang tua-tua di Kajang.. Seorang
makcik ditemuramah oleh pengacara yang mana namanya hanya mahu dikenali sebagai
Makcik Salmah (Bukan nama sebenar) sahaja berasal dari Butterworth dan beliau telah
berada di rumah orang tua2 tersebut hampir 5 tahun sedangkan anak2 nya semua
seramai 4 orang.. Ada antara anak beliau telah berumah tangga dan ada juga yang
masih bujang tapi dari 4 orang anak itu tiada satu pun yg sanggup atau mahu
menjaga seorang ibu yang entah bila ajalnya akan tiba…
Makcik Salmah begitu sayu apabila
tidak sekali pun dalam bulan Ramadhan yang mulia ini anaknya hendak menziarah
beliau untuk berbuka bersama malahan sejak beliau dihantar ke rumah orang tua2
tersebut, beliau tidak pernah beraya bersama anak2nya.. Itu cuma satu kisah
seorang ibu yang telah dilupakan oleh anak2nya belum lagi cerita bagaimana ibu
tinggalkan di hotel ataupun si ayah yang ditinggalkan di perhentian bas yang
selalu dipaparkan di dada2 akhbar. Aku pun agak pelik mengapa zaman kini
anak-anak yang pernah dibesarkan dengan penuh kasih sayang bagai menatang
minyak yang penuh sanggup menghantar ayah dan ibu mereka ke rumah orang2 tua
ataupun ditinggalkan saja ditepi-tepi jalan.. Aku yang anak yatim piatu ni rasa
sedih dan terkilan apabila ada anak2 zaman sekarang ni mcm ni…aku ni sentiasa
merindui kasih saying ibu dan bapa aku terutama pada Ramadhan dan Syawal yang
bakal menjelma nanti…
Beginilah sikap dan perangai manusia
zaman sekarang bila ada tidak dihargai tapi esok bila telah hilang keduanya
barulah nak menyesal dan menangis bagai nak rak… Nasihat aku pada kalian semua
yang masih mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka.. balas lah kasih sayang yang
pernah mereka curahkan pada anda.. Jika mereka berada di kampung ambillah masa
anda dan jenguk mereka atau sekurang-kurangnya bertanyakan khabar mereka..itu
sudah cukup untuk mereka kerana percayalah mereka bukan mahukan wang ringgit
anda tapi cukuplah sekadar masa dan perhatian anda. Lagipun zaman sekarang
zaman IT, jika anda boleh berFB, Twitter, YM atau Skype ngan member dan aweks
atau balaks mengapa anda tidak boleh luangkan masa untuk kedua ibu dan bapa
anda….
Selama 9 bulan 10 hari ibu anda mengandungkan anda dan selama bertahun-tahun ayahmu membanting tulang membesarkan kamu jadi kenapa anda tidak boleh membalas kebaikan dan kasih sayang ayah dan ibu anda...jangan berlaku kejam pada mereka......
RENUNG-RENUNGKANLAH
DAN SELAMAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
02 August 2012
APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BERNIKAH DAN BERKAHWIN
Sebelum ini aku ada terbaca beberapa blog yang bercerita atau membuat entry berkaitan isu perkahwinan dan cerita ini semakin galak apabila ada cerita berkaitan pasangan yang berkahwin muda di Pahang... so kat sini aku nak kongsi sikit ar berkenaan perkahwinan itu.. Apakah hukum nikah, panduan memilih pasangan, kaedah pelaksanaan akad nikah di masjid dan cara melakukan sujud syukur.. andai kata ada yang aku tertinggal mohon tambah dan ingatkan aku kerana sebagai manusia kesilapan itu dtgnya dari aku dan segala kebaikan itu datangnya dari Allah SWT..
HUKUM NIKAH
1.
|
Harus
|
·
hukum
asal perkahwinan adalah harus
|
2.
|
Sunat
|
·
mereka
yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin
|
3.
|
Wajib
|
·
seseorang
yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah
maksiat
|
4.
|
Makruh
|
·
mereka
yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan
tenaga yang selayaknya sebagai suami
|
5.
|
Haram
|
·
seseorang
yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi
kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang
dikahwini
|
PERKAHWINAN MEMANTAPKAN AGAMA
Sabda Rasulullah
s.a.w, yang bermaksud;
“Barangsiapa
yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia
bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
(Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)
PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI
Maksud
hadith Rasulullah s.a.w;
“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana
hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya;
kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
(Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Peringatan
daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat
kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri
sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan
harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan
sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)
PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM
BERUMAHTANGGA
1.
“Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w
bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang
sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga
bahagia)”.
2.
“Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w
bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan
maskahwinnya”.
3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia
seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan
barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di
dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).
4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang
Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah
dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang
dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda
pahlanya.
5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan
yang fasiq.
6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk
semasa akad nikah.
7.
Khalifah
Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta
maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah
s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin
lebih daripada 4 dirham…”
8. 2 atau 3 hari sebelum akad nikah eloklah
membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali
akan mendapat 3 kebaikan;
a) dilepaskan dukacita
b) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah, dan
c) mendapat rezeki yang tidak diduga
9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon
keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;
a) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’
atau sebelum tidur
b) Niatnya, (didalam hati – “sahaja
aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
c) Rakaat pertama; baca doa Iftitah,
Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah
Al-Ikhlas
e) Selepas memberi salam bacalah;
f) Berdoa;
10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah
memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.
11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad
nikah (di rumah pengantin lelaki);
a) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran,
Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Berselawat atas Nabi
d) Tazkirah ringkas
e) Jamuan sekadarnya
12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad
nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya ialah;
a) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan
Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Selawat dan Marhaban
d) Syarahan agama berkaitan rumahtangga
Pada keesokkan harinya diadakan majlis
khatam Al-Quran.
LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA
MENGHYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI;
1. Nikah
kahwin adalah menunaikan perintah Allah seperti di dalam surah An-Nisa’ ayat 3
yang bermaksud; “maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka daripada
perempuan-perempuan, dua atau tiga atau empat, kemudian jika kamu bimbang tidak
berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah seorang sahaja”.
2. Asal
usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh
mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).
3. Apabila
nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.
4. Supaya
mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di
dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu;
“rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah
Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta’.
5. Mudah
hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.
KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID
1. Mulakan
dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2. Niat
I’tikaf.
3. Tidak
bercampur antara lelaki dan perempuan.
4. Bapa
minta izin daripada anak.
5. Wali
menyerah wakalah kepada jurunikah.
6. Sekiranya
bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin
Pejabat Agama.
7. Pemilihan
saksi.
8. Membaca
khutbah nikah.
9. Ijab
qabul dijalankan.
10. Membaca
doa.
11. Membaca
lafaz ta’lik.
12. Sembahyang
sunat nikah kahwin.
13. Sujud
syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan
tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan
ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat
dan Marhaban beramai-ramai.
PERINGATAN
1. Jika
pengantin perempuan uzur syar’ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih
dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada
jurunikah.
2. Perlu
ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan
dan pengantin perempuan.
3. Pengantin
perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak
masuk ke dalam masjid.
4. Barang-barang
hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
5. Hanya
mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6. Penyerahan
mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.
CARA SUJUD SYUKUR
1. Berwuduk.
2. Menutup
aurat.
3. Menghadap
kiblat.
4. Berdiri,
terus bertakbir sambil mengangkat tangan ke telinga dan niat; “Sahaja aku sujud
syukur kerana Allah Taala”.
5. Terus
sujud sekali dan membaca;
6. Niat
di dalam hati; “Aku bersyukur kerana dikurniakan suami / isteri”.
7. Terus
duduk dan memberi salam.
RENUNG-RENUNGKANLAH dan SELAMAT BERAMAL di BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.........
BAGAIMANA SEMBAHYANG MENJADI LIMA WAKTU
Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Assalammualaikum
dan salam sejahtera pada yang singgah menyinggah atau yang ‘blog walking’ kat
sini… Alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menyambung
penulisan aku kat blog ni dan mulia hari ini aku akan menambah satu lagi
ruangan atau column baru iaitu Penawar Hati yang mana kat sini aku akan menulis
perkara berkaitan dengan cerita-cerita atau nasihat-nasihat mahupun apa saja
cerita berkaitan isu keagamaan dan kerohanian untuk kita kongsi bersama…
Selamat Beramal…
Untuk entry pertama, aku nak ceritakan
Bagaimana Sembahyang Menjadi Lima (5) Waktu.. Kenapa aku amik tajuk ni sbg 1st
entry aku?? Sebabnya Sembahyang adalah tiang Agama..tanpa sembahyang maka
tiada guna lah amal ibadah kita yang lain ibarat nak mendirikan rumah tapi
tiada bertiang..adakah rumah yang kit anak bina itu mampu didirikan? Tepuk dada
tanyalah selera….
Abu Dzhar menceritakan bahawa Rasulullah
SAW bersabda, “Dibukanya atap rumahku dan aku pada ketika itu berada di Mekah,
lalu Jibrail AS turun dan membelah dadaku serta dibasuhnya dengan air zam-zam.
Selepas itu, dia datang dengan membawa sebuah bejana yang dibuat daripada emas
yang telah dipenuhi dengan hikmat kebijaksanaan dan keimanan dan dituangkan
kedalam dadaku. Kemudian, Jibrail A.S. menutupnya Kembali lalu dipegangnya
tanganku dan mengajak aku mengikutnya.
Jibrail A.S. membawa aku naik ke langit
dunia yang Nampak pada pandangan kita ini. Lalu, Jibrail A.S. berkata kepada
penjaga langit dunia, “Bukakanlah pintu langit ini.” Penjaga pintu langit
bersuara, “Siapakah ini?” Lalu, Jibrail A.S. menjawab, “ Ini Jibrail.” Penjaga
pintu langit bertanya lagi, “ Apakah ada orang lain bersama kamu?” Jibrail A.S.
menjawab, “Ya, ada, yang bersama denganku ialah Nabi Muhammad SAW.” Bertanya
lagi penjaga pintu langit, “Apakah Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk
mengadapNya?” Jawab Jibrail A.S., “Ya.”
Setelah penjaga itu membuka pintu langit,
maka Jibrail dan Nabi Muhammad naik ke langit dunia. Tiba di situ, nampaklah
seorang lelaki yang sedang duduk. Di
sebelah kanannya ada sekumpulan manusia dan di sebelah kirinya juga ada
sekumpulan manusia . Jikalau orang itu memandang kekanan dia ketawa dan jikalau
dia memandang kekiri dia menangis! Orang itu lalu mengucapkan padaku ‘Marhaban’
ertinya bergembira Sekali dengan kedatangan kamu iaitu seorang Nabi yang Soleh
dan putera yang Soleh. Aku bertanya kepada Jibrail, “Siapakah orang ini?” Jawab Jibrail, “Dia adalah Nabi AdamA.S. dan
kelompok manusia yang ada disebelah kanan diantara mereka itu ahli syurga dan
sekelompok lagi yang disebelah kirinya itu adalah ahli neraka. Sebab itulah
apabila dia memandang ke kanan dia ketawa dan apabila di memandang ke kiri dia
menangis!”
Demikianlah sehingga Jibrail membawa aku
naik ke langit kedua. Apabila sampai pada langit kedua, Jibrail berkata kepada
penjaga langit, “Bukakanlah pintu ini.”
Penjaga langit berkata sebagaimana yang dikatakan oleh penjaga langit
pertama, kemudian barulah dia membuka pintu tersebut. Tiba-tiba aku bertemu
dengan dua orang anak pakcikku iaitu Nabi Isa Ibn Maryam A.S. dan Nabi Yahya
bin Nabi Zakaria A.S. Keduanya
mengucapkan selamat datang kepadaku serta mendoakan semoga aku beroleh
kebaikan.
Kemudian aku dibawa lagi oleh Jibrail
naik ke langit ketiga. Jibrail meminta dibukakan pintunya. Penjaga pintu bertanya’ “ Siapakah
kamu?” Jawab Jibrail, “Aku Jibrail.” Penjaga langit bertanya lagi, “Siapa bersama
kamu?” JIbrail menjawab, “Nabi Muhammad
SAW.” Penjaga pintu bertanya lagi,
“Apakah dia sudah diutus?” “Ya, dia sudah diutus,” Jawab JibrailA.S. kemudian,
barulah pintu langit ketiga dibuka.
Sebaik saja pintu langit dibuka, aku
bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Kecantikannya seperdua dari kecantikan yang ada.
Dia mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku beroleh kebaikan. Sesudah itu
aku dibawa ke langit keempat.
Setelah sampai ke langit keempat,
Jibrail A.S. meminta penjaga langit membuka pintu, Sekali lagi soalan yang sama
diajukan kepada Jibrail A.S. dan jawapan Jibrail A.S. tetap sama seperti apa
yang diberikan kepada ketiga-tiga penjaga langit sebelum ini. Setelah bersoal
jawab antara kedua malaikat tersebut barulah pintu langit dibuka dan sebaik
pintu terbuka aku bertemu dengan Nabi Idris A.S. Nabi Idris juga mengucapkan
selamat datang dan mendoakan aku
memperoleh kebaikan. Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 57 yang
bermaksud: “Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi” Kemudian JIbrail
A.S. membawa aku ke langit yang kelima.
Setelah sampai kelangit kelima, soalan
yang sama ditannyakan oleh penjaga pintu langit dan dijawab dengan jawapan yang
sama oleh Jibrail. Setelah pintu dibuka aku melihat Nabi Harun A.S. dan dia
juga mengucapkan selamat datang dan mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian
aku dibawa Jibrail ke langit keenam.
Setelah sampai kelangit keenam maka
soalan yang sama ditanya oleh penjaga pintu langit dan jawapan yang sama jualah
yang diberikan Jibrail A.S. Setelah
pintu langit terbuka aku melihat Nabi Musa A.S. dan dia juga melakukan perkara
yang sama dengan Nabi-Nabi sebelum ini iaitu mengucapkan selamat datang dan
mendoakan aku memperoleh kebaikan. Kemudian kami meneruskan ke langit yang
ketujuh
Setelah sampai ke langit ketujuh, soalan
yang sama terus diajukan pada Jibrail dan jawapan yang sama juga diberikan oleh
Jibrail kepada penjaga pintu langit ketujuh. Setelah pintu dibuka aku bertemu
dengan Nabi Ibrahim A.S. sedang bersandar di Baitul Makmur dimana 70,000
malaikat setiap hari masuk kedalamnya dan mereka tidak pernah Kembali lagi dari
situ. Kemudian JibrailA.S. membawaku ke Sidratul Muntaha, lalu mendapatkan
sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah dan buahnya sebesar kendi.
Setiap kali dia tertutup dengan daun tersebut dan dengan kehendak Allah SWT,
dia berubah hingga tidak satupun makhluk Allah yang sanggup mengungkap
keindahannya. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepadaku mewajibkan solat 50 kali
sehari semalam.
Sesudah itu aku turun ke tempat Nabi
Musa A.S. dan Nabi Musa bertanya, “Apakah yang diwajibkan Allah keatas Umatmu?”
“Solat 50 kali,” jawabku. Maka berkatalah Nabi Musa, “Kembalilah kepada Allah,
mintalah keringanan sebab umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri
telah mencuba terhadap Bani Israil.” Kata Rasulullah SAW, “Baiklah, aku akan
kembali kepada Allah SWT untuk mendapatkan keringanan bagi umatku.”
Dipendekkan cerita setelah berulang-alik
Rasulullah bertemu Allah dan Nabi Musa A.S. beberapa kali maka Allah
mengurangkan Solat yang tadi awalnya sebanyak 50 kali sehari semalam menjadi
kepada 5 kali sehari semalam, Maka Rasulullah SAW kembali kepada Nabi Musa A.S.
dan berkata, ”Allah menguranginya kepada 5 kali sehari semalam.” Maka kata Nabi Musa A.S., “Umatmu tidak akan
sanggup menunaikan sebanyak itu. Kembalilah kamu kepada Allah SWT dan mintalah
keringanan untuk umatmu.”
Kata Rasulullah selanjutnya, “Aku
berulang ulang pulang pergi antara Allah SWT dengan Nabi Musa A.S. sehingga
akhirnya Allah SWT berfirman, “Kesimpulannya ialah solat 5 kali sehari semalam.
Bagi setiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh kali solat; maka
jumlah nilainya 50 juga.”
“Dan sesiapa yang bermaksud hendak
berbuat kebajikan tetapi tidak dilaksanakannya, maka dituliskan untuknya
(pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakan maka ditulisnya sepuluh
kebajikan. Dan sesiapa yang bermaksud hendak berbuat kejahatan tetapi tidak
dilaksanakannya, maka tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika
dilaksanakan kejahatan itu maka akan ditulis baginya cuma satu kejahatan
(dosa). Aku telah berulang alik kembali minta keringanan bagi umatku sehingga
aku merasa amat malu kepadaNya.”
Begitulah cerita bagaimana terjadinya
sembahyang 5 waktu sehari semalam. Waallahualam.
RENUNG-RENUNGKANLAH
apa yang dikatakan oleh Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW dan SELAMAT BERAMAL DI BULAN
RAMADHAN AL-MUBARAK
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sakit Tulang Belakang Part IV
Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...
-
Salam........ Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau ...
-
Baru-baru ni aku ada terbaca entry pasal Pilih antara gomen atau swasta kat SINI . Lalu aku rasa terpanggil plak nak wat entry ini..Ini ada...
-
Kali ini aku nak kongsi satu cerita jenaka kat korang semua dan harap ada yang puas hati dan akan terus follow blog aku slalu ye…. Jom k...