Salam........
Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau Cakera Tergelincir kat sini so kali ini aku nak wat entri psl bagaimane kesakitan & keperitan serta masalah sampingan dan ubatan yg aku makan. Bkn apa, niat aku cume nak kongsi pade semua bagaimane penyakit ini menjejaskan kehidupan aku secara langsung & tidak langsung.
Okay, sekali lagi aku nak bagitau kat korang yg aku ni dah hampir 11 tahun menanggung penyakit ini tetapi aku baru tau je sejak 2005 apabila aku kerap sakit belakang & mintak doktor menjalankan pemeriksaan MRI pada aku..Gila kau! dah banyak kali sakit dan Xray tapi tak jumpe ape ape sakit pun..mau tak angin 1 badan..sebelum ni pn aku keje sbg warehouse supervisor & secara tak langsung keje aku ni melibatkan kena angkat barng berat2 jadi semakin kerap ar aku ni sakit belakang...
Apabila keputusan MRI aku kuar dan setelah berjumpe ngan Ortopedik kat HKL aku dibeitahu yg disc aku di L3/L4, L5/S1 dh prolapse serta ada Degenerative spine kira penuaan tulang belakang la senang crite..
Sejak dari itu masalah aku semakin bertambah dari hari ke hari al-maklumlah bila aku ni dh sakit pinggang kompom2 r aku MC sbb nk baring je kat umah... Setiap 3 bulan aku perlu mengadap doktor kat HKL utk mendapatkan rawatan (yg mana sbnarnya hanya utk ambil ubat je pun) tunggu berejam-jam kat sana. Setiap kali jmpa doktor, benda yg sama akan diberitahu pd aku iaitu terus makan ubat...asyik makan ubat je r sampai pada 1 tahap aku jadi menyirap & 'sound' kat doktor tu...bukan ape setiap kali temujanji aku akan berjumpa doktor yg berbeza-beza...pelik gak aku mcm mana depa ni nk tau perkembangan aku dgn hanya membaca laporan yg ditulis doktor yg lalu...
Setelah agak lama akhirnya aku ditemukan dgn senior doktor boleh dikatakan dia bos ar bagi Spine Team kat HKL..doktor tu tanya aku apa yg aku nk dorang buat??????? Apa punya gile ar doktor ni!!! dia tanya aku plak & aku tertanya-tanya pd diri aku?? Aku doktor ke dia Doktor????? sepatutnya dorang ni ar yg ada plan utk aku jika setelah bertahun aku mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan????? Doktor tu plak bagitau kat aku yg umur aku (masa tu 30-an) tidk boleh dibuat pembedahan tetapi pembedahan hanya dilakukan pada pesakit yg berumur 50-an shj.. nmpak gayanya aku terpaksa tunggu 20 taun lg utk menanggung kesengsaraan aku ini...
Gila tu...kalau bila time sakit aku kekadang sampai tak bole tegakkan badan aku dan ada masanya aku terpaksa merangkak untuk ke bilik air... bukan itu sahaja aku sentiasa merasa kebas di kaki, ngilu-ngilu dan merasa seperti terkena kejutan elektrik yg sentiasa mengalir kat kaki aku ni...bahagian pinggang jgn ckp ar sentiasa rasa seperti kena hempap dgn benda berat aje..
Mcm ni lah lebih kurang keadaan aku bila terlalu sakit |
Sehingga kehari ini aku hanya diarahkan utk mkn ubat sahaja dan begitulah seterusnya hinggalah jika aku ada duit atau aku dh berumur 50-an...sebenarnya aku bukan lah nk sgt operate tapi apa yg aku nk biarlah aku ni kekal sihat dan cergas mcm dolu dolu...Sekarang ni aku dh tak bole nk bersukan, main bola, futsal, atau apa saja jenis sukan termasuk lah joging...hidup aku terus tension bila jadi mcm ni sbb dulu aku sorang yang aktif bersukan skang ni aku hanya dpt memerhati dan melihat je org lain bersukan....
Celebrex 200mg |
Tramadol 50mg |
Apo-gabapentin 300mg |
Apo-Gabapentin 600mg (mkn mlm je) |
Paracetamol 500 |
Masalah yang paling utama apabila org lain mempertikaikan penyakit aku ni..sbb aku berbadan besar dan fizikal aku tidak menampakkan aku ni sakit jadi org lain hanya menganggap aku hanya mencipta alasan dgn mengatakan aku ni sakit tulang belakang...Apa daya aku org sekeliling anggap aku penipu dan kaki ponteng sbb aku selalu sgt MC doktor pula tidak mengambil sebarang langkah bagi mengurangkan kesakitan aku.. jadi apa yang mampu aku lakukan????? BERSERAH AJE PADA ILAHI....itulah yg aku mampu lakukan.
Mungkin jika keadaan aku mcm ini mereka ini semua akan memahami dan akan simpati pada keadaan aku.
Sebaliknya.......
Sapa nak caye lau bdn aku sihat mcm ni |
Hakikatnya
Beginilah keadaan aku di dalam |
Pada yg tak mengalami sakit ini..anda perlu memahami keadaan pesakit tulang belakang ni kerana kami bkn berlakon tp realitinya mmg kami ini sakit meskipun fizikal dan luaran kami nampak sihat tapi hakikatnya hanya ALLAH yg tahu....
Skang ni aku masih lagi sakit dan skang aku mendapatkan rawatan di Ortopedik HUKM, Pain Clinic HUKM dan Psikologi HUKM......
Semua ni hanya menambahkan stress dalam pala otak aku sbb skang ni pihak majikan aku cuba nak cari kesalahan aku agar aku dpt dibuang dari kerja almaklumlah sapa nk pekerja kaki ponteng kan