Translate

28 June 2012

Sakit Tulang Belakang atau Disc Prolapse (PID)

Salam........

Entri aku sebelum ini ada menceritakan tentang Kenali Tulang Belakang Anda dan aku juga dah cerite psl Disc Prolapse atau Cakera Tergelincir  kat sini so kali ini aku nak wat entri psl bagaimane kesakitan & keperitan serta masalah sampingan dan ubatan yg aku makan. Bkn apa, niat aku cume nak kongsi pade semua bagaimane penyakit ini menjejaskan kehidupan aku secara langsung & tidak langsung.

Okay, sekali lagi aku nak bagitau kat korang yg aku ni dah hampir 11 tahun menanggung penyakit ini tetapi aku baru tau je sejak 2005 apabila aku kerap sakit belakang & mintak doktor menjalankan pemeriksaan MRI pada aku..Gila kau! dah banyak kali sakit dan Xray tapi tak jumpe ape ape sakit pun..mau tak angin 1 badan..sebelum ni pn aku keje sbg warehouse supervisor & secara tak langsung keje aku ni melibatkan kena angkat barng berat2 jadi semakin kerap ar aku ni sakit belakang...

Apabila keputusan MRI aku kuar dan setelah berjumpe ngan Ortopedik kat HKL aku dibeitahu yg disc aku di L3/L4, L5/S1 dh prolapse serta ada Degenerative spine kira penuaan tulang belakang la senang crite..

Sejak dari itu masalah aku semakin bertambah dari hari ke hari al-maklumlah bila aku ni dh sakit pinggang kompom2 r aku MC sbb nk baring je kat umah... Setiap 3 bulan aku perlu mengadap doktor kat HKL utk mendapatkan rawatan (yg mana sbnarnya hanya utk ambil ubat je pun) tunggu berejam-jam kat sana. Setiap kali jmpa doktor, benda yg sama akan diberitahu pd aku iaitu terus makan ubat...asyik makan ubat je r sampai pada 1 tahap aku jadi menyirap & 'sound' kat doktor tu...bukan ape setiap kali temujanji aku akan berjumpa doktor yg berbeza-beza...pelik gak aku mcm mana depa ni nk tau perkembangan aku dgn hanya membaca laporan yg ditulis doktor yg lalu...

Setelah agak lama akhirnya aku ditemukan dgn senior doktor boleh dikatakan dia bos ar bagi Spine Team kat HKL..doktor tu tanya aku apa yg aku nk dorang buat??????? Apa punya gile ar doktor ni!!! dia tanya aku plak & aku tertanya-tanya pd diri aku?? Aku doktor ke dia Doktor????? sepatutnya dorang ni ar yg ada plan utk aku jika setelah bertahun aku mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan????? Doktor tu plak bagitau kat aku yg umur aku (masa tu 30-an) tidk boleh dibuat pembedahan tetapi pembedahan hanya dilakukan pada pesakit yg berumur 50-an shj.. nmpak gayanya aku terpaksa tunggu 20 taun lg utk menanggung kesengsaraan aku ini...

Gila tu...kalau bila time sakit aku kekadang sampai tak bole tegakkan badan aku dan ada masanya aku terpaksa merangkak untuk ke bilik air... bukan itu sahaja aku sentiasa merasa kebas di kaki, ngilu-ngilu dan merasa seperti terkena kejutan elektrik yg sentiasa mengalir kat kaki aku ni...bahagian pinggang jgn ckp ar sentiasa rasa seperti kena hempap dgn benda berat aje..

Mcm ni lah lebih kurang keadaan aku bila terlalu sakit

Sehingga kehari ini aku hanya diarahkan utk mkn ubat sahaja dan begitulah seterusnya hinggalah jika aku ada duit atau aku dh berumur 50-an...sebenarnya aku bukan lah nk sgt operate tapi apa yg aku nk biarlah aku ni kekal sihat dan cergas mcm dolu dolu...Sekarang ni aku dh tak bole nk bersukan, main bola, futsal, atau apa saja jenis sukan termasuk lah joging...hidup aku terus tension bila jadi mcm ni sbb dulu aku sorang yang aktif  bersukan skang ni aku hanya dpt memerhati dan melihat je org lain bersukan....

Celebrex 200mg

Tramadol 50mg

Apo-gabapentin 300mg




Apo-Gabapentin 600mg (mkn mlm je)

Paracetamol 500









 
Masalah yang paling utama apabila org lain mempertikaikan penyakit aku ni..sbb aku berbadan besar dan fizikal aku tidak menampakkan aku ni sakit jadi org lain hanya menganggap aku hanya mencipta alasan dgn mengatakan aku ni sakit tulang belakang...Apa daya aku org sekeliling anggap aku penipu dan kaki ponteng sbb aku selalu sgt MC doktor pula tidak mengambil sebarang langkah bagi mengurangkan kesakitan aku.. jadi apa yang mampu aku lakukan????? BERSERAH AJE PADA ILAHI....itulah yg aku mampu lakukan.





 Mungkin jika keadaan aku mcm ini mereka ini semua akan memahami dan akan simpati pada keadaan aku.

Sebaliknya.......

Sapa nak caye lau bdn aku sihat mcm ni
Hakikatnya 

Beginilah keadaan aku di dalam

Pada yg tak mengalami sakit ini..anda perlu memahami keadaan pesakit tulang belakang ni kerana kami bkn berlakon tp realitinya mmg kami ini sakit meskipun fizikal dan luaran kami nampak sihat tapi hakikatnya hanya ALLAH yg tahu....

Skang ni aku masih lagi sakit dan skang aku mendapatkan rawatan di Ortopedik HUKM, Pain Clinic HUKM dan Psikologi HUKM......

Semua ni hanya menambahkan stress dalam pala otak aku sbb skang ni pihak majikan aku cuba nak cari kesalahan aku agar aku dpt dibuang dari kerja almaklumlah sapa nk pekerja kaki ponteng kan



107 comments:

  1. mmg stress a/bila org sekeliling x memahami sakit yg dialami. Info dan sharing yg baik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sakit ini mmg susah sbb sakit jenis ini adalah kesakitan yang tidak nmpk namun kesakitan yang ditanggung cukup menyiksakan hinggakan terasa nk menubuhkan group sakit tulang belakang agar ramai dpt berkongsi masalah dan berkongsi cerita..anyway thanks

      Delete
    2. ~~ok jgk tubuh kn group tu~~kesian kita~~~tp org xpaham~~~n xkan paham~~~hanya tau mengutuk je~~~!! sedeh~~~!!!

      Delete
    3. As salam. Klu ada rezeki lbh bk bt operation sgr d hsptl swasta. Sy fhm sgt mslh encik coz sy jg ada mslh yg sm l5 & l4 serta kerosakan disc s1& s2. Mcm tu lah jg lynn di hsptl kerajaan HTAA d kuantan. Sejak thn 1998 sy sakit akhir thn 2012 tulang sy dah patah dan paralised 1/2 bdn. Mmg org x nmpk coz sy msh
      blh bergerak tp hy kita ys rs siksanya utk bergerak. Recently sy dah mampu beli insuran dan dah bt operation d hsptl swasta. Disc yg rsk d kluarkn & d gantikn dgn titanium disc manakala tulang shrink down di angkat blk & d skru. Alhamdulillah semenye brjln lancar. Sy hrp en jg dpt menyelesaikn mslh sblm encik paralised mcm sy. Fir yr info sy pun berusia awal 30an.

      Delete
    4. Anonymous: InsyaAllah nnt sy akn wat 1 group supaya semua pengidap sakit tulang belakang ni boleh kongsi info dan feeling sesama kita moga tiada yg dpt penyakit mental plak

      Zan Aizan: kalau ada wit mmg dh lama sy ke swasta wat operation tp kewangan terbatas jd terpaksa menanggung kesakitan ini..nmpknya..

      Delete
    5. Samalah, saya pun PESAKIT PID, cumanya beza disini saya mendapat rawatan yang sangat baik dari Doktor ORTHO saya ( Dr Fuad dan Dr Zafri ) di HAT Kem Terendak. sakit saya d pun dikesan segera, selepas 6 hari warded, saya homeleave 2 minggu, lepas tu terus buat MRI. doktor cadangkan operate, cuma saya banyak kali minta tunda sbb masih ada sisa2 kekuatan untuk bergerak walaupun terbatas. pesakit PID memang ramai yang xboleh faham, ramai akan kata kita mengada2 sbb mereka xrasa, sakit kita xmacam org patah kaki masuk besi, luaran kita normal je. kalu kita adalah pesakit PID, penyelesaian terbaik memang operation saja. semoga kita dapat share banyak ilmu ttg PID dan boleh tenagkan dan tetapkan pendirian untuk jalani operation. Anda boleh jugak jenguk2 blog saya : http://nashpunya.blogspot.com/
      ada jugak info2 tentang PID. saya ada Ostheosrtritis lagi ni.... lagi terbatas pergerakan...

      Delete
    6. ermm..skrg ni sy kerap sakit pinggang sebelah kiri. Pada mulanya sy hanya mengabaikan. Tetapi sekarang ini sy telah kerap kebas di kaki kiri sehingga ke tumit. Adakah itu salah satu gejala? sy belum pernah berjumpa doktor.

      Delete
    7. Sebulan lalu sy mengalami lenguh pinggang. Baru2 ini semakin sakit sehingga krem di betis kaki kiri dan sakit tumit kaki kiri jga. Semakin tidak selesa apabila sy duduk terlalu lama dan mencangkung. Adakah ia salah satu tanda? Utk makluman sy pernah berkerja mengangkat benda yg berat 4 thn lalu.

      Delete
    8. Erm besar kemungkinan tapi utk lbh afdal saya cadangkan tanya pendapat doktor coma skit ditapak tumit biasanya berkait dgn berat badan Dan bknnya slip disc

      Delete
    9. salam kalau buat oprtion ok ka...sbb 18hb ni saya kena jmpa doktor sma ada buat oprte ke x..risau laa

      Delete
    10. kalau buat oprtion ok ka kwn2 saya skit yg sma jgak

      Delete
    11. Bab operate ni xbrani nk komen sbb sy pn kna buat kputusan nk operate atau nk tanggung je mcm ni..kalau ikut kata doktor mcm low risk mksdnya xkn lmph cma dia x jamin sakit pinggang tu akn berkurangan..

      Delete
    12. Bab operate ni xbrani nk komen sbb sy pn kna buat kputusan nk operate atau nk tanggung je mcm ni..kalau ikut kata doktor mcm low risk mksdnya xkn lmph cma dia x jamin sakit pinggang tu akn berkurangan..

      Delete
    13. sy pn mgalami mslh yg sme...sy pnh jtuh mse kcik2 tp xpnh xray..sy mmg da lame sakit tulang blkg tp msih bley than..tp sjak bln ni..sakit nye trlalu xthan..tpkse ambik ubt than sakit..tp jp je..pastu sakit blik..sy sakit dr tulang blkg snpi ke pinggang kiri..sy bdri agak lame pn da bt sy sakit..tp org nmpk sy mcm normal..tp sakit tu hanya kte je yg thu.

      Delete
  2. ~~~salam~~~mmg btul~~~sakit ni xtertanggung kalau skali dtg~~~ sy pun mgalamai masalah tulang blakang pid L4L5~~~kalau kene mmg menangis tahan sakit~~~Bongkok mcm org tua~~~nk makan ubt pun dah x larat nk makan~~~~sape yg x rasa mmg xtau~~~~hanya tuhan yg tau~~~~~sabar ye~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dan InsyaAllah dh hampir 12 thn pn bersabar dan dlm tempoh tersebut dh byk tmpat keje yg bertukar sbb majikan xle trima staf berpenyakit yg selalu xdtg kerja...

      Delete
  3. assalamualaikum.. sy juga merupakan penghidap pnyakit ni... di usia yg muda iaitu 18thn dan merupakan seorang perempuan... yg sedih nye mmg ramai org xpercaya kalau sy kate sy sakit tulang blakang.. kerana tubuh badan sy nmpak sehat.. sama seperti anda..sebarang ubat2 yg dokter bg mmg sy xmkn sbb bile makan pun x ade sebarang kesan pon.. waste time je telan ubat yg banyak2 tu.. sekarang sebarang aktiviti lasak yg sy gemar lakukan dulu pon sy da x bole buat lagi.. mmg sedih bile dapat taw sy sakit macam ni.. sampai kan.. ade org yg mempertikai kan sama ade sy bole mendapat kan zuriat krne sakit ni akan menjejaskan lagi kesihatan sy bile mengandung kelak.. mmg sedih sangat2.. harap2 ade jalan penyelesaian untuk sakit ni.. kerana... mmg derita la sakit ni.. smua aktviti yg nk dilakukan sangat la terbatas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. soal percaya atau mendapat kepercayaan dari pihak lain berkenaan sakit ini mmg susah lebih-lebih lg jika bdn anda bersaiz besar mcm sya.. ramai org sekeliling menilai kita berdasarkan saiz tubuh badan so bila badan besar kompom sihat tp dorang smua xtau bkn smua badan besar itu sihat dan bukan semua org tua yg berpenyakit.. anyway, sya rasa mgkn tiada masalah utk mendapatkan zuriat cma bila awk mengandung nnt kesakitan belakng itu pasti akn lebih menyakitkan.....

      Delete
    2. assalamualaikum.. sama la sya pn idap sakit blakang.sejak lepas cizer ank bongsu 7 tahun dh usia ank. tpi still sakit blakang smpai skg. taktau nk buat apa dh.

      Delete
  4. sy pnh mngalami sakit tulang belakang selepas mlahirkn anak seberat 4.16 kg. slame 5 thn mncari, alhamdulillah, slps sy mnggunakan produk ksihatan ini scr konsisten, tnpa sy sedar sakit tulang blkg tiada lg..

    017-7855382

    ReplyDelete
  5. As salam saudara....

    Saya amat memahami masalah saudara ini. Saya juga mengalami masalah macam saudara sejak thn 2000. Dulu saya pun pergi ke hospital kerajaan HTAA kuantan. Malangnya, wlpn telah dirujuk sehingga ke pakar orthopedic nmn x byk benda yg mereka bt. Hy dgn 1x x-ray, phisio & pain killer. Mmg x de improvement pun bg saya. Sehingga hampir 1 thn mndptkn rwtn, mereka pun x mahu bt siasatan lanjut @ MRI. So saya pun fade up dan stop ke hsptl.

    Saya cuba berubat secara tradisional pula. Untuk beberapa tahun, saya rasa ok sikit tapi dlm keadaan yg sgt kurang selesa untuk mnjlnkn byk xtvt. Pada thn 2010, saya tiba2 tidak boleh berdiri straight & kaki saya krem setiap mlm. Pada masa itu saya sdh mmpunyai 3 org anak. Alhamdulillah, suami sgt prihatin & bw sy ke Ktn Medical Centre. Sy bt MRI dan brlh di kesan yg disc sy telah haus thp 4 yg mengakibatkan tulang belakang sy telah tertolak ke depan. Doktor ada menyarankn sy utk mnjlnkn operation tetapi sy msh mh bertahan. Saya mncb perubatan alternatif di pusat rawatan tulang & saraf di SanoLife. Buat masa 2 1/2 thn, sy rs ok coz tiada lg rs krem & kebas2.

    Namun, walaumacammana pun pada pertengahan oktober 2012 sy tiba2 tidak boleh berjalan. Kedua2 kaki saya kebas, sebelah badan kiri saya kebas sampai ke muka & ada masanya saya juga menjadi bengkak sebelah badan. Saya pergi ke Kuantan Specialist Hospital & doktor mengesahkan yg tulang belakang sy telah patah akibat disc yg semakin menipis & membuatkan tulang2 yg lain melurut ke bwh.

    Untuk memuaskan hati, saya pergi pula ke Selangor Medical Centre untuk mendptkn 2nd opinion. Doctor menasihati sy supaya menjlnkn pembedahan segera sebelum saya lumpuh. Akhirnya, saya mnjlnkn pembedahan pada 3/12/12 & hasilnya slps 3 hari saya sdh boleh berjln semula. Sekarang sy berehat di rumah & sentiass berlatih berjln. 2 drpd disc yg rosak & kering itu di keluarkan & digantikan dgn titanium disc manakala 4 skru dimasukkan untuk mengangkat balik tulang yg jatuh ke bawah itu.

    Untuk saudara yg menderita....sy nasihatkan agar segera membuat pembedahan sekiranya dinasihati doktor. Memang bkn semua org mampu dgn kos pembedahan yg tinggi tetapi begitulh keadaannya jika kita drpd awal mndptkn rwtn d hsptl kerajaan. Selagi belum lumpuh, rawatan serius tidak akan diberi.

    Alhamdulillah sy sempat membeli insuran (medical card) pd thn 2003. Klu tidak tentu x mampu jg nak bt operation. Moralnya di sini, kesihatan amat penting & hy org yg mengalami sakit ini shj yg faham keadaannya krn ia tidak mengubah sebarang bentuk fikizal. Saudara mesti kurangkan berat badan agar tidak menjadi lebih terbeban. Moga2 Allah memudahkan urusan saudara. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Terima kasih.. sebenarnya sya mmg dh lama nk operate tp mslh skang adalah sya menggunakan GL setiap kali rawatan di Hospital dan pd pengamatan sya apabila bil perubatan anda ditanggung oleh Kerajaan maka urusan2 perubatan yg melibatkan kos yang besar akn ditangguh atau di 'hold' sampailah keadaan anda menjadi kritikal namun itu hanyalah pandangan dr sya dan sya amat hargai crite dan pandangan dr anda.. mgkn lepas ni kita boleh berkongsi cerita bagaimana nk control pain atau pain management

      Delete
  6. http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/galleri-rawatan-kesakitan-kronik.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog Dr. Nizar ni mmg dh lama sya baca namun masalahnya apabila blog beliau lama dh x update... Jika berdasarkan dr cerita Dr. Nizar rawatan kesakitan ni mcm senang je cma yg susahnya adalah nk jmpa Dr. Nizar tu sndri.

      Delete
    2. Alhamdulillah sy pm doc nizar di fb dan beliau jawab msge sy dn suruh dtg buat temujanji, sy baru dpt thu ada slip disc l4/l5, skrg dh mc 3 mgggu

      Delete
    3. skrng awak mcm mna dh buat oprtion ke?

      Delete
    4. Saya blm lg operate tp 6.8 yg lalu dh brjmpa dktr pakar HKL Mr Goh namanya pakar bedah di HKL, beliau beri masa sebulan tuk pikir bila nak operate sbb dh xde cara lain katanya. Jika buat facet dan ESI (Steroids injection) pn xde guna hanya operate je solution nya.. Kata beliau disc L5/S1 smakin membonjol keluar lbh baik dibuang dan diskrukn saja tulang trsebut. Mslhnya ramai yg bgtau operate bkn jln terbaik tp sakit sy smakin truk.. Dan dgn mudahnya setelah bertahun doktor tu sain borang JKM (OKU) dan juga borang socso jadi nmpk sgt yg keadaan sy smakin parah..
      Sy jd buntu skang yg tinggal hanya Istikharah memohon ptunjuk dari Allah S.W.T

      Delete
  7. saya adalah slh seorang pesakit prolapse disc ni..mmg menyakitkan klu sesekali dia menyerang.dua tahun jugak saya buat fisio d hukm dl, skrg dan hr ni masalah sy menyerang tulang leher dan belikat...tuhan yg tahu betapa sakitnya dan tgn semua lenguh smpi meleleh air mata xdpt tido...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnarnya sakit tulang blkg ni akan lebih kronik dr hari ke hari dan bkn nya akn berkurangan.. ubat yg dibekalkan oeh pihak HUKM kpd sya tu pun hanyalah pain killer yg hanya dpt membendung sekejap je (itupun kalau sya balun lbh dr yg Doktor srh) Sakit ini akn lebih menyakitkan apabila otot dibelakang kejang dan mengeras dan masa itu pergerakan mmg ckp menyukarkan...

      Delete
    2. Assalamualaikum saudari,
      Mcm mana dgn spine tuan?
      Sudah diubati ke?

      Saya juga pernah melalui kesakitan slipped disc ni dan dah operate pada Aril 2011.
      Sekarang saya consume supplement untuk joints and bones.
      Alhamdulillah, dah 2x mengandung tanpa masalah :)

      Supplement yg saya amalkan ialah
      Shaklee OsteMatrix, Advance Joints Health Tablets dan Omega Guard.
      Juga tambahan Vivix untuk diminum (liquid solution)

      Jika tuan nak mencuba, boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 017-3490890. Saya tak jual, tapi akan tolong belikan dan poskan kepada tuan.

      Semoga tuan sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

      Delete
  8. As salam semua,

    Utk rwtn di rmh, bila rs sakit blh gunakan hot pad/tungku/sauna belt atau apa2 yg panas, ltkkn di bhgn yg sakit. Klu nak urut blh urut di urat shj, jgn urut tulang yg sakit tu, urut d bhgn sekitarnya shj. Klu kaki kebas @ krem, rendam 20minit dlm air panas. Klu ada garam bukit blh ltk dlm air panas tu, lps rendam sapu minyak panas d kaki tu utk lncrkn perjlnn drh. Insyaallah blh lah lega ckit. Itulah yg sy lakukan selama bbrp thn ini. Mkn mesti jg, jgn mnm ais/aijinomoto/minuman berkarbonat. Setiap pagi & mlm, baring & luruskan kaki, perlahan2 angkat kedua2 kaki(dlm keadaan lurus) ke atas. Itulah senaman utk kuatkan otot & tlg blkg d samping kempiskan perut. Buatlah at least 10-20kali. Perut pun blh kempis coz klu perut buncit, akan mmberi lbh presure kp tlg blkg anda. Insyaallah anda dpt mlwn sakit itu klu amalkn tips2 ini. Slmt mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx 4 the info dan hopefully ramai yg dpt memanfaatkan cara ini agar dpt mengurangkan rasa kesakitan yg ditanggung

      Delete
    2. As salam.... Sya slh seorg pesakit slipe dics di L5&S1, masalah nya ... Saya sdg mengandung 4bln... Doc tlh menyatakan tiada ubat2an@cara yg blh dilakukan shigga sya slmt melahirkan bby... Blh kah produk shaklee ini mengurang pndritaan yg sya tggung? Utk makluman juga, sya seorg pesakit hipotyroid dlm masa yg sama...

      Delete
    3. Entahla sy pn lum try produk shaklee atau mn2 produk pn

      Delete
  9. HM...kita sama,tapi sya msih mudah dah kena penyakit ny...

    ReplyDelete
  10. salam..ramai juga ya yg menghadapi masalah yg sama mcm sy. sy menderita penyakit prolapsed disc L4/L5 ini hampir 9 tahun. sy dah dua kali menjalani pembedahan tulang belakang di HUKM iaitu pada Mac dan Mei 2012 yg lps dan sekali nerve injection. selepas operation pun keadaan masih tak banyak berubah.sampaikan sy terpakse berhenti kerja disebabkan terlalu kerap MC.sekarang hidup hanya bergantung dgn ubt yg dibekalkan hospital tapi kesakitannya tetap tak berkurang dan kehidupan banyak berubah disebabkan penyakit ini. moga satu hari nanti saya boleh sihat seperti biase. Dan utk anda semua yg menghadapi masalah yg sama, moga dikuatkan semangat mengharungi kesakitan ini.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing so kiranya oprtion pn blm tntu mnjamin bole sihat?????

      Delete
  11. salam. saya lin. saya mula sakit tulang belakang ni tahun 2005 umo 17 tahun. masa tu eksiden, tp xde pun sakit mana2 tapi dalam masa sebulan pas eksiden, saya pengsan dan bila sedar tak leh bangkit. dokter xray dan nmpk tulang belakang bengkok C. masa tu dok dalam wad dalam keadaan terlantar je selama 1bulan. abes badan naik ruam sume. pastu p fisio dan rase makin fit tahun 2007. tapi baru 3ari lepas kaki mula kebas, sakit belakng yg teramat sangt. n p hospital kerajaan dah tau da mesti kena tgu lama. last2 wat keputusan p PPUM. bengang nye, sakit mcm org gila tapi kena tunggu dari kul 5ptg sampai 9mlm baru dapat jumpa dokter. ase nk lempang dia laju2 je. then bila da jumpa dokter, dia xray n terang2 nampk bengkok yang da jadi S.. tapi dia leh ckp "tulang belakang awak NORMAL" terbaek la dokter ni. buta kot.. then dia bg mc sari n ubat celebrex je.. pandai kan.. now i dok tgu gaji nak p Quill Ortho. Geram tol dokter sekarang ni. kita risau n sakit dia leh wat dono je.. :(


    ****kalau saya banyak duit, dah lama saya p specialist..tapi skrg kena tgu gaji..so sabar je la jap****

    ReplyDelete
  12. salam. saya lin. saya mula sakit tulang belakang ni tahun 2005 umo 17 tahun. masa tu eksiden, tp xde pun sakit mana2 tapi dalam masa sebulan pas eksiden, saya pengsan dan bila sedar tak leh bangkit. dokter xray dan nmpk tulang belakang bengkok C. masa tu dok dalam wad dalam keadaan terlantar je selama 1bulan. abes badan naik ruam sume. pastu p fisio dan rase makin fit tahun 2007. tapi baru 3ari lepas kaki mula kebas, sakit belakng yg teramat sangt. n p hospital kerajaan dah tau da mesti kena tgu lama. last2 wat keputusan p PPUM. bengang nye, sakit mcm org gila tapi kena tunggu dari kul 5ptg sampai 9mlm baru dapat jumpa dokter. ase nk lempang dia laju2 je. then bila da jumpa dokter, dia xray n terang2 nampk bengkok yang da jadi S.. tapi dia leh ckp "tulang belakang awak NORMAL" terbaek la dokter ni. buta kot.. then dia bg mc sari n ubat celebrex je.. pandai kan.. now i dok tgu gaji nak p Quill Ortho. Geram tol dokter sekarang ni. kita risau n sakit dia leh wat dono je.. :(


    ****kalau saya banyak duit, dah lama saya p specialist..tapi skrg kena tgu gaji..so sabar je la jap****

    ReplyDelete
  13. salam saya lin. saya de tulang belakang bengkok S. tahun 2005 dulu saya eksiden, tapi xde pape pun sakit masa tu. just lebam2. tapi pas sebulan, saya pengsan n bila sedar susah nak bangkit. dokter wat xray, dan nampak tulang saya bengkok C. masuk wad sebulan tak leh bangun dan badan abeh ruam2. 2007 last fisio. n rasa mcm da ok. kuat la sikit badan ni. tapi 3 ari lepas, saya mula kebas kaki dan sakit tulang belakang. p PPUm dgn harapan cepat la dpt rawatan banding hospital kerajaan. sampai kul 5ptg, kul 9mlm bru dokter panggil. geram tol punya la lama. dia xray n saya nampk tulang belakang saya bentuk S. Astgafirullah al azim. ase nak nangis je. n dokter cakap "tulang belakang awak normal, tak de bengkok pun. so i tak tau nape kaki u kebas.u makan ubat tahan sakit je." Masyaallah, dokter buta ke. terang2 saya nampk S. n jwpn dia sgt tak bertanggungjawab. n MC sari je ok... :( sakit ni tuhan je tau..

    **kalau saya ade duit, da lama saya p Quill Ortho..** 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mmg nasib sbb bila pi spital kerajaan ke atau separa kerajaan cam HUKM, PPUM ataupun HUSM sekalipun begitulah jawapan mereka bagaikan acuh x acuh je... nak wat camne nasib kita pengidap Disc Prolapse la...

      Kita sebenarnya kena ada support group mcm kat luar negara tu.. disana mereka ada support group utk org sakit kanser, masalah ketagihan, masalah mental dll..

      Sesapa yg PID mrk bkn saja sakit tapi bertambah stress dgn fizikal srta mental masing2...

      Delete
  14. assalamualaiku...sama la ngan saya...org tgk luaran sht je..tp bila datang sakit mmg x boleh nak wat ape..nak baring je...ni dah 3 hari mc sbb sakit sgt2..tp staff ofc mcm x percaya...xpe la..Allah S.W.T je yg tau...nak menyapu lantai pn azab...terbongkok2 mcm nenek..moga kita semua akn sht spt sediakala nanti..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak wat camne perkara ni semua xleh nk elak bkn kita mnta sakit ni tp dh Allah nk beri.. Biasala bila kita asyik mc org akan pertikaikan mc kita walaupun mc tu diberikan oleh spital krjaan.. Sy dh lalui selama 11 tahun perkara ni dh dh byk kali diambil tindakan displin sbb kerap mc

      Delete
  15. Saudara Man Skulkerz, tuan pernah dengar RAWATAN KATIL HABA CERAGEM, jika dah ok, jika belum boleh cari kat google tu, kawan kawan yg dah cuba, insyallah berkesan, lagi pun orang KOREA bagi percuma saja (013 354 4498)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blm pernah dgr lg ni pertama kali dgr InsyaAllah sy akan google nnt

      Delete
  16. salam terbaca kisah anda,, memang simpati dan menakjunkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih sedara..ini adalah perkara sebenar yg bkn direka2.. Sy berkongsi agar ada insan diluar sana yg menghina, mengutuk, mengeji agar mrk ini faham keadaan dan kesakitan yg ditanggung oleh pesakit PID.

      Delete
  17. as'salam..

    saya pun ada masaalah yang sama..
    moga kita kuat untuk mengharungi kehidupan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cuma ada masanya agak bersedih pabila org sekeliling tidal memahami kesakitan yang ditanggung

      Delete
  18. Sila lawati page kami untuk rawatan ini:

    https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre

    ReplyDelete
  19. Sy dah 3tahun menderita akibat kemalangan... segala aktiviti lasak trpaksa dihentikan.. tambahan pula sy seorg mekanik kereta. Skrg mampu brjalan mcm biasa.. tp kebas.. lenguh.. sengal berdenyut kt tulang blkg 24jam.. dah tktau nak buat apa lg dah.. berubat berusaha..

    ReplyDelete
  20. Saya L5S1, Sy pon selalu mcm saudara, bdan sy luaran nampak sehat jer....masih boleh berjalan, alhamdulillah, tp ada masanya bila dtg skt.....nyilu kaki, kebas and kejang......pinggang pon sakit....kerap sgt mc....kawan2 pejabat mula mengata.....
    Dengar2 HR pon nak ambil tindakan terhadap saya....redhaa jela...moga ada penyelesaian.alhamdulillah tempat kerja saya cover insurans medical.tp masih berbelah bahagi untuk operation. Sy mendapat rawatan di hospital swasta.saya mmg tak sangka saya akan menhidap penyakit ni...slip disc , PID , sy taktau apa..... mula2 saya pergi ke hospital pusrawi kl sy nak cek sakit sy ni....sebab sakit sgt di pinggang kanan....sy fikir sy ada penyakit buah pinggang ke apa....tp doctor yang periksa saya tu.dr ismail namanya...mmg cekap...kejap jer dia wat test....terus suruh buat mri.....resultnya slip disc hurm....dah setahun, saya dah buat epidural injection (steroid) inject dalam tulang tu...thn lepas....alhamdulillah sakit di kaki berkurangan tp kata doc onjection tu bertahan e ke 6 bulan shj...now skit dah dtg balik sy continue fisioterapi sahaja....kadangkala rasa bosan....ubat saya dah tak makan...sy rasa kecewa sy rs x bersemangat dengan penyakit sy ni....tak semua orang paham....doctor sarankan pembedahan tapi saya takut....saya harap saya mampu bertahan untuk bekerja.

    ReplyDelete
  21. As salam. sy pun sama mengidapi skt tlng blkng since 3 years ago. dari l1,l2.l3.l4,l5.mmg terseksa jikz kesakitan itu dtng. sama sama kita berdoa, moga kita cpt sembuh..

    ReplyDelete
  22. Rawatan tampa pembedahan untuk sakit belakang terdapat pakar di HUSM Kubang Keria Dr Nizar boleh baca artikal di blog nye

    ReplyDelete
  23. Untuk rawatan sakit belakang tampa pembedahan terdapat seorang pakar di HUSM kubang kerian Dr Nizar untuk lebih maklumat baleh lawati blog beliau

    ReplyDelete
  24. Demi allah bro, citer yg kau tulis tu sama ngan trjadi kt aku cuma pnyakit kita je berbeza. Aku sakit kaki, dr kau citer jmpa pakar, ambik brbagai jenis ubat, tmasuk ubat tradisional, pakar rawatan islam. Aku bkn stakat mc brenti keje terus, sbulan 2,3 sakit tiap2 bln dr 2011 mmg mc memanjang mcm yg kau citer org skeliling pandang kta nmpak sihat tpi dorang tak rasa apa yg kta rasa mmg kta di cop kaki mc/ponteng. Aku ada juga meluahkan melalui laman2 sosial. Bkn apa mana tau dlm 1000 ada yg pngalaman sama kot2 dpt jln penyelesaian. Jmpa laa dlm google citer dia sama mcm citer aku, ditulis katanya suruh cuba rawatan bekam buang darah kotor di tempat yg sakit. Ok lah kawan2 yg sihat2 tlg doakan kami yg sakit2 ni cepat sembuh ye, tak lupa juga doakan saudara2 kita di palestin. Salam ramadhan dan salam aidilfitri....

    ReplyDelete
  25. hmmm da tak tertanggung daa sakit ne

    ReplyDelete
  26. Salam semua kaum senasib.
    Penyakit yg x de kesudahan...aku da 6 thn ngidap pid...rasa nak nangis, bkn rasa mmg nangis pon. Cam2 cara dah buat. Duit dah abis beribu , stay cam ni gak.badan npk cantik sihat, gebu..tp aksesori hancusss. Klu dtg sakit cam org x de smgt....jgnlah ada org tnya nape mendong jer muka...sat gi mesti ujan turun. apa yg kita blh buat , happy kan diri...klu jmpa doktor kita ni cam org bodo..angguk jelah...last2 blk umah ngamuk kat hubby ckp doktor bodo...LPs geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cube fisioterapi. Xnk g sepital, google je. Letak ais bile sakit..
      Alternatif lain buat suntikan streoid. Instead of telan pain killer.

      Delete
  27. Salam..saya pun mngalami masalah yg sama,bru saja didiagnoskan mengidap L5/S1 disc bulge & degenerative disc (disc mereput)..mmg org tgok kita mcm org yg sihat tp bla dh kna serang sakitnya mcm krg oku tkleh nk jalan,hanya Allah yg tau sakitnya..rasa trkena elektrik dari pinggul trn ke kaki..ubat mcm tk jln je tmbhn saya mmg takut pn nk mkn ubat sbb masih menyusu badan lg wlaupn baby dh msuk 9bln..saya sentiada berdoa agar sembuh dari penyakit ni..ada jugak baca mengenai rawatan kiropraktik,rawatan alternatif utk tulang belakang..insyaAllah akn mencuba nt..kwn2 pn blh jgk google2 ttg rawatan ni,alternatif kepada pmbedahan. Sekian,salam..

    ReplyDelete
  28. Saya pun ada pid disc prollapse, mmmmmm orang zaman ni tak macam orang dulu, zaman sekarang duit adalah keutamaan.Cuba lah yang termampu.

    ReplyDelete
  29. Zaman ni duit duit duit. Pergi medical centre settle. Kalau tak ada duit tungulah sampai bengkok Kat general hospital barulah dapat rawatan. ITU pun belum tentu lagi. Teruskan bersabar ajelah.

    ReplyDelete
  30. cuba berubat di padang siam,tanah merah,kelantan,
    paksu mat
    No rumah: 099558732
    hp : 0145320270

    ReplyDelete
  31. Saya juga disahkan mengalami prolapse disc & degenerated disc di bhgian L5 ketika baru mulakan pengajian di universiti. Sepanjang 3 thn, mcm2 rawatan yg saya buat samada moden atau alternatif. Saya pernah buat rawatan Intradiscal Radiofrequency Disc (IRF) oleh Dr Nizar. Beliau memberitahu ramai pesakit kronik yg pulih slps rawatan ini. Malangnya, saya tidak bernasib baik. Sakit rasa menyucuk & kebas dari hari ke hari hinggakan saya hilang motivasi utk belajar. Saya dah 2 kali buat ujian darah utk mengesan atritis tapi keputusannya saya bebas atritis. Saya juga pernah menjalani rawatan prolotheraphy dgn menerima 14 suntikan di bhgn belakang dan kaki. Mula2 rasa ok sikit kmudian sakit dtg spt biasa.Saya rasa sangat kecewa & tidak berminat utk berkongsi cerita kpd org lain yg tidak memahami krn secara fizikalnya, mrk lihat saya sihat aje tp hakikatnya, Allah je yg tau bgmana tpksa melalui kesakitan ini setiap hari. Masuk tahun ke 4, saya rasa lebih positif slps membuat rawatan fisioterapi di hospital dan senaman utk kuatkan otot& tulang belakang. Di samping itu, saya juga mengambil suplemen2 utk sendi & mengamalkan zikir & doa pelindung diri setiap lps solat. Saya membuat rawatan sekerap yg bole di pusat Ceragem mahupun Nuga Best yg menggunakan katil terapi. Dalam pada tu, saya kumpul duit & akhirnya dpt beli katil tsbt wpun hnya second hand. Sekurg2nya semua usaha saya ini telah bnyk membantu mengurangkan kesakitan yg saya tanggung selama ini. Saya berharap agar saya & kawan2 yg senasib tidak berputus asa & berusaha utk pulih/kurangkan kesakitan yg dialami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..awak pg la berubt kg..mksd sy btolkn blik tlg blkg cara traditional..kt jelebu.nm dia haji lu gua.fia bole btolkn blik

      Delete
    2. Harap awk dpt beri full detail sbb sy tringin nk cuba bg la contact info sbb sy rasa ramai yg nk cuba jika ok

      Delete
  32. Asalamualaikum , saya memahami masalah yang berlaku pada tuan tuan sekalian , insha Allah saya merupakan fisioterapi berpengalaman 13 tahun dan kadang kadang terdetik hati saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada dengan cara yang lebih santai dan mudah difahami,boleh lawati dan follow di blog saya akufisio.blogspot.com semoga ilmu yang dikongsi dapat memberikan manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks harap kita dpt trus follow each other

      Delete
  33. Assalam...

    Suami sy juga alami bnd yg sama..
    L4/l5.c2/c1.
    dah jalani suntikan steroid pd 2010. Alhmdulillah ok.

    Skrang ini.pada ketika ini, suami sy br lepas buat suntikan kedua utk c1&c2.

    harap sgt2 membantu. Sbb kepala dah xboleh gerak.stiff.

    Pembedahan boleh. Tp cume 80% chances akan OK.
    So kami pilih cara ini... better than mln painkiller hari2.
    pls avoid those tramadol dll.

    ReplyDelete
  34. Salam.shbt2 yg br dkenali.sy br trima brita yg sy jg Pid arini.mcmtulah kerenah dr kerajaan.kita tgh sakit,tp muka sinis yg kita dpt.ikutkn mmg rs nk marah sgt2, tp cpt2 istighfr sbb dok mncari apa hikmah Allah bg ujian ni tuk kita.hrp sgt kesakitan ini mghapuskn dosa2 yg lalu..

    ReplyDelete
  35. Biaso la..org ado mulut..cakap la selagi buleh..den ni tgh tggu nk bersaro awal..dlm erti kato lain di "bersara" kan..hihi

    Cubo la berubek dgn wak din kt sijangkang..dkt teluk panglima garang

    Insyallah la..klu den ni ado la kurg sket..xdo la sakit bona mcm sblum ni

    Wak din - 012 350 9695

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kongsi tak mcmna wak din sijangkang tu buat? Kaedah perubatan dia mcmna? Sbb dh byk page dlm google ada sebut pasal wak din ni..

      Delete
  36. Copy & paste

    Just to share pasal slip disc ni. Suami saya menghidapi slip disc pada tahun 2009.penyakit ni memang merbahaya.sebab disc yg terkeluar akan menekan saraf kita dan boleh cause lumpuh. Macam2 kami cuba. Memula p ancupanture, pastu try p hospital tung shin . P pakar kpj sampai 2 spital.kpj damansara, dia buat mri pastu soh proceed ngan fisio.....pastu kami gi kpj kajang, doktor suggest operation, masukkan titanium..tapi dia tak garenti boleh 100 persen cure....so kami pikir...dat was the last option....kalu sepital kerajaan dia akan soh buat fisio...cara ni lambat....nak di jadikan cerita.....ada hamba allah bagi cadangan p jumpa wak din di sejamgkang batu 8.....dan alhamdulillah, dengan izin allah penyakit tu hilang....dia guna cara "sangkal potong" ni kalau jawa2 taulah terms ni...ada gak saya rujuk dengan golongan ilmuan agama berkenaan hal ini....dia kata, selagi kita percaya allah yg menyembuhkan..selagi itu perbuatan kita tidak menyalahi agama...wallahualam....kita berusaha yang terbaik....trylah jumpa waktu....just to share

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum.. sy juga pesakit slip disc L5-S1. rawatan yg sy buat: 1st sekali buat injection streoid.. yg ni x berkesan pd sy. sebulan lps tu sy buat suntikan radio frekuensi dgn dr nizar di HUSM kubang kerian. alhamdulillah 80% telah pulih. yg terkini sy buat bekam & senaman yumeiho. in shaa Allah akan teruskan hga betul2 pulih. suplemen yg sy amalkan ialah minum susu alpha lipid.sy doakan semoga kita yg diuji sakit ni mendapat kesembuhan dr Allah. yg penting jgn putus usaha & doa.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum....saya salah seorang pesakit slip disc. Saya mengalami PID L4L5 with radiculopathy dan PID L5S1. Sakit dari tahun 2000, 6 bulan menjalani fisioterapi....doktor tidak menggalakkan saya untuk melakukan pembedahan kerana risiko 50-50 untuk baik. Semenjak dari itu, setiap tahun saya akan menggunakan cuti sakit yang diperuntukkan dengan sepenuhnya. Kena maki dengan bos sebab selalu mc, kena kutuk dengan rakan sekerja, kena tindakan disiplin sebab selalu mc, kena potong gaji, hujung tahun x merasa bonus seperti rakan2 lain (kena potong sebab selalu mc). Makin bertambah sakit rasanya bila diperlakukan begini. Sekarang ni saya dah hampir 3 tahun cuti tanpa gaji. Saya kemalangan jalan raya pada tahun 2012, atas urusan kerja. Kaki mula rasa kejang, kebas, ketat untuk membengkokkan kaki, nak mencangkung pun x boleh, dari paras pinggang hingga ke bawah.. 24jam merasa kebas. Sukar nak berjalan,nak melangkah anak tangga pun susah. Sakit bertambah apabila naik kereta. Saya telah buat fisio semula sebanyak 12kali dengan harapan tidak perlu menjalani pembedahan....setiap kali fisio makin bertambah sakit....saya telah meminta pandangan 2 org doktor pakar dari 2 buah hospital yang berlainan....kedua-duanya mengatakan saya perlu menjalani pembedahan supaya saraf tidak bertambah teruk....saya pergi kepada doktor pakar yang ketiga, hospital yg lain....tetap cadangan yang sama.
    2014, saya menjalani pembedahan memasang cage, plate n screw. 3 bulan selepas bedah bertambah sakit di punggung (seperti ada beribu jarum yg menyucuk-nyucuk), kaki masih kebas, belakang masih sakit....buat injection facet block, fisioterapi, akupuntur tapi masih sakit....sehingga kini.
    Memang sedih bila org sekeliling x memahami apa yang kita rasakan.
    Aku terima segala ujian.

    ReplyDelete
  39. Pernah Cuba rawatan alternative PUSRATU? Rawatan Tanpa ubat. Selalu dgr dlm radio ikim psl ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana tu kak siti mahal x kos dia

      Delete
    2. Salam minta Cik Siti Najihah beri penjelasan dan detail sket supaya member kat sini bole try rawatan tu..

      Oh Zulkhairi awk dh operate ke?

      Delete
    3. man arie..saya blum oprte lg msih dlm mc..bru ja dpt tau kna slipped disc L4-L5 brubat kg dh mcm2 dh cba tp masih x ok lg..15hb ni kena jmpa dktr...dr ckp kalau x mau oprte kena than sakit la,,saya pun x tau nk ikhtiar mcm mna lg..dgn socso x bleh claim..majikan x bleh tolong..kalau bleh x mau la oprte sbb muda lg,khawin pun blum lg.

      Delete
    4. man arie saya blum oprte lg.,skrng duk ikhtiar cara kg dulu tngak smpai 15hb ni kalau x da prubahan oprte jgak la,,dr ckp nk buang disc yg bngkak tu ckit ja..saya kena L4-L5 sakit dkat sthun bru bln 8 buat m.r.i..dh usaha mcm2 dh tp msih x ok..skrng masih mc dgn socso pun x bleh nk claim..sbb sblum admitted kpj saya ckp jtuh blik air,agent insurans la suruh ckp mcm tu dia ckp klau kmlangan kna dlm tempoh 24 jam

      Delete
    5. man arie blum lg..man arie dh oprte ka

      Delete
    6. Sy pn blm operate lg Zulkhairi.. Tapi hari ni jam 9 pagi akn jmpa dktr dan perlu bg kputusan samada nk operate atau nk tanggung je sakit ni smpai bila2.. Skang dktr nk operate level l4/l5 dulu dgn l3/l4 yg level l4/l5 tu katanya nk buang trus disc yg rosak tu pastu ikat mati ngan plat yg level l3/l4 tu nk buang skit je discnya.. Sy pn takut nk wat kputusan sbb sblm ni skit pnya ssh nk mnta dktr sign borang oku n borang socso tp kali ni snang je dia sign borang tu.. Awk bruntung sbb blm kawen tp sy ni dh ada anak 4 jika jd apa2 lpas operate sapa nk tanggung kluarga sy...
      Skang ni plak sy hanya bwa teksi tuk tampung kehidupan seharian sbb krja lain xle nk buat walaupun sbnarnya lg truk sakit bila bawa teksi ni tapi sy xde pilihan lain terpaksa truskn juga.. Sy takut lpas operate sy langsung xle bwa teksi.. Ntahla xtau nk wat apa lg ni

      Delete
  40. man arie nnt apa2..tngal komen kat sini ea..sbb saya nk tau mcm mna...btul jgak ckp man arie,tp dripda duk tangung sakit mkn paint killer bhya jgak tu,bleh rosak organ lain plak..saya tdak mkn paint killer dh nk dkat staun dh..skrng stop mkn..skrng tdor pun berlapik kan tikar ja..sbb org ckp sakit mcm ni x bleh tdo atas tilam..tp alhmdllah la rasa ok ckit bila bngun,tdak tdor atas tilam bngun ja mst sakit..tp klau saya jln lama sakit jgak..tngak la keadaan smpai 15hb ni kalau x ok jgak ingat nk oprte la,saya pun dh xtau nk cba dkt mna lg,,gaji pun majikan ckp smpai 2 bln ja kalau mc..lpas tu x msuk dh..man arie cba google pakteh jan bomoh diraja..oprte secara batin kut..tp saya blum try lg..

    ReplyDelete
  41. tp mmng btul ckp man arie sakit mcm ni kdang2 org kat tempat kja termsuk kwn2 bkn percaya..diorg x rasa diorg xtau..dri luar mmng nmpak mcm biasa..kalau sakit kalah dri org kena rasuk hantu...saya dh cba mkn shakle tp x berkesan pun..dh la mahal..mkn x sbln ja..saya ada tnya fmrsi dia ckp sakit ni x dak ubat..cma paint killer ja la,,dia suruh saya try berenang dia ckp mngkin bleh baik..tp xtau la blum try lagi..dr bg msa lg kat saya,dia pun x pksa suruh oprte..tp kalau tnguh lama2 mst kena buat m.r.i lain..saya kalau bleh x mau msuk dh dlm mesin tu...

    ReplyDelete
  42. Sy dh alami apa yg Zulkhairi lalui skang, dulu sy seorang pnjawat awam tp disbbkn slalu MC ketua jabatan ambil tindakan gantung tugas.. Sblm kna gantung jabatan gantung dulu gaji sy, bonus xprnh rasa penuh. Org skeliling jgn ckp la slalu je pertikai btul ke sy sakit, skang bwa teksi je tp slalu juga xle nk bwa sbb kerap sakit.. Dulu sakit on off skang sakit sentiasa on.. Hari ni sy mnta tangguh utk operate.. Sy mohon agar dktr bg steroid injection je sementara waktu.. Takut nk amik risiko byk nk pkir bila dh berkluarga ni.. Sy pn mcm Zulkhairi juga kalau bole mmg xsanggup msk dlm mesin MRI tu trasa mcm brada dlm liang lahat je..

    ReplyDelete
  43. Salam..macam mana sekarang keadaan..saya pun menerima nasib yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang semakin teruk teruk dan kini 22/12/19 telah dimasukkan ke hospital bagi persediaan menjalani pembedahan Tulang Belakang

      Delete
  44. Salam.. saya pun sekrang tengah menghadapi sakit ni.. l4/l5.. sakit manja 24 jam.. sakit y betul² sampai saya sendiri x mampu nk hadap.. nk bngun sakit ya amat.. nak mengiring pun susah gila.. bayangkan toliet dlm rumah boleh ambil masa dlm 5 ke 7minit nk smpai.. kalau sakit teruk.. saya jalan mcm nenek si bongkok tiga.. org tngok saya sihat.. xkan hari² sya nk mngadu sakit.. nanti orang muak.. saya pun dh malas nk makan ubat sbb xdak kesan.. saya makan bila sya perlukan.. ubat sekali dapat kalah orang kencing manis.. punya banyak.. fisio sya buat sendiri sekarang. Rawatan y saya cuba sendiri adalah AIS... letak ais kat point y sakit tu.. bagi kebas.. lega la sat 2 hari ok la sikit dari makan ubat.. telan 4 biji abih dos dya sakit balik... saya baru 25.. sakit ni dya hadap dari umur 17.. sya ada anak seorang.. lepas bersalin makin ketara sakit saya.. x boleh bawak berbincang.
    erm.. ada lagi x cara lain selain cara sya.. 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara terbaik buat puan masa ini bagi pandangan saya ialah dapatkan rawatan Chiropractor bagi membetulkan balik kedudukan tulang belakang tersebut kira mcm buat alignment tulang belakang la.... Suatu hari nnt rawatan ais itu tidak akan berkesan lagi berdasarkan pengalaman saya. Kalau boleh jangan ditangguh. Saya sekarang ni berada di Wad Spinal dlm persediaan nak menjalani pembedahan meletakkan implan di level L3/L4 L5/S1 sebab sakit makin teruk malahan saraf makin tersepit dan terhimpit. Tak ada cara lain lagi dh setelah bertahun mencuba akhirnya terpaksa akur juga utk menjalani pembedahan.

      Delete
  45. Chiropractor minor slip disc maby blh kot cuba.. Kalau dh teruk better, perlu la.. Sy dh ada pengalaman.. Buang duit beribu.. Sama je.. Makin teruk jgk.. Last2 Buat RF injection, so far 6 bln ok.. Skrg sakit ada rasa mcm dtg balik.. Doktor suggest bt RF lagi.. Allahu.. tau sampai bila boleh hadap semua ni.. Bab tempat keje.. Sama mcm cerita kwn2 kat atas.. Biasa la, bila kita dh sakit ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saudara Nizam, chiropractor ni bg yg minor je kalau yg dh parah tu mmg susah sikit lah. Saya dh byk kali cuba last sekali give up dan 24/12/19 hr tu dh serahkan diri pada Doktor di HUKM bagi menjalani pembedahan. Sekarang dalam proses pemulihan la, alhamdulillah sakit yg dulu dh hilang cuma dtg sakit lain pula, doktor beritahu kesan sementara sahaja dan saya berharap agar ianya kesan sementara sahaja lah...

      Delete
  46. Assalamualaikum. Ada x yg bepengalaman buat operation slipdisc are c4, c5.. Jumaat ni sy kna bg keputusan utk buat operation atau tidak.. Bahu saya mmg akn rase nak jatuh klau angkat badan.. Sakit mmg da x blh tahan lg2 waktu nk tdo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. C4/C5 ni sama mcm level L5/S1 gak... Buat kat mana operation tu? Komplikasi lpas pembedahan akan ada mcm saya juga sekarang lepas operate sakit lama hilang tapi dpt sakit baru cuma sekarang lebih selesa sedikit dari yg dulu la cuma proses penyembuhan tu lama sikit la. Tanya betul² pada doktor dan buat research skit sbb doktor sekarang ni pun byk yg tak cakap benda betul nak menafikan je byk bnda.

      Delete
    2. Buat dekat pakar kempas.. Ade doc jumpakan dengan pesakit yg operate sebelum ni macam positif..

      Delete
    3. Doc ada suh tanye pada pesakit yg da buat.. Nmpk mcm positif.. Tp x tu la.. Selagi belum buat rase takut tu ade

      Delete
    4. Jika ada yg positif maka boleh je tawakkal pada Allah. Seperti mana saya lakukan, hanya tawakkal pada Allah dan kuatkan semangat untuk sembuh InsyaAllah. Cuma nak tanya skit, pernah cuba buat chiropractor tak? Sbb ada yg dh cuba dan alhamdulillah pulih mcm sy dh mencuba tapi tak ada perubahan tu yg ambil keputusan operate je.

      Delete
  47. Ada jgk terangkan termasuk radio-frequency.. Tp die kata klu ikut keadaan yg sy punya da x sesuai sebab ia akn tetap berulang dlm jangkamasa tertentu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika specialist dh bgtau macam tu ada baiknya tawakkal shj untuk menjalani pembedahan cuma perlu ingat lepas pembedahan mungkin akan ada komplikasi yg mgkn tak diterangkan oleh Doktor tapi mmg kna standby la ada kemungkinan tangan tak boleh angkat dan lain² sbb sy sendiri lepas operate tu sakit yg sblm operate hilang dan sembuh tapi dtg sakit yg baru cuma sedikit lega la berbanding sblm operate. Mental kena kuat dan proses penyembuhan akan mengambil masa.

      Delete
  48. Sy dh kena prolapse disc ni sekali dgn sciatica.darah dr tulang belakang tak turun ke kaki..memamg sakit sgt.tp bila org dtg melawat dah siap2 posisi yg x sakit.so kurang sakit.dia tak tau yg sy ni menangis nak dpt turunkan kaki ke lantai..jalan membongkok, merangkak pun pernah nak gi toilet dgn turun katil, tido mlm tido duduk 90 darjah sbb trauma tido baring sakit sgt masa nk bgn. 2 bulan tido duduk..Sy jenis x suka nak tunjuk sakit.so nampak ok. Org kta nampak sihat..kita je tau mcm mana sakitnya..

    ReplyDelete
  49. Berapa ya kos operate kat swasta kalau xde medical card

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos dia berdasarkan berapa byk skru, brapa peralatan yg digunakan.. Sy telah menjalani pembedahan di HUKM hujung thn lpas dan belanja nya menelan hampir 23K

      Delete
    2. Man Arie bagaimana keadaan sekarang .dah pulih sepenuhnya?

      Delete
    3. Belum... Tapi saya telah buat pembedahan pd Disember 2019 yg lalu nanti akan saya update kisah terbaru pengalaman dan rasa sakit lepas pembedahan pula

      Delete
  50. as slm..sy rasa terpanggil utk berkata sesuatu krn sy pun ada masalah L5 S1. bertahun menahan kesakitan yg luaran npk normal, tp hanya Allah yg tahu derita yg terpaksa ditanggung. rasa sengal, terasa ada beban yg sgt berat di bahagian pinggang, duduk lama jd krem..terpaksa jalan membongkok. kadang2 rasa kena karen pada betis kiri. kadang2 tulang meletup agak kuat di bahagian L5. sebenarnya sy jenis suka melawan sakit..dan bt2 x tau saja mcm x sakit. mungkin ini ujian yg setimpal yg sy harus lalui seperti dgn kata2 " Allah xkan memberati hambaNya sesuai mengikut keupayaan hambaNya. InshaAllah sy akan bt MRI balik utk lihat status dan perkembangan setakat ni. Sebenarnya sy dh lama sakit on off sejak yg sy perasan sakit ni dirasakan bermula tahun 2003 semasa masih dlm training kat pusasda. time paling dirasakan adalah tiap kali lepas latihan mengangkat anggota (dlm 3 step) memang lps latihan rasa lain mcm. sy bt x tau ja tahun2 berikutnya sehingga 2016 sy bt Xray kat RSAT Kem Mempaga, refer hat Mizan..berjam tunggu tp jumpa doktor x sampai 10 minit, bg ubat just setakat tu. dlm masa yg sama, sy menjalani fisioterapi kat Hospital Bentong menggunakan mesin apa sybx tau..tp mcm dia menarik bahgian tulang..dekat sejam jugak fisioterapi dgn mesin (siap lena). sebenarnya perjalanan sakit ni masih pjg dan tanpa sy sedar lg 3 tahun nk pencen, still x berubah. duk tahan sakit bertahun..syukur pd Allah krn bg sy kekuatan

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala luahan dan komen anda

Sakit Tulang Belakang Part IV

Assalammualaikum, Beritahu terkini.. Aku diberi masa sebulan utk menentukan samada aku nk di 'operate' atau xnk.. Yg pastinya aku p...